Rabu, 25 Mei 2016

Book Launch: Brunei Merdeka









Khai Zem Mat Sani
BANDAR SERI BEGAWAN
Wednesday, February 17, 2016

YAYASAN Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yesterday launched its second academic publication to commemorate more than 30 years Brunei’s National Day.

The launching of the 302-paged book titled ‘Brunei Merdeka - Kumpulan Artikel Sempena Memperingati Sambutan 30 Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ was conducted by the Minister of Education, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Hj Suyoi Hj Osman who is also the Chairperson of the Yayasan Board of Directors. 



The launching ceremony, held at the multi-purpose hall, was also attended by the President of the Brunei Historical Society (PESEBAR), Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Awang Yahya Hj Ibrahim.

The event started with a welcoming speech by the president, followed by the launching of the book.

YB Pehin Dato Hj Suyoi also distributed the books to several heads of libraries and higher education institutions.

This was followed with the publication’s review which was delivered by the Executive Director of the Centre of Strategic and Policy Studies, Hj Mohd Rozan Dato Paduka Hj Mohd Yunos. 


 

The publication is a compilation of 13 articles that have been written by local and foreign scholars from PESEBAR as well as the Universiti Brunei Darussalam.

Most of the topics debated in the publications are concentrated on the achievements and challenges faced by the country during 30 years of its independence including in the aspect of politics, economy, social, constitution and legislation.

Among the approaches used in the articles focus on the historical, cultural and contemporary style of writing.

According to the media statement from the foundation, the book is one of Yayasan’s charity activities aimed to enhance the nation’s educational level in line with its policy in support of research and development activities.

The book will hopefully be a source of relevant references to scholars and the public in reviewing and understanding the development of the country that has successfully demonstrated achievements in various fields in addition to being able to overcome any challenges and obstacles within three decades.

Those interested in purchasing the publication can do so at the Brunei Historical Centre in the capital and the Academy of Brunei Studies (APB) of Universiti Brunei Darussalam (UBD).

The books are sold at a price of $15 for the hard cover and soft cover for $10.

The first publication of academic research by Yayasan was officiated in 2010 where it focuses on the discussion of local history and cultural patterns of community.

The Brunei Times

Essay writing competition aims to promulgate Brunei’s rich history

Syazwani Hj Rosli.

THE Brunei History Association (PESEBAR) has announced the commencement of its very first History of Negara Brunei Darussalam (1906-2015) Essay Writing Competition.

In a press conference held yesterday, the PESEBAR Honorary Secretary, Associate Professor Dr Haji Awang Asbol bin Haji Mail, said that the competition is designed to promulgate Brunei’s history, as stated in the association’s charter.

The competition is also being held to commemorate the Golden Jubilee of the Coronation of His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam.

It is also aimed towards improving the documentation of history, to be used as a guide for studying the aspects of Brunei society in ancient times.

According to Associate Professor Dr Haji Asbol, the submitted entries should encompass Brunei’s political, social and economic history, between 1906 and 2015.

Associate Professor Dr Haji Asbol bin Haji Mail (right), PESEBAR Honorary Secretary and Dr Haji Muhammad Hadi, the Assistant Honorary Secretary at the press conference yesterday. - SYAZWANI HJ ROSLI
Associate Professor Dr Haji Asbol bin Haji Mail (right), PESEBAR Honorary Secretary and Dr Haji Muhammad Hadi, the Assistant Honorary Secretary at the press conference yesterday. – SYAZWANI HJ ROSLI


The political scope should cover various topics, including the historical administration of the Brunei Sultanate, the British Residency, the Legislative Council, the Japanese Occupation, the 1959 Constitution of Brunei Darussalam – and also Brunei’s relations with Britain, Malaysia, Indonesia and Singapore.

Meanwhile, the social viewpoint should be based around the history of education, religion, law, customs and traditions, womenfolk, orna-mentation, clothing, handicrafts, communication and the mass media. Essays on Brunei’s economic history should look into elements of the oil industry, agriculture, fishing and commerce.

At the same time, PESEBAR Assistant Honorary Secretary, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong expressed the hope that the competition would promote a better understanding of Brunei history among the younger generation.

The competition is open to Brunei citizens and permanent residents, and the submitted essays must be original work, not derived from previously published material.

The essays should be written in Malay, with primary and secondary sources as a reference guide. The subject matter should not attack or defy government policies.

All essays must be submitted by August 31, in four hardcopies and a CD containing one softcopy, along with a completed entry form, addressed to: “Setiausaha Kehormat PESEBAR, Program Pengajian Sejarah dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Tungku Link BE 1410, Negara Brunei Darussalam”.

Entry forms can be obtained from Hanafi bin Haji Salleh at the Brunei History Centre, or by contacting Associate Professor Dr Haji Asbol at 8888531, or Dr Muhammad Hadi at 7171539.

The first-prize winner of the competition will receive $2,500, while those in second and third place will receive $2,000 and $1,000, respectively. In addition, there are four consolation prizes of $500.

- Borneo Bulletin Online. January 27th, 2016.

Cungkil bakat penulisan esei tentang sejarah Brunei

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jan – Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR), buat pertama kalinya akan mengadakan Peraduan Menulis Esei Sejarah Negara Brunei Darussalam (1906-2015) yang dibukakan kepada orang ramai.
Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Asbol bin Haji Mail berkata, skop penulisan merangkumi dalam skop sejarah politik, sosial dan ekonomi Negara Brunei Darussalam dalam tempoh 1906 hingga 2015.
“Dalam sejarah politik bolehlah dilihat sejarah pentadbiran Kesultanan Brunei, Residen British, Majlis-Majlis Mesyuarat, Pendudukan Jepun, Perlembagaan Negeri Brunei 1959, hubungan Brunei dengan British, Malaysia, Indonesia dan Singapura,” katanya dalam satu sidang media yang berlangsung di Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam (UBD), di sini, pagi ini.
Turut hadir, Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr. Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.
Menurut Profesor Madya Dr. Haji Asbol, sejarah sosial pula boleh dikaji tentang sejarah pendidikan, agama, undang-undang, adat istiadat, wanita, perhiasan, pakaian, pertukangan tangan, perhubungan dan media massa.

Prof. Madya Dr Haji Awang Asbol (kanan) dan Dr. Muhammad Hadi ketika menerangkan mengenai peraduan dan sejarah PESEBAR.

“Manakala itu dalam sejarah ekonomi boleh dilihat sejarah industri minyak, pertanian, perikanan dan perdagangan. Bidang-bidang lain yang bersesuaian boleh juga ditulis selain daripada yang disarankan itu,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, para peserta juga dibenarkan untuk menulis tentang perkembangan historigrafi, sumber-sumber penulisan sejarah Negara Brunei Darussalam, pengajaran dan kepentingan sejarah.
Peraduan tersebut terbuka kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam kecuali Ahli Jawatankuasa Kerja PESEBAR dan para panel hakim seramai tiga orang yang akan dipilih nanti.

Menurut Prof. Madya Dr. Haji Asbol, Peraduan Menulis Esei Sejarah Negara Brunei Darussalam merupakan salah satu kegiatan PESEBAR dalam memberigakan sejarah negara ini.

Ia bertujuan bagi memperingati sempena 50 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki tahkta kerajaan Negara Brunei Darussalam di samping memperkayakan penulisan sejarah negara yang boleh dijadikan rujukan dan landasan dalam mengenali arus perjalanan sejarah dan identiti bernegara dan berbangsa bagi masyarakat negara ini.

Selain itu ia juga bertujuan untuk menggalakkan para pengkaji dan penulis supaya lebih berminat dalam penulisan sejarah negara, menyediakan ruang untuk percambahan minda terbaru dalam penulisan sejarah negara ini berdasarkan satu kajian yang teratur dan asli serta menggalakkan mereka untuk menerokai penulisan sejarah Negara Brunei Darussalam yang terbaru yang belum pernah ditulis oleh mana-mana penulis sebelum ini.

Hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi peraduan ini ialah wang tunai berjumlah $2,500 untuk pemenang tempat pertama, $2,000 bagi pemenang tempat kedua dan $1,000 bagi pemenang tempat ketiga.

Empat hadiah penghargaan juga akan diberikan kepada empat peserta terpilih dengan menerima wang tunai berjumlah $500 setiap peserta.

