- Oleh: Siaran Akhbar Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
- BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos. - Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Perhubungan ingin menekankan sekali lagi bahawa Penggunaan Sistem Pesawat Udara Kawalan Jauh (Remotely Piloted Aircraft System) yang lebih dikenali sebagai 'drone' adalah dilarang sama sekali sebagaimana yang terkandung di bawah Bab 21 Akta Penerbangan Awam 2006 bahawa melancarkan Pesawat Udara Tanpa Manusia adalah satu kesalahan.Di bawah Bab 51 Perintah Penerbangan Awam 2006, mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi sebarang peruntukan perintah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi BND50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.Sehubungan ini, DCA memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi Perintah Penerbangan Awam 2006 demi keselamatan orang ramai dan lalu lintas udara.
-
Rabu, 2 September 2015
Penggunaan Sistem Pesawat Udara Kawalan Jauh dilarang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan