Sabtu, 23 Disember 2017

TLDB turut serta dalam pencarian mangsa hilang

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan  



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Disember. - Naval Surface Action Group (NAVSAG) Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) turut serta dalam usaha pencarian bagi mangsa yang hilang selepas perahu yang membawa dua penumpang tenggelam pada pagi Rabu lepas.

Kejadian berlaku kira-kira pada jam 6.30 pagi apabila perahu tersebut tenggelam setelah bertembung dengan rasuk keluli.

Kedua-dua penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi rawatan.

Manakala pemandu perahu tambang yang berumur 66 tahun itu masih lagi belum ditemui sehingga pada Jumaat pagi.

Penglibatan NAVSAG TLDB dalam operasi tersebut adalah untuk memberikan bantuan pada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei serta Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam.



-Pelita Brunei, Sabtu, 24 Disember 2016.

Selasa, 21 Februari 2017

Sambutan Hari Polis Diraja Brunei Ke-96 Tahun

GADONG, 18 Februari - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Inspektor Jeneral Polis Diraja Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Polis ke-96 tahun yang berlangsung di Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) Gadong.



Berangkat sama ke istiadat tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Timbalan Inspektor Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Pesuruhjaya Kehormat Polis Diraja Brunei, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Komandan Polis Wanita dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Nor'ain, Timbalan Komandan Polis Wanita.



Keberangkatan KDYMM dijunjung oleh  Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Brunei. KDYMM kemudiannya berkenan menerima tabik kehormat dari pasukan-pasukan kawalan kehormatan PDB terdiri dari pelbagai cabang perkhidmatan pasukan PDB semasa lagu kebangsaan dimainkan oleh Pasukan Pancaragam PDB. Baginda seterusnya memeriksa pasukan kawalan kehormatan terdiri dari dua kawalan. Kawalan pertama adalah terdiri dari anggota polis lelaki manakala kawalan kedua pula adalah dari polis wanita. 



Baginda seterusnya berkenan menaiki kenderaan khas bagi memeriksa beberapa kontinjen Pasukan Polis Diraja Brunei yang lain seperti Pasukan Polis Hutan, Bahagian Operasi Khas, Pasukan Simpanan Polis, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Kawalan Diraja dan Pasukan Polis Pencegah Rusuhan. Istiadat diteruskan dengan perbarisan lalu oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.




Selesai sahaja upacara perbarisan lalu, KDYMM telah berkenan mengurniakan titah sempena ulangtahun Sambutan Hari Polis Diraja Brunei Ke-96. 



Acara kemuncak di istiadat tersebut ialah bacaan ikrar taat setia oleh Pasukan PDB yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Pengarah Gerakan, Penguasa Kanan Polis, Chipli bin Haji Mohammad.




Istiadat perbarisan berakhir dengan bacaan Doa Selamat yang telah dibacakan oleh Pemangku Pegawai Jenayah Daerah Polis Belait, Penolong Penguasa Polis Mohammad Amiruddin bin Haji Tunjang.



Baginda seterusnya berangkat bagi Majlis Pembukaan Rasmi Bangunan Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei yang baru.

- Sumber Gambar: Infofoto

Khamis, 17 November 2016

Persembahan Pancaragam TLDB dan Fleet Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat Sempena EX CARAT 2016.


Tarikh: 18 November 2016
Tempat: Jerudong Park Amphitheatre
Jam: 8 Malam

Masuk adalah percuma melalui Gate 8 berdepanan dengan letak kereta Pusing Lagi.

