Khamis, 2 Oktober 2014

Helikopter terbaru TUDB


Baru-baru ini TUDB telah menerima secara berperingkat-peringkat pesawat helikopter yang baru. Pesawat yang dimaksudkan itu ialah S-70i Black Hawk keluaran Sikorsky Poland. Sebanyak 12 buah pesawat telah ditempah oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Pesawat ini adalah versi yang sudah ditingkat upaya dan lebih berkeupayaan tinggi berbanding dengan 4 buah pesawat dari versi S-70A sebelum ini. 

Sebagai persediaan awal, bakal juruterbang dan jurutera pesawat ini telah dihantar ke Pusat Penerbangan West Palm Beach di Florida bagi menjalani latihan simulator dan menjalani latihan penerbangan di Akademi Latihan Sikorsky di Stuart, Florida. Lebih membanggakan apabila Sikorsky Aircraft Corp. mengumumkan bahawa pasukan ini adalah kumpulan pelatih pertama keluaran akademi berkenaan. 

Pesawat S-70i ketika menjalani ujian penerbangan di Poland. Perhatikan jatah Kementerian Pertahanan di bahagian ekor pesawat.

Pesawat S-70i ketika berada di luar kilangnya di Poland (Gambar: The Brunei Times) 

Pesawat S-70i TUDB ketika berada di pameran BRIDEX 2013.

Berikut kita lihat ringkasan spesikasi mengenai pesawat ini:

Model Asal:
UH-60M Black Hawk versi S-70i (bagi pasaran antarabangsa)

Buatan:
PZL Mielec (a subsidiary of Sikorsky Aircraft), Poland

Berat Kasar:
9,979 kg

Enjin:
2 x T700-GE701D enjin turboshaft. Setiap enjin mampu menjana kuasa sehingga 1,447kW.

Kelajuan Maksima:
277 km/j.

Ketinggian Penerbangan Maksima:
13,200 kaki.

Jarak Penerbangan Dengan Tangki Minyak Dalam/Tanpa Pengisian Semula:
459 km.

Penerbangan Pertama:
Julai 2010.

Pengguna (setakat yang diketahui):
Tentera Columbia, Kementerian Dalaman Arab Saudi dan Tentera Udara Diraja Brunei.

Kru & Penumpang:
2 kru dan 13 penumpang.

Sistem pandu-arah:
Sistem pengurusan penerbangan (Flight Management System) terdidri dari sistem kawalan penerbangan automatik berdasarkan Sistem Pandu-Arah Global (GPS) dan INS (Inertial Navigation System) menggunakan peta digital yang lebih tepat.

Paparan Kokpit:
4 buah paparan pelbagai fungsi bersaiz 10 inci dengan resolusi berwarna yang dapat diselaraskan secara automatik.

Sistem Perhubungan:
2 x Radio UHF/VHF AM/F, VOR/ILS.
Interkom Digital Kru Pesawat. 

Peralatan Tambahan:
Tangki minyak luar, cangkuk tali gelungsur, cangkuk kargo.

Jangka hayat penggunaan:
20 - 30 tahun.

Sistem Persenjataan (jika dipasang):
Sistem Persenjataan Battlehawk: 7.62mm Dual Machine Gun, Pelancar Roket 70mm, Sistem Peluru Berpandu Panduan Laser Dari Udara ke Bumi (seperti Hellfire)  

Operasi TUDB:
Pengangkutan udara taktikal, pengangkutan anggota tentera, operasi khas, mencari dan menyelamat, pemantauan udara dan laut (termasuk rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif Brunei sejauh 200 batu nautika), pemantauan sempadan dan tugasan operasi kemanusiaan semasa bencana di peringkat serantau. Sebelum ini tugas-tugas berkenaan dilaksanakan oleh skuadron helikopter Bell 212 yang sudah dilucutkan tauliah.


Rabu, 1 Oktober 2014

KDB Darul Taqwa

4



KDB Darul Taqwa adalah kapal peronda luar pantai yang keempat dari Kelas Darussalam. Mula dibina pada 12 Julai 2012 dan diterima serta ditauliahkan ke dalam armada Tentera Laut Diraja Brunei pada Hari Jumaat 9 Mei 2014 di Limbungan Kapal Leurssen di Lemwerder, Republik Persekutuan Jerman.

Sistem Meriam Tentera Laut MLG 27mm adalah salah sebuah senjata yang terdapat di atas kapal ini. Senjata ini digunakan ke atas sasaran udara serta sasaran laut dan darat yang kecil. Ianya berkeupayaan untuk menembak sejauh 2,000 meter dengan purata tembakan dari 1,000 ke 1,700 butir peluru dalam tempoh seminit. Sistem ini boleh dikawal melalui kamera TV, kamera infra-merah, penentujarak laser sama ada secara otomatik atau kawalan insani stesen kawalan pensenjataan di dalam perut kapal.  


Berikut ini dinyatakan spesifikasi bagi kapal-kapal TLDB dari Kelas Darussalam ini.

Buatan:
Lurssen Shipyard, Lemwerder, Persekutuan Republik Jerman.


Berat Angkutan Penuh:
1,625 ton..


Panjang:
80.0 meter


Lebar:
13.0 meter


Kuasa Dorong:
2 x Enjin Diesel 12V 11,400hp 


Bilangan Kipas:
2 buah


Kelajuan Penuh:
22 knot


Jarak Operasi:
200 batu nautika bagi melindungi Zon Ekonomi Eksklusif Negara dan 7,500 - 8,000 batu nautika jika beroperasi di luar dari zon berkenaan.


Daya Tahan Operasi:
21 hari



Radar:
Terma Scanter 4100 2D Surface/Air Search Radar

Persenjataan:
Sistem Peluru Berpandu anti-kapal permukaan Exocet MM-40
Sistem Meriam Tentera Laut MLG 27mm 


Kemudahan:
Pad pendaratan helikopter bersaiz sederhana seperti S-70i-14 TUDB


Bot:
Stern Rigid Inflatable Craft

UNTUK PERHATIAN PENGUNJUNG BLOG

Salam,

Bertemu kembali. Saya selaku pemilik dan blogger Wizurai World & Wizurai World Green Zone ingin memaklumkan bahawa kedua nama blog di atas hanya digunakan secara eksklusif di dalam blog ini sahaja (di bawah nama blogspot.com) (melainkan jika kemudiannya saya mengesahkan sebarang pembaharuan). Oleh yang demikian, kedua nama berkenaan tidak saya gunakan pada laman sosial lain seperti Facebook, Whatsapp, Wechat, Instagram (IG), Twitter dan lain-lain yang tidak tersenarai. Jika didapati, maka ianya bukanlah hasil dari diri saya walaupun ia memetik blogpost dari kedua-dua blog yang tersebut di atas.

Baru-baru ini saya telah memasukkan beberapa blogpos berkenaan dengan Persatuan Sejarah Brunei atau ringkasnya PESEBAR sebagai tanda sokongan saya selaku ahli (sejak tahun 2009 kalau tidak silap) kepada persatuan ini. Insya-Allah, satu link khas akan disediakan di dalam blog ini bagi mengarkibkan dan membarigakan segala aktiviti persatuan ini. Semoga PESEBAR akan terus tersebar dan terus melebarkan sayap pada peringkat negara, nusantara, serantau dan antarabangsa.

Sekian.

PESEBAR membariga dan memperkenalkan sejarah

  • Oleh:  Saerah Haji Abdul Ghani   
  • Monday, 29 September 2014

    PEMANGKU Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman semasa hadir pada Mesyuarat Agung Kali Ke 6-Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR).
    PEMANGKU Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman semasa hadir pada Mesyuarat Agung Kali Ke 6-Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR). (Foto: Hamzah Mohiddin)
    BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 28 September. - Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Ke-6 bagi memilih jawatankuasa yang baru sesi 2014-2016.
    Hadir selaku tetamu kehormat pada mesyuarat yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei (PSB), di sini ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman.
    Yang Di-Pertua PESEBAR, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa berucap menjelaskan, hari ini genaplah usia PESEBAR menjangkau 30 tahun 21 hari berdasarkan tarikh kebenaran pendaftarannya pada 8 Februari 1984 selepas ditubuhkan pada 24 April 1983 dengan keramaian ahli-ahli yang berdaftar sebanyak 120 orang.
    Menurut Yang Berhormat, Mesyuarat Agung pertamanya telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien (Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien) yang berlangsung pada 27 Mei 1984 bagi memilih Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi yang pertama di mana jawatan Yang Di-Pertua PESEBAR ketika itu ialah Yang Amat Mulia Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd. Yusof bin Pengiran Haji Abdul Rahim.
    HAMZAH-003 280914
    YANG Di-Pertua PESEBAR, Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim semasa berucap di majlis ini. (Foto : Hamzah Mohiddin)
    Yang Berhormat berkata, matlamat penubuhan PESEBAR adalah untuk membarigakan dan memperkenalkan sejarah dan keagungan negara kita yang dicintai yang bertunjangkan Kesultanan Melayu Brunei.
    "Apabila membincangkan tentang kesultanan ini, maka dengan sendirinya kita tidak boleh lari dari memperkatakan Melayu Islam Beraja. Di dalamnya banyak serpihan yang boleh dikaji dari sejarahnya yang menjurus bukan saja kepada hal-hal politik tetapi juga sosiobudayanya. Melayu Islam Berajalah yang banyak mencorak dan mengangkat tamadun negara kita dari dulu hingga sekarang," ujar Yang Berhormat.
    Yang Berhormat berharap, dengan kemunculan PESEBAR akan menjadi wadah dan pendorong kepada sejarawan tempatan dan peminat sejarah untuk sama-sama menggali dan menyelidik tentang sejarah agung Negara Brunei Darussalam.
    Jelas Yang Berhormat, kajian-kajiannya boleh melahirkan satu kajian yang baru kerana sumber-sumber penulisan sejarah sudah semakin banyak dan mudah diperolehi, yang  telah dikumpul oleh PSB, Jabatan Muzium-Muzium Brunei (JMB) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dengan harga yang mahal.
    "Sumber-sumber ini tidak akan mendatangkan apa-apa jika ia tidak ditelaah dan ditulis sebagai satu kajian sejarah oleh sejarawan tempatan. Adalah lebih malang lagi sumber ini kemudiannya dimanfaatkan oleh penulis luar yang melihat sejarah negara kitani dengan kaca mata yang berbeza lantaran kurangnya pengalaman dan pemahaman tentang budaya masyarakat dalam Kesultanan Melayu Brunei. Saya merasakan adalah lebih tepat dan bermakna jika sejarah negara kita ditulis oleh anak-anak tempatan yang lebih tahu tentang budaya dan adat resam masyarakat Brunei," ujar Yang Berhormat lagi.
    Menurut Yang Berhormat, dalam masa yang sama ia dapat menangkis dan menghadapi tulisan-tulisan yang kelihatannya bertentang fakta dan tafsiran yang tidak selaras dan selari dengan nilai-nilai kebruneian.
    Yang Berhormat menambah, oleh itu tugas dan tanggungjawab untuk menyelidiki, menulis, menerokai dan menyebarkan pensejarahan Negara Brunei Darussalam khususnya dalam era globalisasi penuh dengan kecanggihan media baru belum lagi selesai dan ia akan berterusan dan menjadi cabaran kepada penyelidikan sejarah tempatan.
    Dalam kesempatan ini, Yang Berhormat turut menyeru peminat-peminat sejarah khususnya, pegawai-pegawai dan kakitangan PSB, JMB, pelajar-pelajar dan kaki tangan akademik di pusat-pusat pengajian tinggi supaya akan terus menjadi ahli PESEBAR dalam sama-sama menanai atau mendukung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tentang kepentingan sejarah sebagai ‘guru’ dan sumber ‘rujukan’ yang tidak pernah berbohong.
    - PELITA BRUNEI ONLINE.

PESEBAR names new executive committee

IZZAN KASSIM
BANDAR SERI BEGAWAN

Tuesday, September 30, 2014

The outgoing Executive Committee members of PESEBAR chairing the Sixth Annual General Meeting; President YB Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Yahya Hj Ibrahim (2nd R), Vice-President Dr Hj Mohd Yusop Hj Damit (R), Secretary Prof Madya Dr Hj Asbol Hj Mail (2nd L) and Treasurer Dato Paduka Dr Hj Abd Latif Hj Ibrahim (L). BT/Izzan Kassim






THE challenges in the promotion and socialisation of history have increased with globalisation, as borders and boundaries are removed.
This was mentioned by the Acting Minister of Culture, Youth and Sports in her speech at the Sixth Annual General Meeting (AGM) of the Brunei Historical Society (PESEBAR) at the Brunei History Centre recently.
Datin Paduka Hjh Adina Othman said that although globalisation has brought good influential values, it can also threaten the Bruneian values founded by our national philosophy, Malay Islamic Monarchy (MIB), and Zikir Nation aspirations.
The appreciation and adoration of history can act as a strong and effective fortress that protects our Bruneian identity, cultural values, traditions and customs against the negative influence from outside.
During her speech, the acting minister called for the promotion and socialisation of history by suggesting the use of an innovative and creative approach that caters to the interest of youths is required in disseminating our history.
“Information technology should be used and applied in delivering our history through a more relevant channel for youths.”
She said that it is important for the young generation to familiarise and understand the history of their nation.
Datin Paduka Hjh Adina said that understanding our history can establish an emotional tie between citizens, which is important in the formation of an “integrated and cohesive community” with a sense of belonging and patriotism.
“A nation that is not familiar with its history is a nation devoid of spirit,” the acting minister said.
“History should be noted, recorded and disseminated for the continuity of our nation and civilisation.”
The acting minister extended an invitation to residents of the country to share their items of historical value with the Brunei History Centre and the Museums Department for storage and maintenance.
“We regularly hear that valuable historical materials and sources stored in personal residents are lost or damaged because of insect attacks, changes in the weather or destroyed in fire disasters,” Datin Paduka Hjh Adina said.
She said that these invaluable historical items are our national treasure and heritage, and it would be loss for the country if they were gone.
The acting minister recommended that PESEBAR, the Brunei History Centre and the Museums Department to work together in the socialisation of history as well as in storing and salvaging historical materials and sources for the benefit of the future generation.
During the AGM, a new Executive Committee Members were elected to oversee PESEBAR for the period 2014 until 2016.
The Brunei Times

PESEBAR Launched 6th General Annual Meeting


Deputy Minister of Culture, Youth and Sports Yang Mulia Datin Paduka Dyg Hjh Adina Othman delivering her remarks during the launching of PESEBAR 6th General Meeting. | PHOTOS: BRUDIRECT.COM (Han)
Deputy Minister of Culture, Youth and Sports Yang Mulia Datin Paduka Dyg Hjh Adina Othman delivering her remarks during the launching of PESEBAR 6th General Meeting. | PHOTOS: BRUDIRECT.COM (Han)

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei History Association (PESEBAR) held its 6th general meeting yesterday at Dewan Jawatan Dalam, Brunei History Center in the Sultanate’s capital.
Attending as the guest of honor was Deputy Minister of Culture, Youth and Sports Yang Mulia Datin Paduka Dyg Hjh Adina Othman.
The ceremony began with an opening remark by Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Awg Yahya Hj Ibrahim, the Yang Di-Pertua of PESEBAR Supreme Committee.
Deputy Minister of Culture, Youth and Sports Yang Mulia Datin Paduka Dyg Hjh Adina proceeded to deliver her speech, remarking the importance of history to any nation in human civilization. She also called upon today’s youth to learn to appreciate the Sultanate’s history so that they will one day grow to become patriots full of wisdom.
It was then followed by a report by the committee’s Honorary Secretary Yang Mulia Professor Madya Dr Hj Awg Asbol Hj Mail and another financial report delivered by Honorary Treasurer Yang Mulia Dato Paduka Dr Hj Abd Latif Hj Ibrahim.
29092014 l001
Attendees listening keenly to the deliberation by the committee member.

The ceremony then saw the official dissolution of 2011-2013 Supreme Committees. A new interim chairperson was later appointed for the council followed by the appointment of new committee members for session 2014-2016. ©BRUDIRECT.COM

PESEBAR keen on promoting Brunei’s history


PESEBAR Honorary Secretary Professor Madya Dr Hj Awang Asbol Hj Mail (R) and Assistant Honorary Secretary Dr Hj Muhammad Hadi Mohd Melayong (L) speaking to ‘The Brunei Times’ at the Academy of Brunei Studies in UBD. BT/Abdul Azim Kassim

BY ABDUL AZIM KASSIM

BANDAR SERI BEGAWAN - THE Brunei Historical Society (PESEBAR) has met and continues to meet its commitments with regards to promoting Brunei’s history, thus fulfilling the trust reposed in it by the late Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien.

Speaking to The Brunei Times ahead of PESEBAR’s sixth general meeting on Sunday at the Brunei History Centre’s Jawatan Dalam Hall, the society’s honorary secretary, Associate Professor Madya Dr Hj Awang Asbol Hj Mail and Assistant Honorary Secretary Dr Hj Muhammad Hadi Mohd Melayong said that among PESEBAR’s major contributions was the production of a book titled Memories on the Achievement of Brunei Darussalam 25th Independence. In 2011, it organised an international seminar on Brunei History at Universiti Brunei Darusssalam to mark the golden jubilee anniversary of the 1959 Brunei Constitution.

They explained PESEBAR’s efforts served to uphold a sabda made by the late monarch who officiated at PESEBAR’s first ever general meeting in May 1984.

They added that Sultan Hj Omar ‘Ali Saifuddien, at that point in time, said that the society should serve to attract more interest in the country’s history, culture and traditions.

Meanwhile Prof Madya Dr Hj Awang Asbol said that those interested in joining PESEBAR can do so as registration forms will be provided at the meeting.

Lifetime membership for adults is priced at $10, while students can get it at $5.

PESEBAR was established on April 24, 1983 and was registered on February 8, 1984. It now had a membership of around 430 members.

- THE BRUNEI TIMES



Mesyuarat Agung PESEBAR 28 September ini

  • Oleh:  Rohani Haji Abdul Hamid
  • Thursday, 25 September 2014

SETIAUSAHA Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr Haji Hasbol bin Haji Mail dan Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong pada Sidang media yang diadakan di Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
SETIAUSAHA Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr Haji Hasbol bin Haji Mail dan Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong pada Sidang media yang diadakan di Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam. (Foto: Masri Osman)

TUNGKU LINK, Rabu, 24 September. - Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) akan mengadakan Mesyuarat Agung Ke-6 akan berlangsung pada 28 September 2014 di Dewan Jawatan Dalam, Jabatan Pusat Sejarah Brunei di ibu negara.
Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail mengumumkan perkara itu pada sidang media yang diadakan di Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
Menurut beliau, di antara agenda mesyuarat agung tersebut adalah untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Baru bagi 2014-2016.
Manakala Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong pula menjelaskan, tujuan penubuhan PESEBAR untuk menimbulkan minat yang lebih luas terhadap sejarah kebudayaan dan resam penduduk Negara Brunei Darussalam serta wilayah-wilayah jiran khasnya dan lain-lain negeri yang ada kaitan sejarah dengannya.
Jelasnya, Mesyuarat Agung Tahunan Pertama PESEBAR diadakan pada 27 Mei 1984.
- Pelita Brunei Online.

PESEBAR to Mark 30th Anniversary with 6th General Meeting


The Honorary Secretary of PESEBAR, Profesor Madya Dr Haji Hasbol bin Haji Mail and the Assistant Honorary Secretary of PESEBAR, Dr Awg Hj Md Hadi Md Melayong, at the press conference. | PHOTO: COURTESY OF PELITA BRUNEI (Masri Osman)
The Honorary Secretary of PESEBAR, Profesor Madya Dr Haji Hasbol bin Haji Mail and the Assistant Honorary Secretary of PESEBAR, Dr Awg Hj Md Hadi Md Melayong, at the press conference. | PHOTO: COURTESY OF PELITA BRUNEI (Masri Osman)


BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei History Association (PESEBAR) is now thirty years old. It will hold its sixth general meeting on Sunday at Dewan Jawatan Dalam, Brunei History Centre.
According to the Assistant Honorary Secretary of PESEBAR, Dr Awg Hj Md Hadi Md Melayong, the association was established in 1984 following an agreement of some intellectuals interested in the field of history.
Among the objectives of the formation of the association was to facilitate research and study, to produce documents on the history of Brunei, to take care of the historical places and to keep old records on the Sultanate.
Members of the public especially those interested in Brunei history are invited to join PESEBAR. Registration fee is five dollars for a life-time membership for students and ten dollars for adults or government officers.
Details can be obtained from the Honorary Secretary of PESEBAR, Associate Professor Dr Awg Hj Hasbol Hj Mail at the telephone number 8888531 or Dr Awg Hj Md Hadi Md Melayong at 7171539. ©BRUDIRECT.COM

PESEBAR to hold 6th General Meeting



Wani Roslan

A PRESS conference on the 6th General Meeting of Brunei Historical Society (PESEBAR) was held yesterday at a meeting room of Academy of Brunei Studies, Universiti Brunei Darussalam (UBD).
The event, organised by PESEBAR, will be held this Sunday, September 28 at Dewan Jawatan Dalam, Department of Brunei History Centre.
“We encourage all members of PESEBAR and members of the public to attend the launching of the 6th General Meeting where the new selection of Higher Committee Members for 2014-2016 session will take place,” the Assistant Honorary Secretary of PESEBAR, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, said.
The meeting will also include reports by the honorary secretary and treasurer as well as dissolution of the Higher Committee Members 2011-2014 and the election of interim chairman.
Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong (L) and Associate Professor Dr Haji Asbol bin Haji Mail
Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong (L) and Associate Professor Dr Haji Asbol bin Haji Mail

According to Dr Haji Muhammad Hadi, the establishment of the PESEBAR is aimed at achieving several objectives – to do research and study, to make publications especially on the history of Brunei Darussalam, to preserve historic sites in Brunei, to discover and keep old records on the history of Brunei and to retain the lifestyle of Bruneians in line with Malay Islamic Monarchy (MIB).
During the press conference, the Associate Professor Dr Haji Asbol bin Haji Mail, the Honorary Secretary of PESEBAR, said members of the public who would like to join PESEBAR will need to fill in a form and the registration fee for students is BND$5 and BND$10 for members of the public including government officers.
“The registration fee will also cover a life membership and members do not have to pay to participate in seminars, workshops and other activities organised by Brunei Historical Society,” he said.
Dr Haji Muhammad Hadi added that PESEBAR will conduct a seminar next year in collaboration with Malay Islamic Monarchy Supreme Secretariat (MTMIB) on the economic activities of the Malay community, especially in Brunei Darussalam, and will propose various local presenters to present working papers on the history and the future of Malay Islamic Monarchy.
PESEBAR has 430 members and has successfully published ‘Commemorative Book’ in conjunction with Brunei’s 25th Independence Day Celebrations which contains 14 articles based on the research study by local scholars. The publication was sponsored by Sultan Haji Hassanal Bolkiah Foundation.
- Borneo Bulletin. September 25, 2014.

Rabu, 24 September 2014

Gambar saksi/suspek kes bunuh di Bukit Shahbandar

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 September. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menerima kes kematian di Taman Rekerasi Bukit Shahbandar. Pada Ahad lalu Balai Polis Sengkurong menerima laporan mengenai seorang wanita berumur dalam lingkungan 39 tahun telah hilang di Bukit Shahbandar semasa menaiki bukit tersebut.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju jenama Adidas berwarna biru, seluar pendek berwarna biru tua, kasut berwarna ‘light brown’ dan juga memakai ‘waist pouch’ berwarna hitam/kuning.
Pasukan mencari telah keluar mencari mangsa terdiri dari anggota Polis Balai Polis Sengkurong, Pasukan Simpanan Kompeni ‘C’ dan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Sengkurong.
Hari ini, Unit Pengesan dari Pasukan Simpanan Gurkha telah membantu dan menjumpai mangsa yang mana punca kematian masih dalam siasatan sementara menunggu laporan bedah siasat.
Untuk makluman, sebahagian kawasan Bukit Shahbandar telah ditutup untuk melanjutkan siasatan sehingga ianya dibuka seperti biasa kepada orang ramai.
Pada Hari Jumaat, 19 September 2014, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah mengeluarkan maklumat  terbaru mengenai kes kematian yang terjadi di Bukit Shahbandar yang dilaporkan pada 7 September 2014.
PDB telah mengeluarkan dua gambar rajah yang telah dilakar melalui gambar yang dilihat oleh saksi-saksi yang tampil memberikan maklumat semasa kejadian tersebut.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua Unit Siasatan Khas, Penguasa Polis, Awang Haji Khairur Rijal bin Haji Abu Salim pada Sidang Media yang berlangsung di Pejabat JSJ, Jalan Ong Sumping, di sini.
Jelasnya, butir-butir yang diperolehi dari saksi-saksi tersebut adalah seperti berikut, umur pertengahan 30 hingga 40-an, berbadan kurus, tinggi kira-kira 5 kaki 7 inci, berambut pendek dan berkulit gelap, dipercayai warganegara luar.
HERNIE2 190914
PDB telah mengeluarkan dua gambar rajah yang telah dilakar melalui gambar yang dilihat oleh saksi-saksi yang tampil memberikan maklumat semasa kejadian tersebut. (Foto : Hernie Suliana Haji Othman)
Mangsa berkenaan berbangsa Cina dan berumur 39 tahun di mana semasa kejadian berlaku mangsa memakai baju T-Shirt berwarna biru, seluar pendek hitam dan memakai beg kecil hitam.
Dalam sidang media yang lepas itu juga menjelaskan, terdapat juga kesan yang menunjukkan bahawa mangsa telah diserang secara seksual. Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Hukuman Jenayah.
Kematian wanita berkenaan, telah disahkan melalui bedah siasat yang dijalankan pada 9 September lepas setelah mayat ditemui kira-kira pukul 6.15 pagi sehari sebelumnya.
Pihak Koroner dan Pathologists daripada Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dipanggil untuk membuat pemeriksaan ke atas mayat di tempat kejadian dan dibawa ke hospital berkenaan bagi siasatan lanjut.
Mayat wanita berkenaan dijumpai di kawasan semak berhampiran dengan Pondok Lima di kawasan Bukit Shahbandar dengan kerjasama Pasukan Unit Crime Scene, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Brunei untuk membuat pengawalan.
Chin Mei Fong dilaporkan hilang pada 7 September lalu kira-kira pukul 8.00 malam di mana gerakan mencari dikendalikan oleh anggota daripada Balai Polis Sengkurong, Pasukan Simpanan Polis 'C' Kompeni, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota daripada Unit Simpanan Gurkha pada hari yang sama.
PDB telah mengenal pasti bahawa kejadian berlaku di antara pukul 4.00 hingga 6.00 petang pada hari Ahad, 7 September 2014.Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak berasas yang boleh menjejaskan siasatan.
Polis memohon kepada orang ramai untuk membantu memberikan maklumat mengenai insiden tersebut yang mana dipercayai kejadian tersebut berlaku di antara 3.00 hingga 7.00 petang pada 7 September 2014 kepada talian kecemasan 993 atau talian 2232001 atau 2232007.

Isnin, 4 Ogos 2014

Bell 212 choppers decommissioned


Saturday, August 2, 2014

THE Royal Brunei Armed Forces has decommissioned its entire fleet of BELL 212 helicopters after 40 years of service, in a flyby ceremony yesterday commmencing from the Rimba Air Force Base.








Three Bell 212 helicopters took part in the flyby over the Royal Brunei Land Force Base, Royal Brunei Navy Forces base, Training Institute Royal Brunei Armed Forces and the Rimba Air Force Base.

 
Joining the flyby yesterday was Royal Brunei Air Force (RBAirF) Commander Brigadier General (U) Hj Wardi Hj Abd Latip.

The decommissioning team was led by senior pilot Lt Col (U) Jasmin. Maj (U) Hishamuddin the outgoing Officer Commanding of No.1 Squadron and Maj (U) Hismawadi in his capacity as Officer Commanding Standard Squadron maintenance test pilot for Bell 212.

The aircraft departed from the Air Movement Centre (AMC) and returned to the centre after flying pass various bases.

On returning to the centre, the RBAirF commander delivered a closing speech and officially decommissioned the fleet of aircraft.

He noted that the aircraft started its services in 1974. Its early uses were to transport flying doctors from the Ministry of Health to rural areas in the country.

Since then, the fleet has clocked a total of 65,000 flying hours.

He added that the helicopter became known for its versatility and eventually became the “workhouse” for the RBAirF. The RBAirF commander had piloted the aircraft in early stages of his career.

Tasks performed by Bell 212 included search and rescue operations, provisions of suppression fire power, logistic delivery through abseiling or jungle line resupply.

The helicopter was also able to deliver troops inside confined areas using “multi-rope abseiling and fast roping for assaulting troops”, the commander added.

The aircraft is used in regionally and internationally for support during disasters.

According to Brigadier General (U) Hj Wardi, the helicopter was proven to be a “capable” aircraft to perform multi-tasking operations.

Forty-three personnel, including aircrew and engineering teams, worked on the twin-bladed helicopter when it was operational.

Some of the personnel in No 1 Squadron are already working on the new Sikorsky S-70i Black Hawk helicopters, while others are waiting to receive training for the new aircraft in the United States of America.

Later in the afternoon, the RBAirF held the first official task carried out by the S-70i aircraft.

It was previously reported that Sikorsky and the Ministry of Defence have signed a contract for the supply of 12 S-70i helicopters. Eight have already been delievered by Sikorsky. Four units are expected to be delievered to Brunei by the end of the year.

The Brunei Times

Jumaat, 1 Ogos 2014

KDB Darussalam, KDB Darulaman berjaya di RIMPAC

Oleh: Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan / ABDB

HAWAII, Isnin, 14 Julai. - KDB Darussalam dan KDB Darulaman, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah membuktikan keupayaan melawan dengan menembak sistem peluru berpandu buat kali pertama.

Kedua kapal kelas peronda itu telah berjaya menjalankan latihan penembakan peluru berpandu permukaan ke permukaan Exocet MM40 Block II di Pacific Missile Range Facility (PMRF), 80 batu nautika utara Pulau Kaua'i.

Melalui Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan ke Pelita Brunei bahawa Kapal-kapal TLDB itu menyertai Rim Latihan Multinasional Pertama di Pasifik (RIMPAC) yang dianjurkan oleh Fleet Ketiga Tentera Laut Amerika Syarikat di Hawaii selama sebulan.

United States Navy Third Fleet (insignia).gif

KDB Darussalam dan KDB Darulaman mengambil bahagian dalam latihan 'Sink' (SINKEX) dengan negara-negara lain yang mengambil bahagian melepaskan peluru berpandu permukaan Exocet di sekitar jam 0920 (waktu tempatan 0320h).

Kedua-dua peluru berpandu telah dilancarkan dengan jayanya ke arah sasaran yang dimaksudkan pada masa yang sama pada jarak kira-kira 40 batu nautika.

Tembakan taktikal adalah bertujuan untuk mencapai keupayaan operasi penuh kapal kelas rondaan  KDB Darussalam, setelah selesai penglibatan peluru berpandu, kedua-dua kapal kembali ke Pearl Harbor untuk mengisi minyak sebelum menyertai latihan fasa laut seterusnya dengan Pasukan Petugas 175 pada 18 Julai lalu.

Pegawai dan anak-anak kapal telah bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk memenuhi semua keperluan serta memastikan kapal itu kekal pada penyelenggaraan tahap tertinggi. Mereka telah membuktikan diri mereka boleh berurusan dengan evolusi itu dan dengan melengkapkan latihan itu. KDB Darussalam dan KDB Darulaman menambah pencapaian lain yang ketara dalam keupayaan operasinya dan menandakan satu lagi pencapaian penting bagi TLDB.

Selain daripada mencapai keupayaan operasi, meningkatkan kepercayaan dan keyakinan di kalangan tentera laut dunia, membina keupayaan juga telah dicapai. Membina keupayaan membuktikan untuk menjadi dogma yang sesuai dalam menghalang dan menentang untuk sebarang cabaran maritim. 


Kawasan keselamatan seperti RIMPAC 2014 memang memperuntukkan peluang dan TLDB pasti mendapat manfaat daripada pengalaman dan acara penting itu.

Menyaksikan latihan tembakan peluru hidup berpandu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat, diiringi oleh Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.

Latihan RIMPAC masih diteruskan dan akan berakhir pada 30 Julai ini, kedua-dua kapal TLDB dijadual berlepas ke Hawaii pada 4 Ogos nanti untuk belayar kembali ke Negara Brunei Darussalam.

Di kesempatan itu, satu majlis pengagihan kurma yang dikurniakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan juga telah diadakan untuk pegawai-pegawai dan anggota-anggota kedua buah kapal.

Pengagihan kurma telah disampaikan oleh Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd Tamit.