Isnin, 11 April 2016

Keberangkatan DYTM ke TLDB

Oleh:  Mohammad Rainie Haji Durani, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Haniza Abdul Latif Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Hamzah Mohidin, Mohd. Sahrizal Haji Said, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd Ali


DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran  Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan  di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) semasa menyaksikan senario latihan di kawasan perairan berhadapan  Jeti  Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB). 
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) semasa menyaksikan senario latihan di kawasan perairan berhadapan Jeti Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).


MUARA, Selasa, 5 April. - Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) juga menjadi tumpuan siri lawatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di sini dijunjung oleh Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.


050416 HBV ASRI10 MESSDULI Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani lembaran kenangan.

Sebelum berangkat masuk ke Pangkalan TLDB, DYTM berkenan menyaksikan demonstrasi tunjuk perasaan oleh orang awam dan seterusnya meninjau secara dekat Pusat Gerakan TLDB dan system pengawalan keselamatan Pangkalan TLDB.

DYTM juga telah dijunjung berangkat ke KDB DARULAMAN bagi menyaksikan operasi di laut.
Setelah itu, DYTM berkenan berangkat bagi Majlis Santap Ringan di Mes Pegawai TLDB.

Doa Selamat dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, Kapten Ariffin bin Amit.

050416 HBV AMIRUL12 MESS
DYTM berkenan berangkat bagi Majlis Santap Ringan di Mes Pegawai TLDB.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM berkenan menandatangani lembaran kenangan dan seterusnya bergambar ramai.

Sementara itu, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah ketika ditemui Pelita Brunei menjelaskan, walaupun Eksesais Hikmat Bersatu V/2016 (HB V/2016) merupakan kesinambungan dari Eksesais Perisai Kebangsaan 4/2015 (EPK 4/2015) namun ia ditetapkan pada tahap operasi yang berbeza.

Jelasnya, EPK telah ditetapkan pada operasi pelbagai agensi manakala Eksesais HB V/2016 hanya ditetapkan pada ABDB sahaja atau tahap operasi ABDB.

''Walau bagaimanapun, saya rasa prinsip asas mengenai eksesais ini adalah komunikasi yang mana salah satu isu yang dibangkitkan semasa EPK tahun lepas adalah kepada komunikasi dan pada dasarnya, prinsip-prinsip asas telah diambil perhatian kerana kita perlu berkongsi maklumat. Kita juga perlu untuk menyelaraskan tindakan dan perlu untuk mencapai kepada orang awam dan pihak lain yang berkepentingan,'' terangnya lagi.

050416 HBV AZMI34 MESS
DYTM berkenan menerima pesambah yang disembahkan ke hadapan majlis DYTM oleh Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.

Dalam hubungan ini ujarnya, latihan tersebut juga melibatkan beberapa senario di mana penglibatan pihak media untuk menyampaikan kepada pihak-pihak berkepentingan dan juga beberapa senario di mana mereka menggalakkan penduduk kampung untuk menjadi mata dan telinga kerajaan.

Tambahnya lagi, latihan turut menyelitkan tentang cara-cara menguruskan para media yang mana inilah cara untuk mereka meningkatkan komunikasi antara mereka dan dari segi komunikasi, ABDB tidak mempunyai sebarang masalah untuk menetapkan prosedur piawaian dan sistem perhubungan pihak ABDB sendiri.

Justeru itu katanya, masalah komunikasi bagi latihan kali ini jika dibandingkan dengan EPK adalah kurang kerana EPK melibatkan pelbagi agensi yang beroperasi dan menggunakan komunikasi yang berlainan.

050416 HBV AMIRUL16 MESS
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM dan Jeneral ABDB berkenan bergambar ramai.

Walau bagaimanapun jelasnya, beberapa perkara perlu lagi didalami daripada latihan-latihan lain contohnya EPK, seperti keperluan untuk menyampaikan maklumat kepada orang awam dan menguruskan media, serta menanamkan keyakinan kepada orang awam.

Menyentuh mengenai scenario-senario latihan, Pemerintah ABDB menjelaskan, ia merupakan senario-senario yang selalu dilihat di dalam televisyen dan laporan-laporan media mengenai pengganas-pengganas di seluruh dunia yang boleh berlaku bila-bila masa dan di mana saja.

Sebagai anggota keselamatan terangnya, mereka perlu bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran keselamatan seumpama ini, di samping mengurus dan mengawalnya.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 6 April 2016.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan