Selasa, 21 April 2015

Penemuan 27 bom mortar Perang Dunia Kedua

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 20 April. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengesahkan penemuan 27 bom mortar dipercayai dari zaman Perang Dunia Kedua semasa pendudukan Jepun di Brunei, yang ditemui di sekitar tapak pembinaan berhampiran Jalan Ong Sum Ping pada 18 April 2015, pukul 11.35, yang mana PDB menerima panggilan melalui 'hotline' polis 993 yang memaklumkan penemuan bom mortar di kawasan tersebut.
Sehubungan itu, PDB telah menutup kawasan persekitaran terdekat di mana bom mortar dijumpai.
Pelupusan bom-bom tersebut telah dijalankan oleh Unit Pelupusan Ordinan Letupan, Tentera Darat Diraja Brunei dan dibantu oleh Bahagian Operasi Khas, PDB.
Menurut siasatan polis, bom-bom mortar itu telah ditemui oleh pekerja-pekerja binaan di tapak pembinaan yang berhampiran di kawasan tersebut, yang kemudiannya memaklumkan penyelia mereka untuk membuat laporan dengan menghubungi polis.
PDB menggesa orang ramai supaya tidak menyentuh atau mengganggu mana-mana objek atau perkara yang mencurigakan atau berbahaya ditemui dan dengan segera memberitahu pihak polis sama ada menghubungi 'hotline' polis 993 atau menghubungi balai polis berhampiran.
- Siaran Akhbar Pasukan Polis Diraja Brunei.
-Pelita Brunei Online. Isnin, 20 April 2015.

Sebahagian dari 27 bom mortar tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di Jalan Ong Sum. [Sumber gambar: Whatsapp]. Kemungkinan bom ini adalah dari jenis Type 100 81mm Mortar Round milik tentera Jepun.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan