Khamis, 14 Januari 2016

ROYAL BRUNEI AIR FORCE SEEKS NEW BLOOD TO FUEL FUTURE OPERATIONS

Saturday, January 9, 2016
THE Royal Brunei Air Force (RBAirF) is encouraging more of Brunei’s youth to enlist to accomodate the growth of the air force.



Commander of the Royal Brunei Air Force Colonel (U) Shahril Anwar Hj Ma’Awiah said that current RBAirF personnel are ‘not sufficient’ to replace outgoing or retiring officers.

The commander said this during the pilot wings presentation ceremony held yesterday at the Royal Brunei Air Force Headquarters in Rimba.



“We encourage more people to come in. (We are) trying to get the youth to join the air force,” he said.



“We are looking for more people, whether it is for the air crew, pilots, engineers and air defence. We still don’t have enough people at the moment,” said the commander.

Colonel (U) Shahril Anwar also said that female recruits are welcomed at the RBAirF.

“There are no limitations for the pilots, whether female or male. At the moment, we have one (female) captain for the black hawks,” he said.

“We have a lot of female applicants coming in as well. As long as they can fulfill the requirements, then they are good,” he added.

Meanwhile, a new simulator for the Sikorsky S-70i Black Hawk helicopters is expected to arrive at the CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC) around the third quarter of the year.



Currently, RBAirF is in contract with MPTC to carry out training on the Pilatus PC-7 simulator, along with the S92 simulator.

The commander said that the pilot trainees will spend hours on the simulators before they are allowed to operate the actual aircrafts.

He explained that the simulators help student pilots familiarise themselves with how the aircrafts operate.

The simulators also help the pilots train and prepare for various emergencies on the aircraft.



“Once we have the facilities here, all the black hawk pilots will be going to the simulator training here,” said Colonel (U) Shahril Anwar.-Abdul Aziz Ismail

The Brunei Times

Five RBAirF officers earn pilot wings



Hadapi cabaran kursus juruterbang

  • Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
    • RIMBA, Jumaat, 8 Januari. - Leftenan (U) Awangku Adri Firdaus bin Pengiran Haji Rakawi, 26 tahun, mengikuti kursus 'Basic Flying Fixed Wing Training' dan 'Rotary Flying Training' di BAE Systems, Tamworth, Australia selama setahun enam bulan merasa amat gembira dan bersyukur kerana berjaya menamatkan kursus yang diikuti.
      Beliau merupakan salah seorang penerima Lencana Juruterbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
      Dalam temu bual bersama Pelita Brunei selepas menerima lencana juruterbangnya, beliau merasa terharu dan berjanji kepada diri sendiri untuk membuat yang terbaik apabila masuk dalam dunia operasi serta mengikuti jejak juruterbang yang terdahulu untuk membawa nama baik TUDB.
      080116 REDZ-1 JURUTERBANG
      LEFTENAN (U) Awangku Adri Firdaus bin Pengiran Haji Rakawi ... Berjanji kepada dirinya sendiri untuk membuat yang terbaik apabila masuk dalam dunia operasi dan mengikuti jejak jurutebang yang lama untuk membawa nama baik TUDB.
      "Sepanjang tempoh berkursus, bermacam cabaran yang saya lalui, tetapi alhamdulillah saya mampu menempuhinya dengan sabar dan akhirnya lulus. Ahli keluarga terutama sekali ibu bapa memainkan peranan penting untuk terus memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Begitu juga dengan pegawai-pegawai juruterbang'senior' tidak pernah jemu memberikan nasihat serta kawan-kawan rapat yang sentiasa bersama menempuhi suka dan duka sepanjang saya mengikuti kursus," jelasnya.
      Beliau berkata, pada masa akan datang beliau merancang untuk terbang dengan aktif agar dapat mengumpul jumlah jam penerbangan dan suatu hari nanti akan dapat menjadi seorang jurulatih terbang yang berkebolehan.
      Seorang lagi juruterbang yang layak menerima lencana ialah Leftenan (U) Muhammad Ali Sadiqqin bin Haji A. Murni berusia 31 tahun juga mengikuti kursus di BAE Systems, Tamworth, Australia selama setahun empat bulan.
      080116 REDZ-2 JURUTERBANG
      LEFTENAN (U) Muhammad Ali Sadiqqin bin Haji A.Murni ... "Saya merasa bersyukur dan sangat gembira setelah berjaya menamatkan kursus."
      "Alhamdulillah, saya bersyukur dan sangat gembira setelah berjaya menamatkan kursus. Terima kasih juga kepada keluarga, rakan seperjuangan dan para jurulatih yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan tanpa batasan," ujarnya.
      Katanya, dengan adanya lencana itu, ia diharap mampu meningkatkan semangat beliau menjadi seorang pegawai tentera yang lebih baik dan terus berkhidmat di dalam TUDB.
      Menyentuh mengenai perancangan di masa akan datang, Muhammad Ali Sadiqqin begitu berminat sekali untuk menerbangkan pesawat Blackhawk S70i dengan harapan untuk berbakti kepada raja, agama dan negara.

Lima terima lencana juruterbang

  • Oleh:  Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad / Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor
    • PEMERINTAH Tentera Udara Diraja Brunei, Kolonel Udara Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah semasa memasangkan lencana juruterbang kepada 975 Leftenan Udara Mohammaed Azhar bin Haji Mohd. Mahathir bertempat di Markas Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.
      PEMERINTAH Tentera Udara Diraja Brunei, Kolonel Udara Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah semasa memasangkan lencana juruterbang kepada 975 Leftenan Udara Mohammaed Azhar bin Haji Mohd. Mahathir bertempat di Markas Tentera Udara Diraja Brunei, Rimba.
      RIMBA, Jumaat, 8 Januari. - Seramai lima orang pegawai yang menamatkan latihan penerbangan menerima lencana juruterbang masing-masing.
      Majlis diadakan di Markas Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Pangkalan TUDB, pagi tadi.
      Penyampaian lencana juruterbang disematkan oleh Pemerintah TUDB, Kolonel Udara Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah dan disaksikan oleh ahli-ahli keluarga penerima bersama Pegawai Memerintah No. 73 Skuadron, Sekolah Latihan Penerbangan, No. 7 Wing, Mejar (U) Pengiran Mohd. Zulhusmi bin Pengiran Mohd. Roslan.
      08012016 ARFFIN LENCANA4
      PARA penerima lencana juruterbang bergambar ramai bersama Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei.
      Penerima lencana juruterbang terdiri daripada 964 Leftenan (U) Muhammad Izdihar bin Haji Imran dan 975 Leftenan (U) Mohammaed Azhar bin Haji Mohd. Mahathir yang mana kedua-keduanya telah selesai menjalani latihan penerbangan sepenuhnya di No. 73 Skuadron, Sekolah Latihan Penerbangan bertempat di Negara Brunei Darussalam.
      Juga menerima lencana juruterbang ialah 993 Leftenan (U) Muhammad Ali Sadiqqin bin Haji A. Murni; 999 Leftenan (U) Awangku Adri Firdaus bin Pengiran Haji Rakawi dan 1009 Leftenan (U) Mohammad Syamim bin Roslan yang telah selesai menjalani latihan penerbangan sepenuhnya di BAE Systems, Tamworth, Australia.
      080012016 ARFFIN LENCANA6
      LEFTENAN Udara Mohammaed Azhar bin Haji Mohd. Mahathir bersama keluarga sejurus menerima lencana juruterbang setelah berjaya menjalani latihan penerbangan di 73 Skuadron, Sekolah Latihan Penerbangan di Negara Brunei Darussalam.
      08012016 ARFFIN LENCANA5
      LEFTENAN Udara Muhammad Ali Sadiqqin bin Haji A. Murni bersama keluarga sejurus menerima lencana juruterbang setelah menamatkan latihan penerbangan di BAE Systems, Tamworth, Australia.
      08012016 ARFFIN LENCANA7
      LEFTENAN Udara Mohammad Syamim bin Roslan bersama keluarga sejurus menerima lencana juruterbang setelah berjaya menjalani latihan penerbangan di BAE Systems, Tamworth, Australia.

      Terdahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai serta diikuti dengan upacara penyampaian lencana juruterbang dan seterusnya diakhiri dengan bacaan doa selamat serta bergambar ramai.
    • - Pelita Brunei Online. Jumaat, 08 Januari 2016.

Rabu, 25 November 2015

KDB DARULEHSAN menamatkan latihan PASSEX

MUARA, Jumaat, 20 November. - KDB DARULEHSAN Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) menamatkan latihan 'Passage Exercise' (PASSEX) dengan kapal perang Tentera Laut Perancis, FNS VENDÉMIAIRE semalam, 19 November.
Semasa latihan PASSEX ini, KDB DARULEHSAN dan FNS VENDÉMIAIRE menjalankan latihan Maritime Interdiction Operations (MIO) di mana kedua-dua tentera laut bergilir-ganti membuat prosedur soal siasat dan menaiki kapal sekali gus sebagai saluran untuk penambahbaikan dalam menjalankan operasi menaiki kapal di laut.
Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan, latihan itu termasuk latihan angkat bendera, gerakan asas kapal, operasi bot kecil yang melibatkan pertukaran anggota, lawatan, latihan carian dan penyitaan serta susunan kapal-kapal layar.
Kapal perang FNS VENDÉMIAIRE yang berukuran 93.5m di bawah perintah Komander Damien Lopez dan membawa kira-kira 99 pegawai serta anggota anak-anak kapal, bertujuan untuk meningkatkan persahabatan dua hala, persefahaman dan kepercayaan dengan TLDB, di mana ia sejajar dengan dasar kedua-dua negara bagi menggalakkan perkongsian strategik dua hala.
201115 PRMINDEF01 PASSEX KDB DARUEHSAN MEAMATKAN LATIHAN PASSEX


201115 PRMINDEF02 PASSEX KDB DARUEHSAN MEAMATKAN LATIHAN PASSEX

ANTARA aksi Latihan PASSEX.

Kapal perang FNS VENDEMIARIE tiba di Negara Brunei Darussalam pada 14 November dalam rangka lawatan muhibah selama lima hari.
Dalam rangka aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh kapal perang FNS VENDEMIARIE di Pasifik Selatan, kapal FNS VENDÉMIAIRE biasanya membuat perhentian singkat di pelbagai negara di seluruh dunia, termasuk Brunei Darussalam. Lawatan singkat di Negara Brunei Darussalam memupuk kerjasama maritim serta meningkatkan operasi bersama, terutama hubungan baik yang sedia terjalin di antara TLDB dan Tentera Laut Perancis.
Sebagai sebahagian dari lawatan mereka di Negara Brunei Darussalam, anak-anak kapal FNS VENDEMIAIRE juga mengadakan beberapa lawatan di sekitar Negara Brunei Darussalam termasuk tempat-tempat yang kaya dengan budaya bagi rakyat Brunei seperti Kampong Ayer, Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja, Muzium Brunei dan Muzium Maritim Brunei serta Pusat Kesenian dan Kraf Tangan Brunei.
Sukan interaksi juga turut diadakan di antara pegawai FNS VENDEMIAIRE dan TLDB dengan perlawanan persahabatan bola sepak.
Kapal perang FNS VENDEMIARIE mengakhiri lawatan muhibah ke negara ini kelmarin bagi meneruskan perjalanan mereka.
Hadir bagi mengucapkan selamat jalan ialah TLDB Komander, Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin bersama-sama dengan pegawai-pegawai TLDB dan Pancaragam Tentera Laut.
- Siaran Akbar.
-Pelita Brunei Online. 20 November 2015.

Latihan HORNBILL Brunei-Malaysia berakhir

  • Oleh:  Siaran Akhbar
  • KOTA KINABALU, Jumaat, 20 November. - Latihan HORNBILL 25/15 berakhir semalam dengan Majlis Penutup dan Penyahaktifan Kumpulan Petugas 25.0 di Pangkalan Tentera Laut Sepangar, Kota Kinabalu.
    Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pemerintah Armada Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Komander Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Damit.
    Turut hadir Pemerintah Laut Kawasan 2 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Yang Berbahagia Laksamana Datuk Khairul Anuar bin Yahya.
    Latihan HORNBILL 25/15 telah dijalankan dalam tiga fasa, iaitu Fasa Pelabuhan, Fasa Laut dan Fasa Pasca Laut.
    Fasa Pelabuhan terdiri dari beberapa program pertukaran profesional dan interaksi yang termasuk Perancangan Night Encounter Exercise (NEX) dan taklimat serta siri latihan perancangan dan siri perbincangan di antara kedua-dua unit yang mengambil bahagian.
211115 PR MINDEF HONBILL 1 latihan hornbill brunei malaysia berakhir

211115 PR MINDEF HONBILL 2 latihan hornbill brunei malaysia berakhir


ANTARA aksi Latihan Hornbill 2015 antara Tentera Laut Diraja Brunei dan Tentera Laut Diraja Malaysia.


Bagi mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua tentera laut, acara sukan yang dinamakan sebagai Piala HORNBILL diadakan merangkumi futsal, bola tampar dan tarik kalat dianjurkan bersama oleh kedua-dua pasukan gabungan TLDB dan TLDM semasa Fasa Pelabuhan.
Fasa Pelabuhan dijalankan di Pangkalan Tentera Laut Muara dari 13 November sehingga 5 November lalu.
Pada 16 November kapal-kapal telah belayar dan tiba di Kota Kinabalu pada 18 November lalu bagi Fasa Laut. Selama tiga hari tersebut, kedua-dua pasukan telah menjalani latihan seperti Transit Kawasan Periuk Api, Taktikal Manuver Kapal, Latihan Penembakan Permukaan, Latihan Menaikkan Bendera dan lain-lain.
Kebolehan pertukaran maklumat dan persefahaman di antara kedua-dua tentera laut telah terbukti dengan pelaksanaan yang selamat serta berjaya di kedua-dua Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut.
Setelah selesai Fasa Laut, kedua-dua angkatan tentera yang mengambil bahagian mengadakan sesi maklum balas yang dihoskan oleh gabungan kakitangan dari TLDM, di mana semua pelajaran yang dipelajari, dikongsikan dan dikaji untuk manfaat latihan masa depan.
Majlis resepsi di atas kapal KDB DARUTTAQWA dianjurkan oleh TLDB pada 19 November lalu.
Kapal TLDB meninggalkan Pangkalan Tentera Laut Sepangar, Kota Kinabalu pada 20 November 2015.

- Pelita Brunei Online. 21 November 2015.

TLDB, TLDM akhiri eksesais HORNBILL 25/15

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Nov – Eksesais HORNBILL 25/15 yang merupakan latihan tahunan di antara Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), telah berakhir kelmarin dengan majlis penutupan dan penyahaktifan Kumpulan Petugas 25.0 di Pangkalan Tentera Laut Sepangar, Kota Kinabalu, Malaysia.
Merasmikan majlis penutupan berkenaan ialah Pemerintah Armada TLDB, Komander Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Damit selaku tetamu kehormat majlis.
Turut hadir ialah Pemerintah Tentera Laut Kawasan 2 TLDM, Rear Admiral Datuk Khairul Anuar bin Yahya.
Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini, eksesais berkenaan telah dijalankan dalam tiga fasa iaitu Fasa Pelabuhan, Fasa Laut dan Fasa Pasca Laut.
Upacara Menandatangani Laporan Eksesais HORNBILL 25/15.
Upacara Menandatangani Laporan Eksesais HORNBILL 25/15.
Fasa Pelabuhan merangkumi beberapa program pertukaran profesional dan interaksi yang termasuk perancangan dan taklimat Night Encounter Exercise (NEX) serta perancangan siri latihan dan siri perbincangan di antara kedua-dua unit yang ikut serta.
Untuk mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua-dua angkatan tentera laut, satu acara sukan dinamakan sebagai Piala HORNBILL, yang merangkumi futsal, bola tampar dan tarik kalat telah dianjurkan di antara kedua-dua pasukan TLDB dan TLDM ketika Fasa Pelabuhan.
Kemudian, kapal-kapal belayar bagi Fasa Laut pada 16 November dan tiba di Kota Kinabalu pada 18 November.
pg04_151121_e

pg04_151121_f

Selama tiga hari di laut, kedua-dua pasukan menjalani latihan-latihan seperti Transit Kawasan Periuk Api, Taktikal Menuver Kapal, Latihan Penembakan Permukaan, Latihan Menaikkan Bendera dan sebagainya.
Kebolehan pertukaran maklumat dan persefahaman di antara kedua-dua angkatan tentera laut telah terbukti dengan pelaksanaan selamat dan berjaya kedua-dua Fasa Pelabuhan dan Fasa Laut.
Sebaik sahaja berakhirnya Fasa Laut, kedua-dua angkatan tentera laut bersidang bagi sesi maklum balas yang dihoskan oleh gabungan kakitangan daripada TLDM, di mana kesemua pengajaran yang diperolehi dikongsi dan dinilai semula bagi manfaat latihan masa depan.
Sementara itu, satu majlis resepsi telah dihoskan oleh TLDM di atas KDB Daruttaqwa, kelmarin, sebelum belayar meninggalkan Pangkalan Tentera Laut Sepangar, hari ini.
- Media Permata Online. 21 November 2015.