- Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
- RIMBA, Jumaat, 8 Januari. - Leftenan (U) Awangku Adri Firdaus bin Pengiran Haji Rakawi, 26 tahun, mengikuti kursus 'Basic Flying Fixed Wing Training' dan 'Rotary Flying Training' di BAE Systems, Tamworth, Australia selama setahun enam bulan merasa amat gembira dan bersyukur kerana berjaya menamatkan kursus yang diikuti.Beliau merupakan salah seorang penerima Lencana Juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).Dalam temu bual bersama Pelita Brunei selepas menerima lencana juruterbangnya, beliau merasa terharu dan berjanji kepada diri sendiri untuk membuat yang terbaik apabila masuk dalam dunia operasi serta mengikuti jejak juruterbang yang terdahulu untuk membawa nama baik TUDB.LEFTENAN (U) Awangku Adri Firdaus bin Pengiran Haji Rakawi ... Berjanji kepada dirinya sendiri untuk membuat yang terbaik apabila masuk dalam dunia operasi dan mengikuti jejak jurutebang yang lama untuk membawa nama baik TUDB."Sepanjang tempoh berkursus, bermacam cabaran yang saya lalui, tetapi alhamdulillah saya mampu menempuhinya dengan sabar dan akhirnya lulus. Ahli keluarga terutama sekali ibu bapa memainkan peranan penting untuk terus memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Begitu juga dengan pegawai-pegawai juruterbang'senior' tidak pernah jemu memberikan nasihat serta kawan-kawan rapat yang sentiasa bersama menempuhi suka dan duka sepanjang saya mengikuti kursus," jelasnya.Beliau berkata, pada masa akan datang beliau merancang untuk terbang dengan aktif agar dapat mengumpul jumlah jam penerbangan dan suatu hari nanti akan dapat menjadi seorang jurulatih terbang yang berkebolehan.Seorang lagi juruterbang yang layak menerima lencana ialah Leftenan (U) Muhammad Ali Sadiqqin bin Haji A. Murni berusia 31 tahun juga mengikuti kursus di BAE Systems, Tamworth, Australia selama setahun empat bulan.LEFTENAN (U) Muhammad Ali Sadiqqin bin Haji A.Murni ... "Saya merasa bersyukur dan sangat gembira setelah berjaya menamatkan kursus.""Alhamdulillah, saya bersyukur dan sangat gembira setelah berjaya menamatkan kursus. Terima kasih juga kepada keluarga, rakan seperjuangan dan para jurulatih yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan tanpa batasan," ujarnya.Katanya, dengan adanya lencana itu, ia diharap mampu meningkatkan semangat beliau menjadi seorang pegawai tentera yang lebih baik dan terus berkhidmat di dalam TUDB.Menyentuh mengenai perancangan di masa akan datang, Muhammad Ali Sadiqqin begitu berminat sekali untuk menerbangkan pesawat Blackhawk S70i dengan harapan untuk berbakti kepada raja, agama dan negara.- Pelita Brunei Online. Jumaat, 08 Januari 2016.
Khamis, 14 Januari 2016
Hadapi cabaran kursus juruterbang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan