Selasa, 25 Disember 2018

Tamat latihan juruterbang Black Hawk

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Kapten (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen telah menamatkan latihan juruterbang permulaan bagi helikopter S-70i Black Hawk Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, latihan berkenaan dijalankan pada Oktober dan November di Pusat Latihan Serba Guna (MPTC) CAE Brunei dan melibatkan latihan menggunakan simulator mini penuh -70i Black Hawk yang dibangunkan CAE. Hadir menyampaikan sijil tamat latihan ialah Pengurus Besar MPTC CAE Brunei, Haji Rozman bin Haji Junaidi dan Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat.
Haji Rozman dipetik sebagai berkata, “MPTC CAE Brunei sangat berbangga dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada program latihan S-70i dengan kerjasama rapat bersama TUDB”.
Menurut kenyataan, latihan akademik dan simulator S-70i telah dikendalikan oleh jurulatih simulator S-70i tempatan, Lt Kol (B) Mat Yussof dan Mejar (B) Peter Satu.
DYTM Paduka Seri 920 Kapten (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen telah menamatkan latihan juruterbang permulaan bagi helikopter S-70i Black Hawk TUDB.

Prince Mateen completes Black Hawk training



HIS Royal Highness 920 Captain (U) Prince ‘Abdul Mateen recently completed his initial pilot training for the Royal Brunei Air Force S-70i Black Hawk helicopter.
The training was conducted in October and November at CAE Brunei Multi-Purpose Training Centre (MPTC), including simulator training on the CAE-built S-70i Black Hawk full-mission simulator located at the MPTC, a press release stated.
General Manager of CAE Brunei MPTC, Haji Rozman bin Haji Junaidi presented the certificate and Commander of the Royal Brunei Air Force, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat presided.
“CAE Brunei MPTC is very proud and honoured to be part of the S-70i training programme in close collaboration with the Royal Brunei Air Force,” said Haji Rozman.
The S-70i academic and simulator training was delivered by local Bruneian S-70i simulator instructors, Lieutenant Colonel (Rtd) Matyussof bin Matyassin and Major (R) Peter Satu.

His Royal Highness 920 Captain (U) Prince ‘Abdul Mateen receiving the training completion certificate from General Manager of CAE Brunei MPTC, Haji Rozman bin Haji Junaidi, and Commander of the Royal Brunei Air Force, Brigadier General (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat. – CAE BRUNEI MPTC
- Borneo Bulletin. Dec 01, 2018.

Ahad, 28 Oktober 2018

Penghormatan terakhir buat Muhammad Sadikin

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 0kt – Bagi memberikan penghormatan terakhir kepada salah seorang anggota Angkatan Bersenjata Republik Singapura (SAF), Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah memberikan bantuan pengurusan, mengadakan solat jenazah termasuklah bacaan Surah Yasin dan Tahlil.
Allahyarham Pegawai Waran 3 (3WO) Muhammad Sadikin bin Hasban telah meninggal dunia pada pagi kelmarin akibat kecederaan yang dialami selepas dihempap oleh dahan pokok semasa menjalankan tugas di negara ini.
Hadir pada majlis itu ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.
Turut hadir sama ialah setiausaha-setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, timbalan-timbalan setiausaha tetap, pengarah-pengarah, wakil-wakil pertahanan dari SAF dan ahli keluarga Allahyarham 3WO Muhammad Sadikin, serta anggota dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Solat jenazah berjemaah telah diimamkan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Mejar Ariffin bin Amit yang seterusnya membacakan Doa Jenazah.
Jenazah Allahyarham Muhammad Sadikin akan dibawa balik ke Republik Singapura hari ini menggunakan pesawat tentera. Pada masa yang paling sukar ini, Kementerian Pertahanan dan ABDB ingin merakamkan ucapan takziah khususnya kepada keluarga dan rakan-rakan Allahyarham 3WO Muhammad Sadikin.
Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan menyertai jemaah yang lain menunaikan solat jenazah yang diimamkan oleh Mejar Ariffin, kelmarin.
- Media Permata Online

Selasa, 23 Januari 2018

PESEBAR akan lancarkan buku 'Kegemilangan Pemerintahan'

Oleh : Marlinawaty Hussin / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman


TUNGKU LINK, Selasa, 23 Januari. - Majlis Pelancaran Buku 'Kegemilangan Pemerintahan : Kumpulan Artikel sempena Jubli Emas Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (1967 - 2017) yang diterbitkan oleh Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dengan kerjasama Yayasan Sultan Haji Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) akan diadakan pada Ahad, 28 Januari di Bangunan Pusat Sejarah Brunei (PSB), di ibu negara.

Pelancaran akan disempurnakan oleh tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Pensyarah Program Pengajian Sejarah dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam (UBD) juga Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail pada sidang media yang berlangsung di Akademi Pengajian Brunei, UBD.

Menurut beliau, tetamu kehormat juga akan merasmikan Mesyuarat Agung PESEBAR Kali Ketujuh dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Peraduan Menulis Esei Sejarah.

Oleh itu, beliau menyeru Ahli-ahli PESEBAR dan peminat-peminat sejarah untuk menghadiri majlis itu dan sebolehnya menyertai persatuan berkenaan agar dapat sama-sama mengangkat martabat sejarah negara kita.

"PESEBAR sentiasa bekerjasama dengan PSB, Jabatan Muzium-Muzium dan Jabatan Adat Istiadat Negara bagi beganding bahu dalam mengungkayahkan kajian-kajian tentang sejarah negara kitani," ujar beliau.

Beliau berkata, sejarah adalah salah satu aspek penting kepada kita terutama generasi muda bagi menyuburkan rasa cinta pada negara, raja dan agama.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr. Muhammad Hadi bin Md. Melayong dan Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PESEBAR.

PESEBAR ditubuhkan pada tahun 1983 dan pada masa ini mempunyai seramai lebih kurang 270 ahli.

Antara matlamat utama pertubuhan bukan kerajaan ini adalah untuk menimbulkan minat lebih luas terhadap sejarah, budaya dan adat resam rakyat serta penduduk Negara Brunei Darussalam juga negara-negara jiran.

Selain itu, ia juga ditubuhkan untuk menggalakkan pemeliharaan bahan-bahan atau artifak-artifak berkaitan dengan sejarah negara ini.

Menjangkau 35 tahun penubuhannya, PESEBAR mmbuat beberapa pencapaian temasuk penerbitan jurnal persatuan, penerbitan enam buah buku sejarah hasil kerjasama YSHHB; menganjurkan seminar serantau dan buat julung kalinya menganjurkan peraduan menulis esei sejarah, di mana pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak BND2,500.


- Pelita Brunei Online. 20 Januari 2018.

Kunjungan PESEBAR ke Banda Aceh

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Januari. - Seramai 15 ahli dan para ibu dari Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) bertolak ke Banda Aceh yang terkenal dengan nama 'Serambi Mekah'. 

Lawatan selama lima hari bermula 16 hingga 20 Januari itu diketuai oleh Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Asbol bin Haji Mail. 

Rombongan akan menjadi tetamu kepada Ketua Balai Palestarian Nilai Budaya (BPNB), Aceh, yang mana akan membincangkan dan bertukartukar pendapat dalam bidang sejarah, budaya, bahasa, agama serta sistem kesultanan yang diamalkan kedua-dua negara. 

Menerusi lawatan tersebut akan dapat meningkatkan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam usaha untuk merapatkan lagi kerjasama dalam bidang akademik, ekonomi seperti pelancongan, selain meningkatkan keimanan dan ketakwaan melalui kunjungan ke tempat-tempat yang dilanda Tsunami pada bulan Disember 2004 yang lalu. 

Pada lawatan itu, para rombongan juga akan melawat ke tempat-tempat menarik, iaitu Pulau Sabang, Muzium Negara, Rumah Aceh, Makam Sultan Iskandar Muda, Taman Putro Phang / Gunongan, Masjid Raya Baiturrahman, PLTD Apung, Muzium Tsunami, Kapal Di Atas Bumbung Rumah, Syekh Kuala dan lain-lain.













SEBAHAGIAN daripada Ahli Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) yang menyertai rombongan muhibah ke Banda Aceh menadah tangan ketika doa dibacakan. Rombongan diketuai oleh Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Asbol bin Haji Mail (dua, kanan).

- Pelita Brunei Online. 17 Januari 2018.

PESEBAR bertolak ke Aceh

Oleh Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Seramai lebih kurang 15 orang ahli dari Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) telah bertolak ke Bandar Aceh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei hari ini.
Rombongan diketuai oleh Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Asbol bin Haji Mail.
Lawatan tersebut, yang berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 20 Januari 2018, akan menyaksikan ahli-ahli rombongan menjadi tetamu kepada Ketua Balai Palestarian Nilai Budaya (BPNB) Aceh dan Gabenor Aceh serta Ketua Persatuan Wanita Aceh (IKABOGA), Hajah Ismaniar.
Dalam pertemuan dengan BPNB Aceh, rombongan akan mengadakan perbincangan dan bertukar-tukar pendapat dalam bidang sejarah, budaya, bahasa, agama serta sistem kesultanan yang diamalkan di kedua-dua buah negara.
Sebahagian ahli PESEBAR membaca doa sebelum berlepas ke Aceh kelmarin.
Matlamat utama kunjungan muhibah ini adalah untuk mengadakan kerjasama dalam bidang sejarah melalui muzakarah dan perbincangan di meja akademik, di samping membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Bandar Aceh.
Di samping itu, lawatan ini juga dijangkakan akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang akademik dan ekonomi seperti pelancongan.
Rombongan PESEBAR juga dijangka membuat kunjungan ke tempat-tempat yang telah dilanda bencana tsunami pada bulan Disember 2004.
Sementara itu, rombongan juga akan dibawa melawat ke tempat-tempat menarik seperti Pulau Sabang, Muzium Negara, Rumah Aceh, Makam Sultan Iskandar Muda, Taman Putroe Phang, Masjid Raya Baiturrahman, PLTD Apung, Muzium Tsunami, Kapal Di Atas Bumbung Rumah, Syeikh Kuala dan lain-lain lagi.
- Media Permata Online. 16 Januari 2018.