Rabu, 1 Oktober 2014

KDB Darul Taqwa

4



KDB Darul Taqwa adalah kapal peronda luar pantai yang keempat dari Kelas Darussalam. Mula dibina pada 12 Julai 2012 dan diterima serta ditauliahkan ke dalam armada Tentera Laut Diraja Brunei pada Hari Jumaat 9 Mei 2014 di Limbungan Kapal Leurssen di Lemwerder, Republik Persekutuan Jerman.

Sistem Meriam Tentera Laut MLG 27mm adalah salah sebuah senjata yang terdapat di atas kapal ini. Senjata ini digunakan ke atas sasaran udara serta sasaran laut dan darat yang kecil. Ianya berkeupayaan untuk menembak sejauh 2,000 meter dengan purata tembakan dari 1,000 ke 1,700 butir peluru dalam tempoh seminit. Sistem ini boleh dikawal melalui kamera TV, kamera infra-merah, penentujarak laser sama ada secara otomatik atau kawalan insani stesen kawalan pensenjataan di dalam perut kapal.  


Berikut ini dinyatakan spesifikasi bagi kapal-kapal TLDB dari Kelas Darussalam ini.

Buatan:
Lurssen Shipyard, Lemwerder, Persekutuan Republik Jerman.


Berat Angkutan Penuh:
1,625 ton..


Panjang:
80.0 meter


Lebar:
13.0 meter


Kuasa Dorong:
2 x Enjin Diesel 12V 11,400hp 


Bilangan Kipas:
2 buah


Kelajuan Penuh:
22 knot


Jarak Operasi:
200 batu nautika bagi melindungi Zon Ekonomi Eksklusif Negara dan 7,500 - 8,000 batu nautika jika beroperasi di luar dari zon berkenaan.


Daya Tahan Operasi:
21 hari



Radar:
Terma Scanter 4100 2D Surface/Air Search Radar

Persenjataan:
Sistem Peluru Berpandu anti-kapal permukaan Exocet MM-40
Sistem Meriam Tentera Laut MLG 27mm 


Kemudahan:
Pad pendaratan helikopter bersaiz sederhana seperti S-70i-14 TUDB


Bot:
Stern Rigid Inflatable Craft

Tiada ulasan:

Catat Ulasan