Isnin, 11 April 2016

DYTM berkenan menyaksikan operasi HB V/2016

Oleh:  Mohammad Rainie Hj. Durani, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Haniza Abdul Latif / Foto : Mohamad Azmi Aw. Damit, Amp Hj. Mahmud Amp Hj. Tengah, Hj. Masmaleh Hj. Mohd. Ali, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Hj. Said, Pg. Amirulnizam Pg. Hj.. Mohd. Ali 


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mendengarkan sembah penerangan daripada salah seorang pegawai Tentera Udara Diraja Brunei semasa berangkat ke Bangunan Kawalan Tembakan. 
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mendengarkan sembah penerangan daripada salah seorang pegawai Tentera Udara Diraja Brunei semasa berangkat ke Bangunan Kawalan Tembakan.


TUTONG, Selasa, 5 April. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga berkenan meneruskan lawatan ke Padang Tembak Galeri Binturan, Penanjong Garison.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di sini dijunjung oleh Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Brigadier Jeneral Pengiran Dato Seri Pahlawan Aminan bin Pengiran Haji Mahmud dan Komandan Institut Latihan ABDB, Kolonel Haji Abidin bin Haji Abd. Hamid, selaku Timbalan Pengarah Eksesais.

050416 HBV AMPUAN1 AGOK
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei ketika berkenan berangkat di Bukit Agok.

Selain menyaksikan secara dekat operasi TDDB dan Rejimen Pasukan Khas ABDB, DYTM juga seterusnya berkenan menggunakan machine gun dan sniper.

Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 kali ini juga melibatkan Batalion Pertama Royal Gurkha Rifles, Pasukan Simpanan Gurkha, Pasukan Polis Diraja Brunei, jabatan-jabatan daerah, beberapa buah mukim dan kampung.

050416 HBV AMPUAN5 AGOK
DULI Yang Teramat Mulia berkenan mendengar taklimat ringkas daripada Pemangku Pemerintah No. 2 Wing, TUDB, 562 Mejar (U) Peter bin Ulat@Yulat di Bangunan Kawalan Tembakan.

Dengan menaiki helikopter Black Hawk, DYTM seterusnya berkenan berangkat meneruskan lawatan menuju ke Bukit Agok.Keberangkatan DYTM di sini dijunjung oleh Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Kolonel (U) Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah.

Semasa di Bukit Agok, DYTM berkenan mendengar taklimat ringkas daripada Pemangku Pemerintah No. 2 Wing, TUDB, 562 Mejar (U) Peter bin Ulat@Yulat di Bangunan Kawalan Tembakan dan seterusnya dijunjung berangkat bagi menyaksikan penembakan Peluru Berpandu Mistral.

050416 HBV ASRI5 AGOK
DYTM berkenan bergambar ramai sebelum berangkat meninggalkan Bukit Agok.

Padang Tembak Bukit Agok tersebut mula digunakan sejak tahun 1983 dan pada ketika itu kelengkapan Rapier masih digunakan sebelum Peluru Berpandu Mistral.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 06 April 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan