Siaran Akhbar dan Foto: Kementerian Pertahanan
BOLKIAH GARISON, Selasa, 25 Jun. – Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof telah menerima kunjungan hormat daripada Commander of Escort Flotilla I, Japan Maritime Self-Defense Force (JMSDF), Rear Admiral Hiroshi Egawa pada 24 Jun 2019.
Semasa kunjungan hormat, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengalu-alukan kedatangan Rear Admiral Hiroshi Egawa dan delegasi ke Negara Brunei Darussalam dan mengucapkan terima kasih atas lawatan muhibah daripada JS IZUMO, JS MURUSAME dan JS AKEBONO ke negara ini bermula dari 23 hingga 30 Jun 2019.
Rear Admiral Hiroshi Egawa juga telah membuat kunjungan hormat kepada Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Kedua belah pihak berpuas hati atas hubungan dua hala di antara Tentera Laut Diraja Brunei dan JMSDF yang mana terus berkembang dari tahun ke tahun melalui pertukaran lawatan, latihan eksesais pelbagai hala dan kursus. Pemerintah ABDB mengalu-alukan peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama ketenteraan di antara kedua buah angkatan laut pada masa akan datang.
- Pelita Brunei Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan