Ahad, 6 Julai 2014

DPMM menerima Penganugerahan Warga Kehormat MARINIR

Oleh:  Hajah Zabaidah Haji Salat dari Jakarta, Republik Indonesia



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan berangkat ke Majlis Penganugerahan Warga Kehormat MARINIR di markas pasukan tersebut yang terletak di Kesatrian Hartono, Cilandak, Jakarta Selatan. (Foto: Masri Osman)

JAKARTA, REPUBLIK INDONESIA, Isnin 5 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima Penganugerahan Warga Kehormat MARINIR di markas pasukan tersebut yang terletak di Kesatrian Hartono, Cilandak, Jakarta Selatan, di sini.

Penganugerahan tersebut merupakan yang kedua bagi Duli Yang Teramat Mulia dalam rangka keberangkatan rasmi ke sini, di mana Sabtu 3 Mei lepas, DYTM telah dianugerahkan dengan Warga Kehormatan Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS).

Keberangkatan tiba DYTM di Majlis Penganugerahan itu telah dijunjung dengan penghormatan ketenteraan daripada Kawalan Suku. Dan kemudiannya apabila melintasi Vallrip, DYTM dijunjung oleh Kepala Staf Angkatan Laut, Laksamana Tentera Nasional Indonesia (TNI) Marsetio dan Komandan Korps MARINIR, Major Jeneral Faridz Washington.
MASRI 6-KEHORMATAN 050514


DYTM berkenan menyaksikan tayangan video mengenai dengan organisasi Korps MARINIR. (Foto : Masri Osman)

Di Bilik VIP Yonif-6, DYTM berkenan menyaksikan tayangan video mengenai dengan organisasi Korps MARINIR. Kemudiannya dijunjung berangkat ke khemah khas di kawasan lapang Brigade Infantri 2 MARINIR bagi Majlis Penganugerahan Warga Kehormatan.

Dari khemah khas, DYTM kemudiannya dijunjung berangkat ke Pentas Khas dengan diiringi oleh Komandan korps MARINIR, Major Jeneral Faridz Washington. Di atas Pentas Khas, DYTM menerima Hormat Senjata daripada tentera MARINIR.

Selepas itu, satu pasukan kereta kebal pembawa lencana-lencana dan beret kehormat berhenti di hadapan pentas khas dan kemudian menyerahkan lencana-lencana khas kepada Major Jeneral Faridz Washington.


MASRI 11-KEHORMATAN 050514

KOMANDAN korps MARINIR, Major Jeneral Faridz Washington menyematkan lencana khas Korps MARINIR ke hadapan majlis DYTM.
(Foto : Masri Osman)


MASRI 14-KEHORMATAN 050514

DYTM berkenan disembahkan dan menerima Beret Kehormat. (Foto : Masri Osman)

Di mana kemudiannya Komandan Korps MARINIR menyematkan lencana-lencana tersebut ke hadapan majlis DYTM dan dikuti kemudiannya dengan menyembahkan Beret Kehormat ke hadapan Majlis DYTM.

DYTM seterusnya dijunjung menaiki kenderaan khas untuk memeriksa perbarisan ketenteraan dan kemudianya di Pentas Khas DYTM telah mengurniakan sabda penghargaannya di atas penganugerahan Warga Kehormatan Korps MARINIR.

 MASRI 17-KEHORMATAN 050514

DYTM berkenan menaiki kenderaan khas bersama Komandan Upacara untuk memeriksa pasukan. (Foto : Masri Osman)

Sabda DYTM, bahawa penghormatan yang diterima dari Pasukan Tentera Laut Republik Indonesia (MARINIR) adalah satu penghormatan yang bermakna kepada DYTM sebagaimana penghormatan yang sama telah dianugerahkan ke hadapan majlis Paduka Ayahanda DYTM iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 2003.

DYTM yakin bahawa hubungan Pasukan MARINIR kedua-dua buah negara akan sentiasa dipertingkatkan pada tahun-tahun yang akan datang.

Setelah selesai Majlis Penganugerahan, DYTM kemudian dijunjung ke khemah khas bagi Sesi Bergambar sebelum berangkat ke Majlis Santap Petang yang dihos oleh Komandan Korps MARINIR, Major Jeneral Faridz Washington.

MASRI 28-KEHORMATAN 050514

MAJLIS Santap Petang yang dihos oleh Komandan Korps MARINIR, Major Jeneral Faridz Washington. (Foto : Masri Osman)


DYTM berkenan mengurniakan cenderahati dan plak. (Foto : Masri Osman)

Sebelum berangkat meninggalkan Korps MARINIR, DYTM berkenan menerima Plak yang disembahkan ke hadapan majlis DYTM oleh Komandan Korps MARINIR dan DYTM juga berkenan mengurniakan Plak kepada Major Jeneral Faridz Washington dan Kepala Staf Angkatan Laut Republik Indonesia, Laksamana TNI Marsetio. Selepas itu, berkenan menandatangani Buku Pelawat.
 
MASRI 32-KEHORMATAN 050514

DYTM berkenan menandatangani buku lawatan. (Foto : Masri Osman)

Ketika berangkat meninggalkan Korps MARINIR, DYTM juga berkenan menerima penghormatan daripada Kawalan Suku.

Mengiringi Keberangkatan DYTM di majlis itu ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong; Duta Besar dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Indonesia, Tuan Yang Terutama Brigadier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Haji Mahmud bin Haji Saidin dan Pemangku Timbalan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Yussof bin Haji Abd Rahman.

- Pelita Brunei Online. Selasa, 6 Mei 2014.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan