Insignia Rejimen 21 Grup Gerak Khas
JOHOR BAHRU, MALAYSIA, Rabu, 13 November. -
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah,
Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata
Diraja Brunei berkenan menerima Beret Hijau Kehormat Gerak Khas di Kem
Iskandar, Mersing, di sini.
Pasukan Gerak Khas yang lebih dikenali
sebagai komando merupakan pasukan elit di dalam Angkatan Tentera
Malaysia dan diiktiraf oleh semua pasukan khusus di dunia.
DULI Yang Teramat
Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di
Jabatan Perdana Menteri, Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
berkenan berangkat ke Padang Kawad MK 21 GGK bagi menerima Kawalan
Kehormatan Utama.
(Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
Majlis Penganugerahan Beret Hijau
Kehormat bermula dengan Pertunjukan Khas dan Perbarisan membawa Beret
Hijau Kehormat masuk ke Padang Kawad.
Beret Hijau Kehormat kemudiannya
diserahkan kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin yang kemudiannya
menyembahkan Beret Hijau Kehormat tersebut ke hadapan majlis Duli Yang
Teramat Mulia.
Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli
seterusnya memasangkan ‘Lanyard Biru Muda’ dan menyematkan ‘Wing Besi
GGK’ serta Lencana ‘Gerak Khas’.
Pemakaian dilengkapkan dengan Tali Pinggang dan Bayonet.
PANGLIMA
Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri
Zulkifeli bin Mohd. Zin semasa menyembahkan Beret Hijau Kehormat,
memasangkan ‘Lanyard Biru Muda’ dan menyematkan ‘Wing Besi GGK’ serta
Lencana ‘Gerak Khas’ ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia.
(Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
(Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali)
Pembacaan deklamasi Sajak Beret Hijau
dan diikuti dengan Jeritan ‘Kommando’ oleh Anggota GGK telah menyerikan
lagi majlis yang penuh bersejarah itu.
Bacaan Doa disampaikan oleh Mejar Ustaz Hanafi bin Hassan.
DYTM berkenan menerima Hormat Panglima
dan meneruskan lawatan dengan dijunjung berangkat menggunakan kenderaan
khas ke Lapang Sasar bagi menyaksikan demonstrasi daripada Unit Lawan
Keganasan.
Setelah demonstrasi berakhir, DYTM berkenan ke Sesi Bergambar.
Kemudian, DYTM dijunjung berangkat ke Rumah Tempur Jarak Dekat bagi menyaksikan demonstrasi ‘Room Entry’ dan ‘Hostage Rescue’.
DYTM ketika berkenan berangkat ke Rumah Tempur Jarak Dekat bagi menyaksikan demonstrasi ‘Room Entry’ dan ‘Hostage Rescue’.
(Foto : Masri Osman)
(Foto : Masri Osman)
Terdahulu dari itu, keberangkatan
lawatan DYTM di Mess Pegawai, Kem Iskandar, Mersing, dijunjung oleh
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri
Dato’ Sri Zulkifeli bin Mohd Zin; Panglima Tentera Darat, Yang
Berbahagia Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan
Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK), Yang Berbahagia Brigadier Jeneral
Dato’ Effendi bin Abdul Karim.
DYTM seterusnya dijunjung berangkat menuju ke Padang Kawad MK 21 GGK dan
keberangkatan tiba DYTM dijunjung oleh Ketua Staf Markas 21 GGK,
Leftenan Kolonel Fouzi bin Sulaiman.
DYTM
kemudiannya berkenan naik ke dais bagi menerima Hormat Panglima, dan
kemudiannya berkenan memeriksa perbarisan anggota-anggota GGK dan naik
semula ke dais bagi menerima Hormat Panglima bagi kali kedua.
DYTM kemudiannya berkenan berangkat ke Ibu Pejabat GGK dan disembah-kenalkan kepada Pegawai-Pegawai Staf Markas GGK.
Di Bilik Helang, DYTM berkenan mendengar
sembah taklimat mengenai Peranan dan Tugas-Tugas GGK yang disembahkan
oleh Panglima 21 GGK, Yang Berbahagia Brigadier General Dato’ Effendi
bin Abdul Karim.
DYTM kemudian dijunjung untuk menandatangani Buku Lawatan.
DYTM ketika berkenan menandatangani Buku Lawatan sempena lawatan ke Kem Iskandar, Mersing (Foto : Masri Osman)
- Pelita Brunei Online, Khamis 14 November 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan