Sabtu, 27 Julai 2013

Adab Menziarahi Perkuburan Islam

  • Disunatkan memberi salam:

“Assalaamu’alaikum yaa ahladdiyaari minal mu’miniina wal muslimiina wa innaa insyaa-Allaahu Ta'alaa bikum laahiquun nas-alullaaha lanaa walakumul ‘aafiyata”.

Ertinya: Mudah-mudahan Allah limpahkan salam sejahtera kepada kamu wahai penghuni kampung orang-orang Mu'min dan Muslim, dan sesungguhnya kami ini insya-Allah akan bertemu kamu. Kami memohon kepada Allah afiat kami dan kamu sekelian. 

  • Disunatkan berwudhu dan berpakaian sopan
  • Bagi wanita jangan berhias berlebihan
  • Disunatkan membaca al-Quran terutamanya Surah al-Faatihah, al-Ikhlas dan Yaasiin
  • Jangan merokok dan bising
  • Jangan membuang sampah.

Selasa, 23 Julai 2013

Bermain Mercun dan Bunga Api

As-Salaamu 'alaikum, kini kita sudahpun berada di pertengahan bulan Ramadhan 1434H. Bila sempurna puasa sebulan maka kita meraikan kejayaan itu dengan menyambut Aidil Fitri pula. Ertinya, Aidil Fitri bukan wujud dengan sendirinya semata-mata. Tiada puasa maka tiadalah Aidil Fitri. Tapi biasanya orang yang inda puasa pulang beraya lebih-lebih. Salah satu trend sesetengah orang ketani (Melayu) ialah bermain mercun dan bunga api serta meriam buluh. Keadaan ini akan menjadi-jadi apabila Ramadhan tiba di penghujung dan Syawal menjelma. Pada malam raya pertama akan berdentam-dentumlah ruang udara dengan bedilan mercun dan bungapi.  Siapa tahu, di antara yang bermain mercun dan bungapi itu bakal menjadi ahli Rejimen Pertahanan Udara. Okey apa! (Entah-entah ahli rejimen sendiri mengulukan, hahaha! Jangan marah!)

Dalam pada itu, kita perlu berawas-awas/berwaspada kerana hanya mercun dan bungapi yang diluluskan oleh Polis Diraja Brunei (PDB) sahaja yang dibenarkan untuk bermain.  Bukan dari jenis bahan letupan atau campuran bahan letupan yang ditegah permainannya.

Terdapat beberapa undang-undang negara kita yang menyebutkan tentang hal ini.  Di antaranya ialah:

1.         Akta Senjata Api dan Letupan Negara Brunei Darussalam Penggal 58, Peraturan 15 iaitu sekatan mengimport mercun dan bunga api antara lain menyebutkan: “sesiapa sahaja tidak boleh mengimport, membuat, menjual atau memiliki apa-apa jenis mercun atau bunga api atau mercun yang mengandungi bahan letupan atau campuran bahan letupan.”

2.         Akta Senjata Api dan Letupan Negara Brunei Darussalam Penggal 58, Peraturan 17 (2) menyebutkan: “mana-mana orang yang melanggar Peraturan 15 adalah bersalah kerana melakukan satu kesalahan dan jika sabit boleh dikenakan denda BND3,000”.

3.         Juga di dalam akta yang sama menyebutkan: “membawa dan memiliki bahan letupan tanpa kebenaran yang boleh dijatuhi hukuman penjara dan juga sebatan rotan.”

4.         Seksyen 6,  Undang-Undang Kesalahan Kecil,  Penggal 30 menyatakan : “mana-mana orang yang menyalakan atau membakar apa-apa bahan hingga menyebabkan gangguan, kesulitan atau menimbulkan bahaya kepada orang awam atau melepaskan apa-apa belon api atau roket di mana-mana jalan awam adalah bersalah dan boleh dihukum denda BND250.”

5.         Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148


Berikut disertakan panduan dari pihak PDB dan blogger sendiri tentang bermain mercun dan bunga api ini:

1.   Mercun dan bunga api tidak boleh dimainkan atau dipasang di kawasan awam seperti pusat membeli belah, letak kereta, berhampiran dengan bangunan, rumah atau kenderaan dan di kawasan yang terdedah atau berdekatan dengan api atau berdekatan dengan bahan mudah terbakar di mana percikan api daripada mercun dan bunga api boleh mendatangkan kerosakan.

2.  Pembakaran mercun dan bunga api tidak dilakukan pada tengah malam kerana bunyi letupan daripada mercun dan bunga api boleh mendatangkan gangguan kepada jiran-jiran yang hendak berehat, tidur atau jiran yang sakit.

3.  Menitikberatkan soal keselamatan semasa bermain mercun dan bunga api kerana ia boleh mengundang bahaya, bukan sahaja kepada pemain tetapi juga orang lain dan kawasan sekeliling.

4.  Hormati azan dan solat berjemaah di masjid.  Sebaik-baiknya berhenti bermain mercun dan bunga api semasa azan berkumandang dan semasa jemaah masjid masih bersolat khususnya solat Maghrib dan ‘Isya (Tarawikh dan Witir jika masih dalam bulan Ramadhan)


Jadikanlah ketibaan Hari Raya sebagai hari kegembiraan dan keceriaan bukan hari kesedihan dan tangisan.

Salam Ramadhan Kareem 1434H

As-Salaamu 'alaikum,
Apa khabar semua pengunjung blog? Diharap semuanya sihat sejahtera. Pertama-tama kali, me memohon maaf jika pengunjung tidak melihat sebarang kemaskini pada blog ini, Al-maklum sibuk. Alhamdulillah WWGZ@Salambigar telahpun dipasang dengan E-Speed TelBru maka dengan itu dapatlah kita menyatakan pendapat mengenai apa sahaja khususnya tentang pertahanan dan keselamatan negara kita serta lain-lain isu yang boleh dihighlightkan di sini.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak 1434H walaupun pada hari ini sudah 15 hari kita berpuasa. Semoga amalan kita diterima oleh Allah. Amin! Selepas ini me akan postkan beberapa pos tidak sempat dimuatkan pada blog terdahulu. Bye!