Salam. Memang ada yang tak percaya bila membaca tajuk blogpost kali ini. Me at first pun nda pecaya tapi selps liat satu weblog luar negara, me bukan saja kagum bahkan turut terharu dengan peristiwa ini.
Peristiwa ini terjadi bilamana satu kemalangan telah berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuhraya Muara-Tutong kira-kira pukul 5.40 petang Ahad 1 Disember 2013, ketika kedua-dua anggota
pengiring memberhentikan kenderaan lain untuk memberi laluan kepada
kereta baginda, menurut Polis Diraja Brunei.
Dua buah kereta pada mulanya berhenti bersebelahan apabila tiba-tiba, kereta wanita itu gagal dikawal dan masuk ke ruang antara dua buah kereta bergesel dengan kereta yang berhenti pada mulanya itu sebelum melanggar anggota.
Kereta dipandu wanita itu dipercayai merempuh anggota pengiring pertama manakala sebuah lagi kereta yang bergesel itu pula melanggar anggota pengiring kedua.
Pemandu wanita itu turut mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.

Keadaan kedua-dua anggota pengiring kini dilaporkan stabil di Pusat Perubatan Jerudong Park.
“Saya percaya, wanita itu memandu terlalu laju dan terlalu rapat sehingga tidak cukup masa untuk dia menekan brek,” kata anggota pengiring yang cedera dan dirahsiakan identitinya.
Anggota berkenaan sudah menjadi pengiring bermotorsikal bagi KDYMM selama 13 tahun dan berasa bertuah kerana hanya patah bahu dan tangan.
Kes ini sedang disiasat pasukan dari Balai Polis Sengkurong.

KDYMM berdiri sambil mengawal keadaan lalu-lintas di tempat kemalangan. (Sumber: Whatsapp)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan