Selasa, 1 September 2015

Istiadat Perbarisan Kehormatan 2015

Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang ke 69 pada 15 Ogos 2015 yang lalu. Macam biasa, me akan meround-round di bandar sebelum, semasa dan selepas istiadat berkenaan dengan memakai pakaian Cara Melayu warna hitam. Mula-mula me berada di hadapan Pejabat Pos Besar bagi melihat dengan lebih dekat Unit Tembak Meriam, Polis Tentera ABDB. Baik jua membawa earplug. 

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan bagi mengiringi lagu kebangsaan semasa Hormat Diraja kehadapan Majlis KDYMM. Terdapat 7 buah meriam yang mana setiap satunya menembakkan sehingga 3 biji peluru kosong (bunyi saja). Pasukan Unit Tembak Meriam ini bukan sahaja berfungsi di dalam istiadat perbarisan kehormatan ini sahaja bahkan turut terlibat dengan upacara/istiadat yang lain seperti tembakan menandakan awal bulan Ramadhan (12 das), tembakan menandakan akhir bulan Ramadhan (12 das) dan majlis adat istiadat diraja [berbedak, mandi berlawat](17 das).  

HJ MASMALEH_04

Lepas tu me akan bergerak ke salah sebuah restoran India Muslim di Jalan Robert bagi menikmati sarapan [roti kosong, roti telur & nescafe suam] sambil melihat siaran langsung istiadat di dalam tv restoran berkenaan. Apabila lagu kebangsaan dimainkan sebelum keberangkatan balik KDYMM, me bergegas keluar bagi menggambar pesawat TUDB. Pada tahun ini, 6 buah helikopter Sikorsky S-70i dan sebuah pesawat Pilatus PC-7 Mark II melakukan lintasan hormat. Eh eh, sebuah saja? Mana pesawat yang lain? Mana CN-235? Dalam fikiran, bermacam-macam andaian. Mungkin kerana, pesawat-pesawat berkenaan belum diselenggara. Mungkin juga diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga di Pengkalan TUDB Rimba. Semasa istiadat berlangsung, ruang udara BSB adalah terkawal dengan sebuah helikopter Bolkow BO-105 dari Skuadron 2, TUDB melakukan tinjauan udara. Pesawat ini akan keluar dari ruang udara BSB sebelum lintasan hormat di udara.

RIZAL_8043

MAHDI-11

HERNIE_26

(Sumber foto: Infofoto Jabatan Penerangan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan