- Oleh: Siaran Akhbar
- BANDAR SERI BEGAWAN. - Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini sedang mengadakan latihan tentera laut yang diberi nama kod EXERCISE HORNBILL di perairan Brunei dan Malaysia.EXERCISE HORNBILL 25/2015 ini adalah latihan tahunan yang dianjurkan oleh Brunei dan Malaysia yang memberi tumpuan kepada Peperangan dan Operasi Penahanan Maritim berkaitan dengan isu-isu keselamatan maritim serta perkembangan-perkembangan ilmu pelayaran yang berterusan.Terdapat empat buah kapal yang mengambil bahagian pada latihan tujuh hari ini, dua buah dari TLDB iaitu KDB Daruttaqwa dan KDB Syafaat dan dua dari TLDM iaitu KD Kelantan dan KD Jerong.EXERCISE HORNBILL ini terdiri daripada tiga fasa iaitu Fasa Pelabuhan mulai dari 13 hingga 16 November 2015 di pelabuhan Brunei, manakala pada 16 hingga 19 November 2015, latihan akan diadakan di perairan Brunei dan Sabah, Malaysia bagi Fasa Laut dan Fasa Pos akan diadakan di Pangkalan TLDM di Sepanggar Kota Kinabalu, Sabah pada 19 hingga 20 November 2015.
-
- EXERCISE HORNBILL 25/2015 adalah latihan tahunan yang dianjurkan oleh Brunei dan Malaysia yang memberi tumpuan kepada Peperangan dan Operasi Penahanan Maritim.
Adapun tujuan latihan ini adalah untuk meningkatkan daya operasi antara kedua-dua tentera laut dan juga memupuk hubungan kerja yang baik melalui amalan standard prosedur operasi.
Majlis Perasmian EXERCISE HORNBILL 25/2015 telah dilancarkan pada 13 November 2015 oleh Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Datuk Khairul Anuar bin Yahya di Pusat Penyelarasan Multi-National, Muara, di hadapan Angkatan Komander TLDB, Komander Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Damit dan pegawai kanan dari kedua-dua TLDB dan TLDM.
EXERCISE HORNBILL tahun ini diketuai oleh Komander Nor Ariffin bin Haji Mohd. Ali dari TLDB
dan Komander Kamarulzaman bin Zainul Akhmar dari TLDM.
dan Komander Kamarulzaman bin Zainul Akhmar dari TLDM.
Pasukan petugas bagi EXERCISE HORNBILL tahun ini diketuai oleh Komander Nor Ariffin bin Haji Mohd. Ali dari TLDB dan Komander Kamarulzaman bin Zainul Akhmar dari TLDM.
Selain membina persahabatan yang berkekalan, EXERCISE HORNBILL juga diharap dapat menghasilkan titik persefahaman bersama, yang mana peserta dari kedua-dua tentera laut mempunyai peluang untuk berinteraksi secara tidak formal melalui pelbagai acara sukan dan sosial.
Salah sebuah kapal TLDM yang terlibat dalam latihan ini KD Kelantan 175
Tiada ulasan:
Catat Ulasan