- Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
- PEMERINTAH Tentera Udara Diraja Brunei, Kolonel Udara Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah semasa memasangkan lencana juruterbang kepada 975 Leftenan Udara Mohammaed Azhar bin Haji Mohd. Mahathir bertempat di Markas Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.RIMBA, Jumaat, 8 Januari. - Seramai lima orang pegawai yang menamatkan latihan penerbangan menerima lencana juruterbang masing-masing.Majlis diadakan di Markas Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Pangkalan TUDB, pagi tadi.Penyampaian lencana juruterbang disematkan oleh Pemerintah TUDB, Kolonel Udara Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah dan disaksikan oleh ahli-ahli keluarga penerima bersama Pegawai Memerintah No. 73 Skuadron, Sekolah Latihan Penerbangan, No. 7 Wing, Mejar (U) Pengiran Mohd. Zulhusmi bin Pengiran Mohd. Roslan.PARA penerima lencana juruterbang bergambar ramai bersama Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.Penerima lencana juruterbang terdiri daripada 964 Leftenan (U) Muhammad Izdihar bin Haji Imran dan 975 Leftenan (U) Mohammaed Azhar bin Haji Mohd. Mahathir yang mana kedua-keduanya telah selesai menjalani latihan penerbangan sepenuhnya di No. 73 Skuadron, Sekolah Latihan Penerbangan bertempat di Negara Brunei Darussalam.Juga menerima lencana juruterbang ialah 993 Leftenan (U) Muhammad Ali Sadiqqin bin Haji A. Murni; 999 Leftenan (U) Awangku Adri Firdaus bin Pengiran Haji Rakawi dan 1009 Leftenan (U) Mohammad Syamim bin Roslan yang telah selesai menjalani latihan penerbangan sepenuhnya di BAE Systems, Tamworth, Australia.LEFTENAN Udara Mohammaed Azhar bin Haji Mohd. Mahathir bersama keluarga sejurus menerima lencana juruterbang setelah berjaya menjalani latihan penerbangan di 73 Skuadron, Sekolah Latihan Penerbangan di Negara Brunei Darussalam.LEFTENAN Udara Muhammad Ali Sadiqqin bin Haji A. Murni bersama keluarga sejurus menerima lencana juruterbang setelah menamatkan latihan penerbangan di BAE Systems, Tamworth, Australia.LEFTENAN Udara Mohammad Syamim bin Roslan bersama keluarga sejurus menerima lencana juruterbang setelah berjaya menjalani latihan penerbangan di BAE Systems, Tamworth, Australia.Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai serta diikuti dengan upacara penyampaian lencana juruterbang dan seterusnya diakhiri dengan bacaan doa selamat serta bergambar ramai.
- - Pelita Brunei Online. Jumaat, 08 Januari 2016.
Khamis, 14 Januari 2016
Lima terima lencana juruterbang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan