RIMBA, Sabtu, 31 Mei. -
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) kini mencecah usianya yang
ke-53 tahun yang setentunya memberi satu kematangan dalam penubuhannya
dan sejajar kedewasaannya itu, ABDB kini mampu berkembang dengan lebih
maju dan berwawasan.
Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB yang lebih separuh abad
itu menjadi satu detik sejarah manis dan bertambah meriah dengan
keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji
Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB pada sambutannya ke-53 tahun.
KEBAWAH DYMM berkenan menerima Tabik Hormat Diraja. (Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor)
Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Pengkalan Tentera Udara
Diraja Brunei (TUDB), di sini dijunjung oleh Timbalan Menteri
Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat
dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar
Jeneral Dato Seri Pahlawan Mohd. Tawih bin Abdullah.
Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di
Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.
KEBAWAH DYMM semasa berkenan memeriksa Pasukan-pasukan Perbarisan oleh seramai 1,153 anggota ABDB.
(Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said)
Sejurus keberangkatan tiba di Hanger
‘B’, Pengkalan TUDB, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima
Tabik Hormat Diraja dan berangkat memeriksa Pasukan-pasukan Perbarisan
oleh seramai 1,153 anggota ABDB terdiri daripada Tentera Darat Diraja
Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), TUDB, Institut Latihan
(IL) ABDB, Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB dan Pasukan Askar Wanita di
bawah perintah Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Muhd. Azmi bin Haji
Muhd. Husain.
Selepas
Kebawah DYMM memeriksa perbarisan, acara disusuli dengan perbarisan
lalu dalam masa perlahan dan cepat oleh pasukan-pasukan perbarisan yang
membawa Panji-Panji Kebawah DYMM dan Panji-Panji Pasukan ABDB diikuti
perbarisan beratur semula.
KEBAWAH
DYMM semasa berkenan berangkat melawat ke Pameran Statik yang
menyaksikan pelbagai kelengkapan dan keupayaan ketenteraan daripada unit-unit ABDB. (Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor)
Pada sambutan itu, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan titah.
Ini
diikuti dengan laungan suara tiga kali ‘Daulat Kebawah Duli Tuan Patik’
disembahkan ke hadapan majlis Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
KEBAWAH
DYMM dan DYTM semasa berkenan berangkat melawat ke Pameran Statik yang
menyaksikan pelbagai kelengkapan dan keupayaan ketenteraan daripada
unit-unit ABDB. (Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)
Selepas itu, bacaan Doa
Selamat dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama (JA’MAAT), ABDB,
Kapten Ariffin bin Amit @ Hamid bagi memberkati upacara tersebut.
Kemudiannya, baginda sekali lagi disembahkan dengan Tabik Hormat Diraja yang diikuti dengan terbang lalu pesawat-pesawat TUDB.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ’Abdul Malik semasa berkenan berangkat melawat ke Pameran Statik.
(Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor)
Kebawah DYMM dan Duli Yang Teramat Mulia
Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota serta kerabat diraja kemudiannya
dijunjung berangkat ke Ruang Khas di Bangunan Hanger ’B’ bagi Majlis
Santap Ringan sebelum berangkat melawat ke Pameran Statik.
Di kawasan
pameran statik ini, baginda berkenan menyaksikan pelbagai kelengkapan
dan keupayaan ketenteraan daripada unit-unit ABDB dan meninjau
fasiliti-fasiliti yang dipamerkan oleh Kementerian Pertahanan dan juga
Persatuan Bekas Perajurit.
KEBAWAH DYMM semasa berkenan menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan.
(Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
Kebawah DYMM dan DYTM Paduka Seri
Pengiran Muda Mahkota serta kerabat diraja kemudian dijunjung berangkat
ke Kompleks Sukan TUDB dan berkenan menerima Majlis Ramah Mesra bersama
Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Rendah ABDB.
Baginda juga kemudiannya berkenan menerima pesambah berupa ‘Replika Polo Stick’, manakala DYTM pula menerima pesambah berupa ‘Replika Snooker Cue’.
DULI
Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran
Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri
dan Jeneral ABDB semasa berkenan menandatangani lembaran kenangan
keberangkatan. (Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said)
Latar belakang kek berwarna kuning melambangkan kedaulatan kesultanan Brunei dengan hiasan Air
Muleh, Logo ABDB dan Logo Unit-Unit Angkatan Tentera tersusun rapi
melambangkan identiti kebruneian yang menerapkan budaya bekerjasama dan
bersatu padu di antara satu dengan yang lain di dalam menanai serta
mempertahankan kedaulatan agama, raja, bangsa dan negara.
Semasa di
Dewan Santap, baginda berkenan menerima pesambah berupa Jaket
Penerbangan berwarna hitam, sementara pesambah berupa Jaket Penerbangan
bewarna coklat terang disembahkan ke hadapan DYTM.
KEBAWAH DYMM semasa memotong Kek Hari Ulang Tahun ABDB Ke-53 berteraskan tema sambutan iaitu ‘Generasi ABDB Berwawasan’.
(Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said)
Sebelum meninggalkan Kompleks Sukan TUDB, Kebawah DYMM seterusnya menandatangani Lembaran Kenangan Keberangkatan.
Selepas
itu, Kebawah DYMM dan DYTM berserta kerabat diraja lainnya dijunjung
berangkat ke Dewan Layang-Layang TUDB bagi Majlis Ramah Mesra bersama
Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan ABDB.
KEBAWAH DYMM semasa berkenan menerima menerima junjung ziarah daripada Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Rendah ABDB.
Berangkat
sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan
Perdana Menteri dan Jeneral ABDB, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda ’Abdul Malik. (Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said)
Di Dewan Layang-Layang TUDB ini, baginda
dan DYTM serta kerabat diraja telah berkenan untuk bergambar ramai
bersama Pegawai-pegawai Tidak Bertauliah Kanan ABDB.
Seterusnya,
baginda dan DYTM juga telah berkenan menerima pesambah dari
Pegawai-Pegawai Tidak Bertauliah Kanan ABDB berupa Replika Pedang
Sayyidina Ali bin Abi Thalib.
SERAMAI
1,153 anggota ABDB mengikuti Pasukan-pasukan Perbarisan ABDB terdiri
daripada Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei
(TLDB), TUDB, Institut
Latihan (IL) ABDB, Rejimen Pasukan Khas (RPK) ABDB dan Pasukan Askar
Wanita di bawah perintah Ketua Perbarisan, Leftenan Kolonel Muhd. Azmi
bin Haji Muhd. Husain. (Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
SEBAHAGIAN daripada orang ramai yang sama-sama hadir bagi menyaksikan serta memeriahkan lagi Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB
ke 53 tahun. (Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
Kemudian, baginda dan DYTM serta kerabat
diraja berkenan untuk menerima junjung ziarah dari Pegawai-Pegawai
Tidak Bertauliah Kanan ABDB dan menandatangani Lembaran Kenangan
Keberangkatan.
Sebelum berangkat ke upacara Majlis
Santap, Kebawah DYMM dan DYTM dan kerabat diraja dijunjung berangkat
menyaksikan pameran dan demonstrasi TDDB.
Sejurus tiba di Bangunan
Pusat Pergerakan Udara bagi Majlis Santap, baginda dijunjung bagi
Upacara Memotong Kek Hari Ulang Tahun ABDB Ke-53 berteraskan tema
sambutan iaitu ‘Generasi ABDB Berwawasan’.
KEBAWAH DYMM semasa berkenan bergambar ramai bersama Pegawai-Pegawai ABDB. (Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said)
Warna Regimental ABDB yang direka
bentuk bulat dan bertingkat yang menuju ke atas melambangkan
anggota-anggota ABDB secara keseluruhannya mempunyai wawasan yang menuju
ke arah peningkatan, kemajuan dan pemodenan sesebuah institusi.
Sebelum Majlis Santap Tengah Hari dimulakan, Doa Selamat dibacakan oleh Penolong Ketua JA’MAAT, Kapten Ariffin bin Amit @ Hamid.
Sebelum
berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan DYTM serta kerabat
diraja dijunjung untuk menerima junjung ziarah dari pegawai-pegawai ABDB
diikuti dengan menandatangani Lembaran Kenangan sebelum bergambar
kenangan beserta kerabat diraja yang lain.