- Oleh: Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan
- RIMBA, Rabu, 24 Februari. - Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah menerima kunjungan dari Pasukan Aerobatik Tentera Udara Republik Korea (TURK), Black Eagles di Pangkalan Tentera Udara Rimba, di sini.Pasukan Black Eagles, TURK yang mendarat di negara ini terdiri daripada lima buah Jet Korea Aerospace Industries (KAI) Supersonik T-50B, sebuah 'spare aircraft', manakala sebuah pesawat sokongan C-130 terbang lebih awal semalam.
- TENTERA Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Aerobatik Tentera Udara Republik Korea (TURK), Black Eagles bergambar ramai di Pangkalan Tentera Udara Rimba.
- Pasukan Black Eagles, TURK, transit di negara ini untuk mengisi minyak selepas berjaya melakukan persembahan aerobatik di Republik Singapura baru-baru ini, dan memberikan peluang kepada TUDB untuk mengadakan sesi pertemuan tidak rasmi di Air Movement Centre (AMC).PASUKAN Aerobatik Tentera Udara Republik Korea (TURK), Black Eagles transit di negara ini selepas membuat persembahan aerobatik di Republik Singapura (atas dan bawah).
- Perjumpaan yang dihoskan oleh Komander Kumpulan Operasi (COG), TUDB, Kol (U) Mohammad Sharif, bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua Angkatan Udara.Sebelum ini, Pasukan TURK mendarat di Pangakalan Tentera Udara Rimba pada 9 hingga 10 Februari 2016 dari Republik Korea dalam perjalanan ke Singapura.
- Pelita Brunei Online. Khamis, 25 Februari 2016.
Selasa, 15 Mac 2016
TURK mendarat di Pangkalan Tentera Udara Rimba
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan