Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Sempena Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas, Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah mengadakan acara Hari Terbuka di Kompleks Sukan Pangkalan TUDB, Rimba, di sini, hari ini.
Berkenan berangkat memeriahkan acara berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Khairul Khalil serta anakanda-anakanda Yang Teramat Mulia iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah.
Hari Terbuka yang bermula pada pukul 8 pagi hingga 5 petang itu dimeriahkan dengan persembahan arena, pameran statik, permainan bagi dewasa dan kanak-kanak, seperti permainan keluarga, bouncer, Flying Fox, ATV, Pony Ride dan bermacam-macam lagi. Selain itu, gerai-gerai jualan dan jualan car booth turut diadakan.
Sempena sambutan berkenaan, TUDB juga mengadakan kutipan derma bagi anak-anak yatim.
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah dan YAM Pengiran Anak Khairul Khalil serta anakanda-anakanda berkenan berangkat memeriahkan Hari Terbuka Sempena Sambutan Ulang Tahun TUDB.
Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Hafeez (gambar atas) dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-Ul Bolqiah (gambar bawah) ketika berkenan menyertai salah satu permainan di kolam renang sempena Sambutan Jubli Emas TUDB di Kompleks Sukan Pangkalan TUDB, Rimba.
Konsep sambutan Hari Terbuka ini memfokuskan tentang penerapan perkembangan dan kemajuan semenjak penubuhannya sehingga kini yang diharapkan dapat menarik minat orang awam terutama para pelajar untuk menceburi bidang kerjaya sebagai tentera dalam TUDB.
Di samping meningkatkan imej TUDB, ia juga bertujuan memberikan peluang kepada para pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat kerjaya-kerjaya yang terdapat dalam TUDB melalui pertunjukan arena dan pameran-pameran statik.
- Media Permata Online. 5 September 2016.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan