Oleh: Siaran Akhbar PDB/ABDB
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Oktober. -
Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
(ABDB) telah mengadakan Latihan Keselamatan bertempat di salah sebuah
hotel terkemuka, Gadong di sini, hari ini.
Latihan selama satu jam setengah itu
bertujuan sebagai persiapan menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 di
Negara Brunei Darussalam dalam menangani mana-mana insiden ancaman
keganasan dan jenayah jika berlaku sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN
tersebut berlangsung.
Sehubungan itu, PDB dan agensi-agensi
keselamatan lain sentiasa berusaha sedaya upaya dan cuba mengawal
keadaan jika berlaku insiden yang tidak diingini sepanjang Sidang
Kemuncak ASEAN berkenaan.
Adalah menjadi tanggungjawab PDB dan
agensi-agensi keselamatan lain di negara ini untuk memastikan kelancaran
Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 dan juga keselamatan Ketua-Ketua Kerajaan
yang akan datang dan bersidang serta keselamatan orang awam.
SEORANG anggota keselamatan menyelamatkan para delegasi semasa latihan tersebut. (Foto: Dk. Vivy Maleesa Pg. Ibrahim)
- Via Pelita Brunei Online. Khamis, 3 Oktober 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan