Isnin, 7 Oktober 2013

Latihan keselamatan persediaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23

Oleh: Siaran Akhbar ABDB/MinDef

PENANJONG, Jumaat, 4 Oktober. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan latihan persediaan bagi keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23.

Latihan tersebut dikendalikan bersama oleh Regiment Pasukan Khas, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Hadir menyaksikan latihan itu ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Majer Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Penolong Persuruhjaya Kanan Polis, Haji Mohammad Jammy bin Haji Mohammad Shah Al-Islam dan pegawai-pegawai kanan ABDB dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

SALAH sebuah kapal Tentera Laut Diraja Brunei turut serta dalam latihan tersebut. (Foto: Ihsan ABDB)

LATIHAN dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei. (Foto : Ihsan ABDB)

Keselamatan sidang kemuncak itu adalah penting untuk ABDB dan PDB bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan lain ,bagi siap siaga menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung minggu depan.

- Via Pelita Brunei Online. 5 Oktober 2013.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan