Selasa, 12 November 2013

DPMM named honorary member


Tuesday, November 5, 2013

HIS Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, Minister of Defence and Supreme Commander of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) yesterday awarded His Royal Highness Prince General Hj Al-Muhtadee Billah, Senior Minister at the Prime Minister’s Office and General of the RBAF as honorary member of the Special Forces Regiment, RBAF.

The ceremony was held at the Binturan Shooting Range Complex, Penanjong Garrison.

A statement issued by the Ministry of Defence said that the award was conferred to HRH the role, leadership and contributions of HRH towards the development of the RBAF since HRH was bestowed the rank of General on March 25, 2004.

As a General, apart from being consistently aware of current trends and welfare of RBAF members, HRH also plays an important role in enhancing the image and profile of the RBAF through his visits to military and defence institutions overseas as well as receiving audiences from foreign military and defence senior officers, the statement added.

This role supports the efforts of the Defence Diplomacy between Brunei Darussalam and neighbouring countries from around the world.

His Royal Highness is a leader who is committed to uphold the integrity, wise and sovereign leadership of His Majesty particularly in the field of defence, the statement said.









The Brunei Times

DYTM dianugerahkan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas ABDB

Oleh:  Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Aryentty Haji Ariffin

PENANJONG, Isnin, 4 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan menganugerahkan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas ABDB kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB berlangsung di Kompleks Padang Tembak Binturan, Penanjong Garison, di sini.

Terdahulu keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Upacara penganugerahan bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah yang dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB, Kapten Ariffin bin Amit dan diikuti dengan pembacaan warkah penganugerahan.

Kebawah DYMM kemudian menganugerahkan Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas ABDB kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa‘adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan menganugerahkan Lencana Rejimen Pasukan Khas ABDB kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. (Foto: Masri Osman)
 
Anugerah Warga Kehormat Rejimen Pasukan Khas ABDB yang diperkenankan ke atas Duli Yang Teramat Mulia merupakan penganugerahan di atas peranan, kepimpinan serta sumbangan DYTM kepada perkembangan ABDB semenjak DYTM dikurniakan pangkat Jeneral ABDB pada 25 Mac 2004 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menganugerahkan Beret Marun kepada Duli Yang Teramat Mulia. (Foto : Masri Osman)  
Sebagai Jeneral ABDB, DYTM sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan hal-hal kebajikan anggota-anggota ABDB selain memainkan peranan penting dalam meningkatkan imej serta profil ABDB melalui keberangkatan DYTM ke institusi-institusi tentera dan pertahanan di luar negara dan juga menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai kanan tentera serta pertahanan dari luar negara ke Negara Brunei Darussalam.

Peranan ini telah mendukung usaha-usaha Diplomasi Pertahanan di antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara sahabat dari seluruh dunia.

DYTM adalah seorang pemimpin yang berwibawa dan komited dalam mendukung kepimpinan bijaksana lagi berdaulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya dalam bidang pertahanan.

Lencana Rejimen Pasukan Khas melambangkan kedaulatan dan ketaatan unit khas ini kepada agama, raja, bangsa dan negara manakala ‘Tangkas Berani’ pula adalah sebagai moto yang ditanam dalam hati setiap anggota unit sebagai kata semangat dan pegangan individu.

Beret marun dikenali di seluruh dunia sebagai unit khas dan perbezaan ini menjadi satu lambang kebanggaan dan keberanian bagi ahli-ahli unit tersebut.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia  dan Duli Yang Teramat Mulia ketika berkenan bagi sesi bergambar ramai.  (Foto : Masri Osman)
Rejimen Pasukan Khas telah menerima penganugerahan beret marun pada 19 Ogos 2004 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Sementara sejarah penggunaan 'Commando Dagger' bermula dari Perang Dunia Kedua dan ianya digunakan sebagai senjata tempur rapat yang mana Rejimen Pasukan Khas mengambil tradisi ini dan mengadaptasikan dagger sebagai sebahagian daripada seragam unit elit ABDB.

- Pelita Brunei Online - Selasa, 5 November 2013.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Dog Tag

Dog-Tag ialah teg nama yang digantung pada leher seseorang anggota tentera. Biasanya ia mengandungi maklumat perubatan si pemakai seperti jenis darah, ubat-ubatan yang diambil dan sebagainya. Baru-baru ini di sebuah stesen minyak berdekatan Perkhemahan Berakas, me ternampak dua anggota ABDB memakai teg nama berkenaan. Setahu me, ABDB tidak memasukkan teg nama sebagai sebahagian dari pakaian seragam. Mungkin hanya suka-suka sahaja. Bagi sesiapa yang berminat, Syarikat GL Extra di Kiulap ada membuat dog-tag ini.

(Pic: dogtagsonline.com)


Isnin, 7 Oktober 2013

Latihan keselamatan pastikan ASEAN Summit berjalan lancar

Oleh: Siaran Akhbar PDB/ABDB

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Oktober. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Latihan Keselamatan bertempat di salah sebuah hotel terkemuka, Gadong di sini, hari ini.

Latihan selama satu jam setengah itu bertujuan sebagai persiapan menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 di Negara Brunei Darussalam dalam menangani mana-mana insiden ancaman keganasan dan jenayah jika berlaku sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN tersebut berlangsung.

Sehubungan itu, PDB dan agensi-agensi keselamatan lain sentiasa berusaha sedaya upaya dan cuba mengawal keadaan jika berlaku insiden yang tidak diingini sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN berkenaan.

Adalah menjadi tanggungjawab PDB dan agensi-agensi keselamatan lain di negara ini untuk memastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 dan juga keselamatan Ketua-Ketua Kerajaan yang akan datang dan bersidang serta keselamatan orang awam.

SEORANG anggota keselamatan menyelamatkan para delegasi semasa latihan tersebut. (Foto: Dk. Vivy Maleesa Pg. Ibrahim)

DALAM latihan tersebut, para delegasi ditempatkan ke kawasan lapang bagi keselamatan masing-masing. (Foto : Dk. Vivy Maleesa Pg. Ibrahim)

- Via Pelita Brunei Online. Khamis, 3 Oktober 2013.

 

Latihan keselamatan persediaan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23

Oleh: Siaran Akhbar ABDB/MinDef

PENANJONG, Jumaat, 4 Oktober. - Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengadakan latihan persediaan bagi keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23.

Latihan tersebut dikendalikan bersama oleh Regiment Pasukan Khas, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) dan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB).

Hadir menyaksikan latihan itu ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Majer Jeneral Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Penolong Persuruhjaya Kanan Polis, Haji Mohammad Jammy bin Haji Mohammad Shah Al-Islam dan pegawai-pegawai kanan ABDB dan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB).

SALAH sebuah kapal Tentera Laut Diraja Brunei turut serta dalam latihan tersebut. (Foto: Ihsan ABDB)

LATIHAN dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) dan Pasukan Polis Diraja Brunei. (Foto : Ihsan ABDB)

Keselamatan sidang kemuncak itu adalah penting untuk ABDB dan PDB bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan lain ,bagi siap siaga menjelang Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung minggu depan.

- Via Pelita Brunei Online. 5 Oktober 2013.
 

Rabu, 28 Ogos 2013

Black Hawk delivery before schedule



One of the 12 baseline S-70i Black hawk aircraft built in PZL Mielec, Poland, for the Royal Brunei Air Force (RBAirF). Picture courtesy of MinDef




Deputy Minister of Defence Dato Paduka Hj Mustappa Hj Sirat, inspecting one of the baseline S-70i Black Hawk aircraft. Picture: Courtesy of MinDef


Rabiatul Kamit
BANDAR SERI BEGAWAN

Monday, January 14, 2013

BRUNEI could receive the first batch of S-70i Black Hawk helicopters this year, said the Deputy Minister of Defence.

Dato Paduka Hj Mustappa Hj Sirat told The Brunei Times that production of the 12 uniquely configured aircraft from Sikorsky was ahead of its scheduled timeline. The helicopters were previously expected to be delivered in 2014.

"We are progressing very well. In fact, we are slightly ahead of time. We can expect to receive the helicopters at the end of this year," he said.

The S-70i Black Hawk helicopters, procured by the Ministry of Defence (MinDef) in 2011, will be uniquely configured with role flexibility to replace the current fleet of Bell 212 helicopters that have been in operation with the Royal Brunei Air Force (RBAirF) for over three decades.

It is also expected to enhance the RBAirF's rotary wing capabilities in air mobility, tactical air lift, special operations, regional deployment as well as surveillance of Brunei's waters and borders.

The delivery of these advanced new aircraft will also allow the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) to further strengthen its troop deployment capabilities in military as well as humanitarian and disaster relief operations in the region.

Last year in September, an official delegation from Brunei conducted a site visit to Sikorsky's PZL Mielec facility in Poland.

It was reported that the purpose of the site visit, led by administration and finance permanent secretary Hjh Suriyah Hj Umar, was to witness the factory acceptance test for the fourth baseline aircraft.

The first three baseline aircraft had also completed their factory acceptance tests in Poland in April and June 2012.

MinDef said that the baseline aircraft will then be sent to the Sikorsky Military Completions Center (SMCC) in the United States "for customisation work to produce the uniquely configured aircraft that meet RBAF requirements".

PZL Mielec is an affiliate of Sikorsky Aircraft, which is a subsidiary of United Technologies Corp, and currently produces the Sikorsky S-70i Black Hawk helicopters. The Brunei Times
 

Berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran dan Penamaan Kapal DARUTTAQWA TLDB : Tingkat keupayaan, pengetahuan, aset moden selaras perkembangan Kertas Putih Pertahanan

Oleh:  Ak. Jefferi Pg. Durahman dari Berne, Bremen, Jerman



YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan melancarkan dan Penamaan Kapal Terbaru Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kapal Peronda DARUTTAQWA, di limbungan Syarikat Pembinaan Kapal Luerssen, Berne, Niedersachsen, Republik Persekutuan Jerman. (Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

BERNE, BREMEN, JERMAN, Khamis, 22 Ogos. - Dalam menjana keselamatan perairan negara dan teluk rantau, kemampuan untuk terus memantau dan bertindak bagi sebarang ancaman ke atas laluan dan aset ekonomi di perairan bukan sahaja memerlukan perkapalan dan sistem persenjataan yang canggih, malahan kewibawaan dan semangat waja anggota-anggota yang diberikan amanah.

Sehubungan itu, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran dan Penamaan Kapal Terbaru Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kapal Peronda DARUTTAQWA, di limbungan Syarikat Pembinaan Kapal Luerssen, Berne, Niedersachsen, Republik Persekutuan Jerman di sini, hari ini.


YTM Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen berkenan beramah mesra sejurus keberangkatan tiba di limbungan Syarikat Pembinaan Kapal Luerssen, Berne, Niedersachsen, Republik Persekutuan Jerman. (Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen di limbungan kapal tersebut dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Mustappa bin Haji Sirat, Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Republik Persekutuan Jerman, Tuan Yang Terutama Pehin Datu Panglima Kolonel (Bersara) Dato Paduka Haji Abdul Jalil bin Haji Ahmad, Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Halim bin Haji Mohd. Hanifah, dan Pengarah Urusan Syarikat Pembina Kapal Luerssen, Tuan Peter Luerssen.

Sejurus keberangkatan tiba, YTM dijunjung melawat ke atas kapal Peronda DARUTTAQWA untuk meninjau perkembangan pembinaan kapal tersebut dan seterusnya bergambar ramai di kawasan geladak pelantar kapal tersebut.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Majlis Pelancaran dan Penamaan Kapal Peronda DARUTTAQWA yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Faatihah dipimpin oleh Penolong Ketua Jabatan Agama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Kapten Ariffin bin Amit dan diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Pengarah Urusan Syarikat Pembina Kapal Luerssen, Tuan Peter Luerssen.



YTM Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen semasa dijunjung melawat ke atas kapal Peronda DARUTTAQWA untuk meninjau perkembangan pembinaan kapal tersebut. (Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

Pada majlis tersebut, YTM berkenan mengurniakan sabda pelancaran dan penamaan Kapal Peronda DARUTTAQWA diikuti dengan laungan azan.

Sejurus kapal Peronda DARUTTAQWA diturunkan hingga ke paras air buat pertama kalinya, doa selamat dibacakan oleh Penolong Ketua Jabatan Agama ABDB bagi memohon keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala.

Sebelum berangkat meninggalkan majlis, YTM berkenan menerima Pesambah dan menandatangani Lembaran Kenangan.

Kapal Peronda DARUTTAQWA akan ditauliahkan ke dalam Tentera Laut Diraja Brunei sebagai kapal peronda luar pantai dan juga berfungsi sebagai kapal logistik dan latihan bagi anggota TLDB.

Kapal ini mula dibina pada bulan Mei 2012 dan dijangka siap pada bulan Mei 2014 dan merupakan kapal peronda Kelas Darussalam yang berukuran 80 meter dengan berat 1,600 tan dan dilengkapi dengan landasan pendaratan helikopter.



YTM Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen ketika berkenan menandatangani Lembaran Kenangan. (Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

DARUTTAQWA bermakna bahtera yang sentiasa dalam naungan perlindungan kesejahteraan daripada sebarang ancaman dengan benteng dan pemeliharaan dari Allah Subhanahu Wata’ala di mana anak kapal dan penumpangnya sentiasa menjunjung dan melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangan agama dengan penuh ketaqwaan kepada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Dengan adanya lagi Kapal Peronda DARUTTAQWA terbaru ini, Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) kini menambah lagi bilangan kapal peronda barunya selain memiliki Kapal Peronda Luar Pantai daripada Kelas Darussalam yang dinamakan KDB Darussalam, KDB Darulehsan dan KDB Darulaman yang merupakan pengganti kepada kapal-kapal peluru berpandu lama daripada Kelas Waspada yang sudah berkhidmat lebih dari 30 tahun.

Selain daripada kapal peronda yang dimiliki, TLDB juga turut memiliki empat buah Kapal Peronda Laju dari Kelas Ijtihad sepanjang 41 meter iaitu KDB Ijtihad, KDB Berkat, KDB Syafaat dan KDB Afiat yang menggantikan Kapal Peronda Laju dari Kelas Perwira.


YTM Paduka Seri Duli Leftenan Pengiran Muda ’Abdul Mateen berkenan mengabdikan gambar kenangan di Kawasan Forecastle Kapal Peronda DARUTTAQWA. (Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah)

Dengan adanya penambahan kapal-kapal baru ini diharap anggota-anggota TLDB akan dapat mempertingkatkan lagi keupayaan mereka dengan ilmu pengetahuan dan aset moden serta canggih di samping sentiasa berusaha untuk berkembang maju selaras dengan perkembangan Kertas Putih Pertahanan.

Maka anggota TLDB perlu terus memanfaatkan kelebihan dan cabaran peranan yang bakal dan seterusnya akan sentiasa dipikul.

Dengan perolehan peningkatan permodenan kapal yang selaras dengan kehendak dan keperluan membanteras gejala-gejala dan aktiviti menjurus ke arah ancaman ke atas kepentingan negara ini, aset-aset baru tersebut diharapkan dapat menjadi pemangkin serta penghalang dan benteng pertahanan yang kukuh seterusnya peningkatan perkhidmatan dan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa maritim dan agensi yang lainnya.

Dengan adanya aset-aset ini, TLDB akan terus bersiapsiaga menabur baktinya kepada raja, bangsa, agama dan Negara Brunei Darussalam yang tercinta.

- Pelita Brunei Online - Friday, 23 August 2013.