Rabu, 16 November 2016

British RAF Typhoon Eurofighters in Brunei for short visit

Hakim Hayat

TOP military officials yesterday had a first-hand look at two British Royal Air Forces’ (RAF) Typhoon Eurofighters that are making a stop in Brunei Darussalam following the combat aircraft’s recent participation in military exercises in Japan and the Republic of Korea.
The two jetfighters from RAF’s II (Army Cooperation) Squadron that were parked at the tarmac of at the Royal Brunei Air Force (RBAirF) Base in Kampong Rimba were also deployed with six other Typhoon Eurofighters at the Five Power Defence Arrangements (FPDA) Exercise Bersama Lima last month in Malaysia. Four of the jetfighters later went on to take part in exercises in Japan and Korea.
Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); together with Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Joint Force Commander of the RBAF, took a closer look at the capabilities of the multi-role combat aircraft which are capable of deployment in the full spectrum of air operations.
Also joining them was David Ian Campbell, the British High Commissioner to Brunei Darussalam.
Wing Commander Roger Elliot from the RAF was on hand to brief the RBAF Commander and other senior military officials on the capabilities of the highly agile combat aircraft, said to be the world’s most advanced swing-role combat aircraft that can provide simultaneous deployable Air-to-Air and Air-to-Surface capabilities.

Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, taking a closer look at a British Royal Air Forces’ (RAF) Typhoon Eurofighter.


Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih is briefed on the British Royal Air Forces’ (RAF) Typhoon Eurofighter.


Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF); Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Joint Force Commander of the RBAF; and David Ian Campbell, the British High Commissioner to Brunei Darussalam in a group photo with officers of the British Royal Air Forces. – PHOTOS: DEAN KASSIM


Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih onboard the Royal Air Force Voyager
According to the British High Commissioner, the visit reaffirmed the United Kingdom’s strong and warm relationship with Brunei and the UK’s commitment to the bilateral Treaty of Friendship and Cooperation (1979), as well as demonstrating the importance of its engagement and commitment in ensuring the stability of the Asia-Pacific region, which is one of its important trade partners.
The high commissioner also said the deployment of the Typhoon Eurofighters reflected the UK’s continuing commitment to the FPDA, deepening relationships and conducting exercises with close partners in the region.
Such deployments also provide a tangible demonstration of the UK’s support and commitment to regional stability.
Following the visit here, the two Typhoon Eurofighters will make Singapore their next stop.
- Borneo Bulletin. 15 November 2016.

Brunei, US embark on five-day CARAT drill

 James Kon

AROUND 700 marines and navy personnel from the United States are joining Royal Brunei Armed Forces (RBAF) personnel in the 22nd Cooperation Afloat Readiness and Training (CARAT) Exercise, which commenced yesterday at the Training Centre of the Royal Brunei Navy in Muara.
CARAT Brunei 2016 will continue until November 18, with five days of shore-based and at-sea training events that are designed to strengthen maritime partnerships and enhance military cooperation between the United States and the RBAF.
Commenting on the military ties between both countries, Rear Admiral Don Gabrielson, the Commander of Task Force 73, said, “The United States deeply values its relationship with Brunei, centred on a defence partnership that underpins our shared commitment to the peace and security of the Indo-Asia-Pacific region.
“Twenty-two years of CARAT solidified our relationship with the Royal Brunei Armed Forces, building genuine friendships and a strong partnership based on common interests.”
CARAT is an adaptable naval exercise; its scenarios are tailored with inputs from the United States and partner nations to meet shared maritime security priorities, such as counter-piracy, counter-smuggling, maritime interception operations and port security.
The exercise series is also a venue to share the latest best practices in search-and-rescue, military law and medicine, amphibious warfare, diving and salvage operations, and humanitarian assistance/disaster response (HA/DR).

Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, Joint Force Commander of the RBAF with Rear Admiral Don Gabrielson, the Commander of Task Force 73 and Craig Allen, US Ambassador to Brunei Darussalam as well as officials from various agencies. – JAMES KON
In a speech at the launching ceremony of CARAT 2016, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat, the Joint Force Commander of the RBAF, said, “This year marks the 22nd CARAT. It has been instrumental in capacity-building in this region, especially through the sharing of the best practices.”
He added, “We also want to acknowledge other interactions between our armed forces outside of the CARAT Exercise. I would also like to take this opportunity to express my deepest appreciation for the positive participation of the US Navy in the last ADMM-Plus on Maritime Security and Counter Terrorism Exercise last May 2016.”
In a media interview, Rear Admiral Gabrielson gave some details of the drill exercises. “We are doing a lot with the Brunei’s military. There are a number of skills that we worked on, including boarding on sea, keeping security in Brunei’s waters that could be useful for military and enforcement application.”
During the sea phase, ships from Brunei and the United States will conduct deck landing qualifications and formation ship manoeuvers. Mobile diving and salvage personnel will also operate side-by-side, while embarked on the USNS Salvor (T-ARS 52).
On shore, US marines from the 3rd Battalion of the 2nd Marine Regiment will work alongside soldiers from the Royal Brunei Land Forces (RBLF) during a jungle warfare exercise.
Additional community exchanges and skills symposia will occur throughout the exercise to increase professional development of all participating forces.
- Borneo Bulletin - 15 November 2016.

Latihan tentera bersepadu ke-22 bermula

Oleh Syahmi Hassan
Gambar Oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Nov – Angkatan tentera laut Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat (AS), hari ini, telah memulakan Eksesais Kerjasama Latihan dan Kesediaan Apungan (CARAT) yang kini memasuki tahun ke-22.
Majlis perasmian eksesais yang akan berlangsung sehingga 18 November ini telah diadakan di Dewan Nakhoda, Pusat Latihan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Muara.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemerintah Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat dan Komander Pasukan Petugas 73 (Task Force 73) COMLOGWESPAC, Laksamana Muda Don Gabrielson serta Duta Besar AS ke Negara Brunei Darussalam, Craig Allen.
Dalam ucapan alu-aluannya, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah antara lain menyentuh mengenai peranan penting yang dimainkan oleh CARAT dalam pembangunan keupayaan di rantau ini terutama melalui perkongsian amalan terbaik.

Menurut beliau lagi, CARAT telah dapat meningkatkan keupayaan antara operasi dan seterusnya menjalin hubungan rapat antara kedua-dua angkatan tentera laut.
Kapten Erwin Lao ketika memberikan beberapa penjelasan mengenai Kapal USNS Millinocket semasa lawatan media sempena perasmian CARAT ke-22, kelmarin.

Dalam lima hari eksais itu, latihan-latihan di laut dan darat akan dilaksanakan yang direka untuk mengukuhkan kerjasama maritim dan meningkatkan kerjasama antara kedua-dua tentera laut.
Laksamana Muda Don Gabrielson ketika ditemu bual Media Permata telah menjelaskan eksesais-eksesais yang akan mereka laksanakan sepanjang acara berkenaan.
Menurut beliau, beberapa kemahiran akan dilaksanakan termasuk pergi ke laut bagi memastikan keselamatan laut Brunei yang boleh berguna bagi tentera dan penerapan penguatkuasaan.
Sementara itu, terdahulu dalam ucapannya, Laksamana Muda Don Gabrielson berkata, “Amerika Syarikat amat menghargai hubungan bersama Brunei, menumpukan ke atas perkongsian pertahanan yang memantapkan lagi komitmen bersama kepada keamanan dan keselamatan di rantau Indo-Asia-Pasifik.
“CARAT yang telah berlangsung selama 22 tahun telah mengukuhkan hubungan kami dengan angkatan bersenjata Brunei, membangunkan persahabatan tulen dan perkongsian kukuh berdasarkan kepentingan bersama,” tambahnya lagi.
CARAT merupakan latihan fleksibel dan boleh suai, yang mana senarionya direka khusus dengan input daripada AS dan negara-negara rakan kongsi bagi memenuhi keutamaan keselamatan maritim bersama, seperti menentang lanun, menentang penyeludupan, operasi-operasi pemintasan maritim dan keselamatan pelabuhan.
Siri latihan CARAT juga merupakan tempat bagi berkongsi amalan-amalan terbaik terkini dalam mencari dan menyelamat, undang-undang tentera dan perubatan, peperangan amfibia, operasi-operasi menyelam dan penyelamatan, dan bantuan kemanusiaan/tindak balas bencana.
Timbalan Komodor Destroyer Squadron 7, Kapten Lex Walker, pula menjelaskan bahawa latihan-latihan yang sangat pelbagai telah dirancang bagi tahun ini, yang termasuk latihan dan operasi-operasi di pelbagai kawasan perang tentera laut.
“Ini adalah tahun ke-22 tentera laut kita telah berlatih bersama-sama dalam CARAT, dan setiap tahun kita telah meningkatkan kerumitan dalam usaha untuk mengukuhkan ‘interoperability’ antara kedua-dua pasukan tentera.”
Dalam fasa laut, kapal-kapal laut dari Brunei dan AS akan menjalankan kelayakan pendaratan dek dan latihan pembentukan formasi kapal.
Kakitangan penyelam dan penyelamatan bergerak juga akan beroperasi bersama-sama ketika menaiki kapal penyelamatan USNS Salvor (T-ARS 52).
Sementara itu, di darat, angkatan tentera laut AS dari Batalion ke-3, Rejimen Marin ke-2 akan bekerjasama dengan angkatan Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) semasa latihan peperangan hutan.
Pertukaran komuniti dan kemahiran simposium tambahan juga akan diadakan sepanjang latihan bagi meningkatkan perkembangan profesional semua angkatan tentera yang mengambil bahagian.
Angkatan tentera AS yang menyertai CARAT Brunei termasuk kakitangan yang ditugaskan bagi USS McCampbell (DDG 85), USNS Millinocket (T-EPF 3), USNS Salvor, sebuah pesawat peronda maritim P-8A Poseidon, kakitangan dari Komander, Task Force (CTF) 73 dan Destroyer Squadron (DESRON) 7, Fleet Band ke-7 Amerika AS, Orient Express, dan angkatan tentera laut AS dari Batalion ke-3, Rejimen Marin ke-2.
Kakitangan CTF 73 dan DESRON 7 mengendalikan perancangan lanjut, menguruskan sumber-sumber dan secara langsung menyokong pelaksanaan latihan maritim seperti siri CARAT dua hala, Naval Engagement Activity (NEA) dengan Vietnam, dan Kerjasama dan Latihan pelbagai hala Asia Tenggara (SEACAT) dengan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Dalam tahun ke-22, CARAT merupakan satu siri latihan dua hala antara Tentera Laut AS, Kor Marin AS dan angkatan tentera dari sembilan buah negara rakan kongsi di Asia Selatan dan Asia Tenggara, termasuk Bangladesh, Brunei, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Timor-Leste.
- Media Permata - Selasa, 15 November 2016.

Khamis, 27 Oktober 2016

ZC COMPANY


Kami menyediakan pakaian seragam, aksesori dan produk yang terbaik untuk tentera, agensi penguatkuasaan undang-undang, polis, ahli bomba, keselamatan, perubatan kecemasan serta peminat-peminat kelengkapan taktikal dan aktiviti di luar.

  • Topi
  • Lencana
  • Baju
  • Tali Pinggang
  • Seluar
  • Kasut
  • Teg Nama
  • Sulaman: Lencana, Teg Nama & Pangkat
  • Beg

We provided top-of-the-line uniforms, accessories and products for military, law enforcement agencies, police, fire-fighters, security, emergency medical and tactical/outdoors gears enthusiasts.

  • Headdress (Peak Cap, Baseball Cap etc.)
  • Badges/Patches
  • Shirts / Battledress Uniform
  • Trousers / Pants
  • Foot wears
  • Name Tag
  • Embroidery: Badges/Patches, Name Tag & Rank Patches)

Kunjungi kami di / Visit us at :

No.11, Ground Floor,
The Centre Point, Abdul Razak Complex,
Gadong, Negara Brunei Darussalam.

No. Telefon Bimbit / Mobile-phone Number:

+6737108209 

Waktu Perniagaan / Business Time :

Sabtu - Khamis / Saturday - Thursday : 1030 - 2145 
Jumaat / Friday : 1400 - 2145