Selasa, 26 November 2013

BRIDEX Ke-4 pada 2 hingga 6 Disember 2013

Oleh:  Siaran Akhbar 


BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 21 November. - Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam (BRIDEX) Ke-4, 2013 yang merupakan acara penting kepada pertahanan dan keselamatan di Asia Tenggara akan diadakan tidak lama lagi.

Acara antarabangsa yang tidak sepatutnya dilepaskan ini akan diadakan pada 2 hingga 6 Disember 2013 di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX, Jerudong.


LOGO Pameran dan Persidangan Pertahanan Antarabangsa Negara Brunei Darussalam, BRIDEX Kali-4 2013

Pengeluar peralatan, sistem pertahanan dan keselamatan dari seluruh rantaian pembekal yang terkemuka di dunia serta pegawai-pegawai tinggi pertahanan dan keselamatan antarabangsa akan sekali lagi berkumpul di Negara Brunei Darussalam bagi menimba pengalaman perniagaan yang unik.

BRIDEX berfungsi sebagai pasaran eksklusif untuk mempamerkan penyelesaian teknologi terkini yang inovatif bernilai tinggi dalam sistem keselamatan darat, laut dan udara bagi menangani  cabaran-cabaran spektrum keselamatan yang dihadapi oleh negara-negara di rantau ini dan di seluruh dunia.

BRIDEX juga menyediakan platform yang sangat baik untuk membina hubungan penting, menjalin perkongsian dan mengambil peluang perniagaan baru di rantau Asia Tenggara yang pesat berkembang, di samping membentuk rangkaian, perkongsian pendapat dan pengetahuan, membincangkan kemajuan teknologi dan perkembangan industri.

Tiket masuk ke pameran pertahanan terbesar ini sedang dijual kepada orang ramai dan boleh diperolehi dari Perkhidmatan-Perkhidmatan Teknikal Diraja Brunei (Royal Brunei Technical Services - RBTS), Ibu Pejabat di Kompleks Setia Kenangan di Kiulap, Cawangan Bank Baiduri yang terpilih, Pejabat BRIDEX di Pusat Persidangan Antarabangsa BRIDEX di Jerudong dan di Paintball Arena RBTS di Kompleks Sukan  Jerudong.

Tiket-tiket berharga BND10 untuk dewasa dan BND5 untuk kanak-kanak.

Orang ramai yang telah membeli tiket diberikan dua hari untuk melawat pameran pertahanan tersebut iaitu pada 5 dan 6 Disember.

(Pelita Brunei Online: Jumaat, 22 November 2013)

Multi-Terrain Patern Camouflage

Assalaamu 'alaikum Warahmatullaahi wabarakaatuh.

Siang tadi (Selasa, 26-11-2013) merupakan hari bersejarah yang penuh dengan kenangan manis bagi pemohon perumahan Rancangan Perumahan Negara (RPN) bagi daerah Belait. Tahniah diucapkan kepada pemohon yang berjaya. Apa yang menarik perhatian saya ialah pakaian seragam yang dikenakan oleh KDYMM. Memang saya tahu bahawa, jenis celoreng pakaian seragam tentera tersebut bukanlah milik ABDB yang menggunakan celoreng digital. Lambang pisau Khukri bersilang di lengan kiri setentunya melambangkan tentera Gurkha British.

(Sumber: Pelita Brunei Online)

Inilah jenis celoreng yang terdapat pada pakaian seragam tentera yang dikenakan oleh KDYMM. Menurut sumber dari internet, celoreng jenis ini yang dinamakan Crye Multi-Terrain Pattern bakal digunakan secara berperingkat-peringkat oleh Tentera British bagi menggantikan celoreng lama dari jenis Disruptive Pattern Material yang telah digunakan sejak 50 tahun yang lalu. (Sumber gambar: domhyde.wordpress.com)

Celoreng Disruptive Pattern Material atau DPM-95
(Sumber: Wikipedia)


Jumaat, 15 November 2013

DYTM berkenan menerima anugerah Beret Hijau Kehormat Gerak Khas

Oleh:  Samle Haji Jait dari Johor Bahru, Malaysia

Insignia Rejimen 21 Grup Gerak Khas


JOHOR BAHRU, MALAYSIA, Rabu, 13 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan menerima Beret Hijau Kehormat Gerak Khas di Kem Iskandar, Mersing, di sini.

Pasukan Gerak Khas yang lebih dikenali sebagai komando merupakan pasukan elit di dalam Angkatan Tentera Malaysia dan diiktiraf oleh semua pasukan khusus di dunia.



DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat ke Padang Kawad MK 21 GGK bagi menerima Kawalan Kehormatan Utama. (Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)

Majlis Penganugerahan Beret Hijau Kehormat bermula dengan Pertunjukan Khas dan Perbarisan membawa Beret Hijau Kehormat masuk ke Padang Kawad.

Beret Hijau Kehormat kemudiannya diserahkan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin yang kemudiannya menyembahkan Beret Hijau Kehormat tersebut ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia.

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli seterusnya memasangkan ‘Lanyard Biru Muda’ dan menyematkan ‘Wing Besi GGK’ serta Lencana ‘Gerak Khas’.

Pemakaian dilengkapkan dengan Tali Pinggang dan Bayonet.


PANGLIMA Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd. Zin semasa menyembahkan Beret Hijau Kehormat, memasangkan ‘Lanyard Biru Muda’ dan menyematkan ‘Wing Besi GGK’ serta Lencana ‘Gerak Khas’ ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia.
(Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
Pembacaan deklamasi Sajak Beret Hijau dan diikuti dengan Jeritan ‘Kommando’ oleh Anggota GGK telah menyerikan lagi majlis yang penuh bersejarah itu.

Bacaan Doa disampaikan oleh Mejar Ustaz Hanafi bin Hassan.

DYTM berkenan menerima Hormat Panglima dan meneruskan lawatan dengan dijunjung berangkat menggunakan kenderaan khas ke Lapang Sasar bagi menyaksikan demonstrasi daripada Unit Lawan Keganasan.

Setelah demonstrasi berakhir, DYTM berkenan ke Sesi Bergambar.

Kemudian, DYTM dijunjung berangkat ke Rumah Tempur Jarak Dekat bagi menyaksikan demonstrasi ‘Room Entry’ dan ‘Hostage Rescue’.


DYTM ketika berkenan berangkat ke Rumah Tempur Jarak Dekat bagi menyaksikan demonstrasi ‘Room Entry’ dan ‘Hostage Rescue’.
(Foto : Masri Osman)
Terdahulu dari itu, keberangkatan lawatan DYTM di Mess Pegawai, Kem Iskandar, Mersing, dijunjung oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin; Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Yang Berbahagia Brigadier Jeneral Dato’ Effendi bin Abdul Karim.

DYTM seterusnya dijunjung berangkat menuju ke Padang Kawad MK 21 GGK dan keberangkatan tiba DYTM dijunjung oleh Ketua Staf Markas 21 GGK, Leftenan Kolonel Fouzi bin Sulaiman.

DYTM kemudiannya berkenan naik ke dais bagi menerima Hormat Panglima, dan kemudiannya berkenan memeriksa perbarisan anggota-anggota GGK dan naik semula ke dais bagi menerima Hormat Panglima bagi kali kedua.

DYTM kemudiannya berkenan berangkat ke Ibu Pejabat GGK dan disembah-kenalkan kepada Pegawai-Pegawai Staf Markas GGK.

Di Bilik Helang, DYTM berkenan mendengar sembah taklimat mengenai Peranan dan Tugas-Tugas GGK yang disembahkan oleh Panglima 21 GGK, Yang Berbahagia Brigadier General Dato’ Effendi bin Abdul Karim.

DYTM kemudian dijunjung untuk menandatangani Buku Lawatan.



DYTM ketika berkenan menandatangani Buku Lawatan sempena lawatan ke Kem Iskandar, Mersing (Foto : Masri Osman)


- Pelita Brunei Online, Khamis 14 November 2013. 



Selasa, 12 November 2013

DPMM menerima Beret Merun, Sayap Penerjunan dan Sijil Kehormat 10 Briged Para

Oleh:  Samle Haji Jait dari Kuala Lumpur, Malaysia.

NEGERI MELAKA, MALAYSIA, Isnin, 11 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menerima Beret Merun, Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para serta Sijil 10 Briged Para di Kem Terendak, di sini.

Terdahulu, sebaik keberangkatan tiba di Balai Pengawal 8, Rejimen Renjer Diraja di Kem Terendak, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dijunjung oleh Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Panglima 10 Briged Para, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Jalaluddin bin Haji Md. Yusof dan dijunjung naik ke dais bagi menerima Hormat Panglima dan seterusnya memeriksa perbarisan ‘Quarter Guard’.


DYTM  semasa berkenan menerima Hormat Panglima dan seterusnya memeriksa perbarisan 'Quarter Guard'. (Foto : Masri Osman)

Duli Yang Teramat Mulia kemudian berangkat beredar ke Mes Pegawai yang mana DYTM telah dialu-alukan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin dan seterusnya dijunjung ke Dataran Parawood bagi menyaksikan demonstrasi ‘PARA Dynamic’ yang mempamerkan pelbagai kemahiran tempur.

DYTM  semasa berkenan berangkat menyaksikan Demonstrasi 'PARA Dynamic'. (Foto : Masri Osman)

Persembahan lapan penerjun Payung Tempur, Tempur Tanpa Senjata, Kawad Tempur Platun dan Renang Tempur serta Demonstrasi Kepelbagaian Kemahiran Para telah dipersembahkan oleh gabungan seramai 100 orang pegawai dan 2,100 orang anggota tentera Para.

SEBAHAGIAN daripada aksi Demonstrasi 'PARA Dynamic'. (Foto : Masri Osman)


Selesai sahaja demonstrasi ‘PARA Dynamic’, DYTM berkenan menerima Beret Merun, Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para serta Sijil 10 Briged Para yang disembahkan oleh Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) semasa berkenan menerima Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (PARA) yang disembahkan oleh Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor. (Foto: Masri Osman)

DYTM seterusnya berkenan menerima plak yang disembahkan oleh Panglima 10 Briged Para, Yang Berbahagia Brigedier Jeneral Jalaluddin bin Haji Md. Yusof.

Pada upacara tersebut, DYTM kemudiannya mengurniakan plak kepada Yang Berbahagia dan seterusnya berkenan menyaksikan Tarian Pahlawan Para (Para Warrior Dance) yang dipersembahkan oleh seramai 200 orang pegawai dan anggota tentera dan diakhiri dengan Jeritan Gempur Para.

Selepas itu, Doa Selamat dibacakan dan disusuli dengan DYTM berkenan menerima Hormat Panglima.
DYTM kemudiannya berkenan menandatangani Buku Lawatan dan sebelum berangkat meninggalkan Kem Terendak, Negeri Melaka, DYTM berkenan berangkat ke Mes Pegawai bagi Majlis Santap Tengah Hari.

Kem Terendak terletak di pesisiran Selat Melaka kira-kira 22.5 kilometer dari Ibu Negeri Melaka yang mana kem tersebut mengambil nama daripada bukit tertinggi iaitu Bukit Terendak dan menempatkan Divisen Ketiga ATM dan Briged Para Ke-10.

  DYTM  semasa berkenan menerima sembah taklimat mengenai 'Higher Defence Organisation". (Foto : Masri Osman)

Mengiringi keberangkatan DYTM ialah Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, selaku Menteri Pengiring.

Juga mengiringi keberangkatan DYTM ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Kewangan II (Kedua) di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim; Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong; Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Awang Haji Ishaaq bin Haji Abdullah dan Timbalan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

- Pelita Brunei Online - Selasa, 12 November 2013.

DPMM named honorary member


Tuesday, November 5, 2013

HIS Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) yesterday awarded His Royal Highness Prince General Hj Al-Muhtadee Billah, Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of the RBAF as honorary member of the Special Forces Regiment, RBAF.

The ceremony was held at the Binturan Shooting Range Complex, Penanjong Garrison.

A statement issued by the Ministry of Defence said that the award was conferred to HRH the role, leadership and contributions of HRH towards the development of the RBAF since HRH was bestowed the rank of General on March 25, 2004.

As a General, apart from being consistently aware of current trends and welfare of RBAF members, HRH also plays an important role in enhancing the image and profile of the RBAF through his visits to military and defence institutions overseas as well as receiving audiences from foreign military and defence senior officers, the statement added.

This role supports the efforts of the Defence Diplomacy between Brunei Darussalam and neighbouring countries from around the world.

His Royal Highness is a leader who is committed to uphold the integrity, wise and sovereign leadership of His Majesty particularly in the field of defence, the statement said.









The Brunei Times

DYTM dianugerahkan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas ABDB

Oleh:  Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Aryentty Haji Ariffin

PENANJONG, Isnin, 4 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas ABDB kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB berlangsung di Kompleks Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison, di sini.

Terdahulu keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Upacara penganugerahan bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, Kapten Ariffin bin Amit dan diikuti dengan pembacaan warkah penganugerahan.

Kebawah DYMM kemudian menganugerahkan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas ABDB kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan menganugerahkan Lencana Rejimen Pasukan Khas ABDB kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. (Foto: Masri Osman)
 
Anugerah Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas ABDB yang diperkenankan ke atas Duli Yang Teramat Mulia merupakan penganugerahan di atas peranan, kepimpinan serta sumbangan DYTM kepada perkembangan ABDB semenjak DYTM dikurniakan pangkat Jeneral ABDB pada 25 Mac 2004 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menganugerahkan Beret Marun kepada Duli Yang Teramat Mulia. (Foto : Masri Osman)  
Sebagai Jeneral ABDB, DYTM sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan hal-hal kebajikan anggota-anggota ABDB selain memainkan peranan penting dalam meningkatkan imej serta profil ABDB melalui keberangkatan DYTM ke institusi-institusi tentera dan pertahanan di luar negara dan juga menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai kanan tentera serta pertahanan dari luar negara ke Negara Brunei Darussalam.

Peranan ini telah mendukung usaha-usaha Diplomasi Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara sahabat dari seluruh dunia.

DYTM adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan komited dalam mendukung kepimpinan bijaksana lagi berdaulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya dalam bidang pertahanan.

Lencana Rejimen Pasukan Khas melambangkan kedaulatan dan ketaatan unit khas ini kepada agama, raja, bangsa dan negara manakala ‘Tangkas Berani’ pula adalah sebagai moto yang ditanam dalam hati setiap anggota unit sebagai kata semangat dan pegangan individu.

Beret marun dikenali di seluruh dunia sebagai unit khas dan perbezaan ini menjadi satu lambang kebanggaan dan keberanian bagi ahli-ahli unit tersebut.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia  dan Duli Yang Teramat Mulia ketika berkenan bagi sesi bergambar ramai.  (Foto : Masri Osman)
Rejimen Pasukan Khas telah menerima penganugerahan beret marun pada 19 Ogos 2004 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sementara sejarah penggunaan 'Commando Dagger' bermula dari Perang Dunia Kedua dan ianya digunakan sebagai senjata tempur rapat yang mana Rejimen Pasukan Khas mengambil tradisi ini dan mengadaptasikan dagger sebagai sebahagian daripada seragam unit elit ABDB.

- Pelita Brunei Online - Selasa, 5 November 2013.