Tarikh akhir menghantar esei ialah 31 Ogos 2016 dan hendaklah dihantar bersama empat salinan esei (hard copy), satu soft copy berserta borang penyertaan kepada Setiausaha Kehormat PESEBAR, Program Pengajian Sejarah dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Brunei Darussalam, Tungku Link, BE1410, Negara Brunei Darussalam.

Borang-borang penyertaan boleh didapati di UBD, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Program Pengajian Sejarah dan Antarabangsa atau di Pusat Sejarah, Bandar Seri Begawan.

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan yang lebih lanjut mengenai peraduan tersebut bolehlah menghubungi Setiausaha Kehormat PESEBAR ditalian 8888531 atau Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR di talian 7171539.

- Media Permata Online. 27 Januari 2016.

PESEBAR anjur Peraduan Menulis Esei Sejarah Negara Brunei Darussalam (1906-2015)

Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

TUNGKU LINK, Selasa, 26 Januari. - Peraduan Menulis Esei Sejarah Negara Brunei Darussalam (1906-2015) anjuran Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) bagi memperingati sempena 50 tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki tahkta kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Menurut Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail, peraduan itu juga bertujuan sebagai salah satu kegiatan persatuan berkenaan bagi membarigakan sejarah negara ini, sepertimana yang tercatat dalam perlembagaan PESEBAR.

SETIAUSAHA Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail memberi penerangan pada sidang media mengenai Peraduan Menulis Esei Sejarah Negara Brunei Darussalam (1906-2015) anjuran Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR). 
SETIAUSAHA Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail memberi penerangan pada sidang media mengenai Peraduan Menulis Esei Sejarah Negara Brunei Darussalam (1906-2015) anjuran Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR)

Menjelaskan perkara tersebut pada Sidang Media yang berlangsung di Bangunan Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol seterusnya berkata, peraduan berkenaan adalah untuk memperkayakan penulisan sejarah negara yang  boleh dijadikan rujukan dan landasan dalam mengenali arus perjalanan sejarah dan identiti bernegara dan berbangsa bagi masyarakat Negara Brunei Darussalam.

Sementara itu katanya, skop penulisan merangkumi skop sejarah politik, sosial dan ekonomi Negara Brunei Darussalam dalam tempoh 1906 hingga 2015.

Jelasnya, dalam sejarah politik bolehlah dilihat sejarah pentadbiran Kesultanan Brunei, Residen British, Majlis-Majlis Mesyuarat, pendudukan Jepun, Perlembagaan Negeri Brunei 1959, hubungan Brunei dengan British, Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Tambahnya, sejarah sosial pula boleh dikaji tentang sejarah pendidikan, agama, undang-undang, adat istiadat, wanita, perhiasan, pakaian, pertukangan tangan, perhubungan dan media massa.

260116 ASRI ABAS-4 SEJARAHPENOLONG Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong
juga menerangkan serba sedikit mengenai peraduan esei tersebut.

Beliau seterusnya menjelaskan, manakala itu dalam sejarah ekonomi boleh melihat sejarah industri minyak, pertanian, perikanan dan perdagangan; dan bidang-bidang lain yang bersesuaian boleh juga ditulis selain daripada yang disarankan di atas.

“Para peserta juga dibenarkan utuk menulis perkembangan historiografi, sumber-sumber penulisan sejarah Negara Brunei Darussalam, pengajaran dan kepentingan sejarah,” ujarnya.

Di samping itu, beliau seterusnya menerangkan mengenai syarat-syarat dan peraturan peraduan berkenaan.

Terangnya, peraduan terbuka kepada warganegara dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam kecuali Ahli Jawatankuasa Kerja PESEBAR.

Jelasnya, esei mestilah karya asli yang belum pernah diterbitkan dalam mana-mana media dan ia bukan terjemahan, saduran, adaptasi, kajian ilmiah sebagai tugasan di institusi pengajian tinggi atau apa jua pengertian yang menyebabkan esei itu tidak lagi bersifat asli.

Kandungan  esei  katanya, mestilah tidak bertentangan dengan dasar-dasar kerajaan dan panjang esei antara 4,000 hingga 5,000 patah perkataan, ini tidak termasuk petikan, nota kaki, lampiran, peta, gambar mahupun rajah.

Beliau seterusnya menjelaskan, peserta tidak dibenarkan membubuh nama atau sebarang pengenalan pada esei yang dikemukakan. Maklumat berkenaan jelasnya, hanya boleh dibuat pada borang penyertaan khas yang disediakan oleh pihak penganjur.

Selain itu jelasnya, pemenang hadiah pertama akan menerima wang sebanyak BND2,500; hadiah kedua sebanyak BND2,000; dan ketiga sebanyak BND1,000 serta empat hadiah penghargaan masing-masing bernilai BND500 akan juga diberikan.

Tarikh akhir menghantar makalah ialah 31 Ogos 2016 dan ia hendaklah dihantar bersama empat salinan esei (hard copy), soft copy (CD) dan borang penyertaan kepada Setiausaha Kehormat PESEBAR, Program Pengajian Sejarah dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UBD, Tungku Link, BE1410, Brunei Darussalam.

Atau menghubungi terus Setiausaha Kehormat PESEBAR melalui talian +6738888531 dan Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR +6737171539; atau e-mel ke asbol.mail@ubd.edu.bn atau asbolm@gmail.com.

Juga hadir pada sidang tersebut ialah Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.

- Pelita Brunei Online. Rabu, 27 Januari 2016.

Isnin, 23 Mei 2016

RBAF commander attends counter-terrorism exercise

 
Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Commander Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih Abdullah (C) attending the land-storming operation in Singapore. Courtesy of Ministry of Defence

 


Tuesday, May 10, 2016
THE Royal Brunei Armed Forces Commander Pehin Datu Pekerma Jaya Major General Dato Paduka Seri Mohd Tawih Abdullah yesterday witnessed the land component of the Counter-Terrorism (CT) simulations in Singapore.

According to a Ministry of Defence (MinDef) press release, the CT simulations are part of the second phase of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting Plus Maritime Security and Counter-Terrorism (ADMM-Plus MS & CT) Exercise.

Yesterday’s exercise saw a “land-storming” operation conducted at Singapore’s Serimbun Village.

The current phase of the multinational exercise has two parts in its CT simulations, the sea component and the land component.

During the “land storming” operation, a combined assault was carried out against SEARA, a fictional terrorist organisation.

“Intelligence provided by the CT task Group helped facilitate the successful counter operation by the CT Task Force (CTTF),” read the statement.

Meanwhile, the sea component of the CT operation was completed on Sunday, May 8 which saw a scenario involving a seize and control of a hijacked merchant vessel as well as a hostage rescue situation from SEARA.

The scenario concluded with a “sea storming” operation by the Special Forces Task Group.

The statement added that the CT phase of the exercise was built upon the successful conclusions of the first phase of the ADMM-Plus MS & CT Exercise held last week, May 5 - 8 in Brunei which centred on maritime security.

The Brunei Times

Ahad, 8 Mei 2016

Pesawat Udara Pertama Askar Melayu Diraja Brunei a.k.a. Sejarah Ringkas TUDB


(Sumber: The Daily Brunei Resources)

Semasa melayari laman sesawang The Daily Brunei Resources, me ternampak gambar kapal terbang tersebut. Sangat menarik dengan beberapa sebab. Pertama, ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan rumi. Kedua, tidak pernah disebutkan di dalam laman sesawang rasmi Tentera Udara Diraja Brunei mahupun Wikipedia. Mr. BR sendiri menulis:

I don't remember this particular plane as I have always thought the Brunei Armed Forces always had helicopters and one transportation plane bought in the late 1990s/early 2000s. This particular aeroplane was much older than that transportation plane. I do have one faithful ex-army reader who I do hope will drop me a note later on about this aeroplane.

Tidak putus asa, me terus melayari internet dan VOILA! Di dalam laman sesawang aeroflight.co.uk ada menyebutkan:

In 1971 the first fixed-wing aircraft was delivered, a H.S.748 transport.

Me percaya bahawa pihak British telah meminjamkan pesawat ini kepada Askar Melayu Diraja Brunei (AMDB) dan diterbangkan oleh juruterbang tentera British. Menyelusuri sejarah penubuhan TUDB yang bermula dalam bulan Mei tahun 1965 dengan penubuhan Air Service (Perkhidmatan Udara) AMDB yang menggunakan khidmat juruterbang dari Syarikat Helikopter Worldwide secara kontrak. Dilengkapi dengan 2 buah helikopter Westland Whirlwind Helikopter ini merupakan varian kepada helikopter Sikorsky S-55 yang dikeluarkan di United Kingdom. Perkhidmatan Udara AMDB menghantar doktor awam dan tentera ke kawasan terpencil di negara ini.

    Pada tahun 1966, tugas ini diambil alih oleh 3 orang juruterbang Tentera Udara Diraja British dengan menggunakan 2 buah helikopter Westland Wessex Mk. 54. Pada 25 haribulan Jun, nama Air Service ditukar kepada Helicopter Platoon (Platun Helikopter).

    Uniknya, pihak Westland Helicopters membangunkan kedua-dua buah helikopter ini khusus untuk AMDB.


Gambarajah helikopter Westland Wessex Mk.54 dengan nombor serial AMDB 106. Tidak seperti pesawat tentera yang lain, pesawat ini menggunakan lambang AMDB bagi menggantikan roundel.  (Kredit Foto: gkozak@http://forum.keypublishing.com) 




Inilah huraian maksud logo AMDB
 

Tidak lama kemudian, sejarah baru tercipta apabila dua orang anak tempatan iaitu Ak Abidin bin Pg Ahmad dan Jocklin bin Kungpaw telah dihantar bagi menjalani latihan asas juruterbang di United Kingdom pada 14 Ogos 1967.

Pada tahun 1967 itu juga, Platun Helikopter telah menerima sebanyak 5 buah helikopter Bell 206A Jet Ranger. Pada tahun 1969, nama Platun Helikopter telah ditukar kepada Air Wing. 

 Patch Air Wing AMDB

Air Wing AMDB menempah sebanyak 3 buah helikopter Bell 205A-1 Iroquois  dan menerima 2 buah helikopter pertama pada tahun 1970. Ini membawa kepada penubuhan Skuadron No. 1 yang berpengkalan di Berakas Garrison.

Logo Skuadron No. 1



Lukisan Bell 205A-1 diabadikan pada setem sempena Ulang Tahun Ke 10 AMDB

Pada tahun 1971, sebuah pesawat kepak kaku diperkenalkan iaitu Hawker Siddeley HS 748 dan diterbangkan oleh juruterbang Tentera Udara Diraja British. Fungsi utama pesawat ini ialah pengangkutan tentera. Walaupun dikatakan telah ditamatkan dari perkhidmatan pada tahun 1981, tidak banyak maklumat tentang aktiviti pesawat ini selain dari gambar-gambar yang diperolehi dari forum-forum internet.

Pada tahun itu juga, perkhidmatan semua helikopter Westland Wessex 54 telah ditamatkan. Bagi mengisi kekosongan yang ada, AMDB telah menempah sebanyak 15 buah helikopter utiliti (pelbagai guna).
 Gambar bertarikh Ogos 1971 menunjukkan bekas helikopter milik Air Wing AMDB di Hangar 152, Seletar, Singapura sebelum dihantar ke Total, Djambi, Indonesia. (Photo credit: pprune.org)

Pada tahun 1972, AMDB distrukturkan semula yang menyaksikan semua pesawat udara berotor tentera diletakkan di bawah pentadbiran Air Wing. Dua tahun kemudian iaitu pada bulan Februari 1974, Air Wing telah menerima sebanyak 4 buah helikopter utiliti pertama dari 15 buah helikopter yang telah ditempah 3 tahun sebelumnya. Helikopter ini diletakkan di bawah Skuadron No. 1 dan menggantikan peranan helikopter Bell 205-1 Iroquois.


Helikopter Bell 212 (Photo Credit: MinDef Brunei)

Pada tahun 1976, Air Wing AMDB menerima 2 buah (ada yang mengatakan hanya sebuah) pesawat kepak kaku yang lain iaitu Piper PA-28 Cherokee. Pesawat ini digunakan sehingga tahun 1982. Tidak banyak maklumat tentang operasi pesawat ini semasa berada di dalam inventori Air Wing AMDB kecuali ia telah diserahkan kepada Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal (MTSSR) setelah ditamatkan perkhidmatannya di dalam ABDB bagi tujuan mempelajari komponen dan peralatan pesawat.

Pada tahun 1979, Air Wing AMDB telah menerima 2 buah pesawat helikopter Bell 206B-3 Jet Ranger III.

Pada tahun 1980, Sekolah Latihan Teknikal Udara telah ditubuhkan.  Setahun kemudian, Skuadron No. 2 telah ditubuhkan dengan 6 buah helikopter MBB (Bolkow) BO 105CBS yang baru dimiliki. Helikopter ini boleh dipasangkan pod roket ZF bagi roket 81mm.

Helikopter Bolkow dengan pod roket ZF 81mm

Pada tahun 1982 Skuadron No. 3 iaitu Sekolah Latihan Penerbangan Asas telah ditubuhkan dengan 2 buah pesawat kepak kaku SIAI Marchetti SF.260WB Warrior buatan Itali.

No.3 Squadron, Basic Flying Training School


Apabila Negara Brunei Darussalam merdeka pada 1 Januari 1984, Air Wing semakin berkembang dan diletakkan di bawah perintah Command Task Force Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

    Sekitar tahun 1985 - 1986, sebuah helikopter Bell 412ST telah dimiliki oleh Air Wing dan diletakkan di bawah Skuadron No.1. Helikopter ini dikhususkan untuk pengangkutan udara bagi orang-orang kenamaan.

    Pada tahun 1988, Perjanjian Protokol Pertahanan telah ditandatangani di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan Kerajaan British yang diketuai oleh Puan Margaret Thatcher iaitu Perdana Menteri British ketika itu yang antara lain menyentuh tentang permodenan kedua-dua angkatan tentera udara negara masing-masing. Protokol ini mengarahkan perolehan pesawat latihan udara Hawk dan beberapa buah kapal peluru berpandu dari pihak British Aerospace System.

    Pada 17 September 1991, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah dan memperkenankan penstrukturan semula ABDB dengan membahagikannya menjadi 5 unit terbesar iaitu Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei (ATD DB), Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei (ATL DB), Angkatan Tentera Perkhidmatan Diraja Brunei (ATP DB) dan Pusat Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei manakala Air Wing dinaiktaraf secara rasminya kepada sebuah angkatan iaitu Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei (ATU DB) pada 1 Oktober. Sehubungan dengan itu, istiadat mengurniakan panji-panji Diraja bagi ATU DB telah diadakan di Penanjong Garisson.


    Pada tahun 1994, sebagai lanjutan dari Perjanjian Protokol Pertahanan 1989 maka satu perjanjian persefahaman dalam bidang kerjasama pertahanan telah ditandatangani di antara KDYMM dengan Perdana Menteri British ketika itu iaitu Tuan John Major yang merangkumi peralatan ketenteraan, infrastruktur dan latihan ketenteraan. Kerajaan KDYMM mula membina sebuah pengkalan yang beroperasi untuk pesawat kepak kaku berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di kawasan Berakas. Pengkalan ini telah siap pada tahun 1998.

    Sekitar tahun-tahun 1996 - 1998, beberapa siri perundingan bagi perolehan sebanyak 10 buah pesawat BAe Hawk terdiri dari 6 buah pesawat tempur ringan Hawk Mk.100 (versi satu kerusi) dan 4 buah pesawat latihan termaju Hawk Mk.200 (versi 2 kerusi) sedang berjalan. Perolehan tersebut dianggarkan bernilai $300 juta. Perolehan ini akhirnya tergendala kerana pihak pengeluar baru sahaja menyiapkan pesawat Hawk 100 pertama dari jumlah 24 buah pesawat Hawk 100/200 yang telah ditempah oleh Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Udara (TNI-AU). Pihak TNI-AU juga merancang untuk menambah sebanyak 20 buah dari jumlah tempahan yang sedia ada. Ini adalah mustahil bagi pihak pengeluar untuk menyiapkan tempahan bagi Kerajaan KDYMM pada tahun 1998 kerana untuk menyiapkan pesawat baru memerlukan jangkamasa di antara 24 hingga 28 bulan. Kelewatan selama di antara 7 ke 10 tahun itu sejak perjanjian tahun 1988 menyebabkan pihak Kerajaan KDYMM menarik balik tempahan tersebut.

    Pada 12 September 1997, 2 buah skuadron telah ditubuhkan berikutan dengan pentauliahan beberapa buah pesawat baru. Skuadron No. 4 ditubuhkan dengan 4 buah helikopter Sikorsky S70A Black Hawk dan merupakan salah satu varian dari UH-60 Black Hawk milik Tentera Amerika Syarikat. Manakala Skuadron No. 5 ditubuhkan dengan pesawat CN235-110M yang telah ditempah pada tahun 1995. Pada tahun itu juga, Skuadron No. 3 menerima sebanyak 4 buah pesawat Pilatus PC-7 Mk II Turbo Trainer dan menubuhkan Cawangan Latihan (Training Wing)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgiD4AmAM8nlJ9mdkmNtvBQ6DiMT0-gJQsyOAsZoUiRX084QmQeaWiebv4WmWnKrBSRfPdbyxkeJbi5jNxyZy_b9i0rBp1uj3Xo100it7fxHnHFYKIvlYd6Gobd2mrlgoOxO3y-IAIcVinq/s1600/TUDB_3.jpg 
Sikorsky S-70A Black Hawk 

 
Pesawat CN-235

Pesawat Pilatus PC-7 Mk II Turbo Trainer 

Pada 4 Januari 1999, Rejimen Udara telah ditubuhkan secara rasmi. Rejimen ini mengandungi 2 buah skuadron pertahanan udara (Ground Based Air Defense) dan sebuah skuadron pertahanan pengkalan. Skuadron No.33 dilengkapi dengan sistem peluru berpandu darat ke udara jarak dekat Rapier keluaran BAE System UK. Sistem peluru berpandu ini digandingkan dengan sistem radar pengesan/penjejak Blindfire. Skuadron No.33 adalah berasal dari Bateri Pertahanan Udara Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei (ATD DB) yang diserapkan ke dalam ATU DB pada 24 Mac 1995.

    Skuadron No.38 pula dilengkapi dengan sistem peluru berpandu darat ke udara jarak sangat dekat Mistral 2. Ianya menggunakan sistem pengunci inframerah dan dilancarkan secara insani.

Pelancar Mistral 2
(Kredit Foto: The Brunei Times)


Pada 1 Januari 2005, nama Melayu ATU DB telah ditukar kepada Tentera Udara Diraja Brunei atau akronimnya TUDB.

[Ambil masa 3 hari untuk siapkan blogpost ini. Setelah siap, tersenyum sendirian sebab bubuh tajuk Sejarah Ringkas TUDB. Ringkas apakebenda, tahap gokil udah ne..hahaha]

Nota : Blogpost ini ditulis pada pertengahan tahun 2016. Sekarang, terdapat perubahan organisasi TUDB. Sila layari laman sesawang TUDB 

Sabtu, 7 Mei 2016

Jasa & bakti tentera terus diingati

Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 April – Negara Brunei Darussalam dan Australia mempunyai hubungan persahabatan dan kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang termasuk bidang pertahanan yang sudah terjalin sekian lama.
Hubungan pertahanan itu sudah terjalin sejak pendaratan tentera Australia 9th Division di Pantai Muara pada Ahad, 10 Jun 1945 sebagai salah satu operasi penting untuk mendapatkan kembali Kepulauan Borneo dan menamatkan pendudukan Jepun di Brunei semasa Perang Dunia Kedua.
Di samping itu, ratusan ribu tentera Australia dan New Zealand (NZ) telah menunjukkan keberanian mereka dalam pelbagai konflik demi mempertahankan kebebasan serta memastikan rakyat kedua-dua buah negara terus menikmati kehidupan yang aman di abad ke-21.
Oleh itu, pengorbanan dan keberanian lelaki dan wanita yang bergelar anggota tentera Australia dan New Zealand terus diingat dan dihormati dengan rakyat dan penduduk kedua-dua buah negara memperingati pengorbanan mereka itu pada Hari ANZAC yang diraikan di seluruh dunia.

TYT Todd Mercer, TYT Dr. John Subritzky dan Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd Tawih serta pegawai-pegawai kanan ABDB dan tentera Australia bergambar ramai selepas majlis Hari ANZAC.
TYT Todd Mercer, TYT Dr. John Subritzky dan Yang Dimuliakan Pehin Mejar Jeneral Mohd 
Tawih serta pegawai-pegawai kanan ABDB dan tentera Australia bergambar ramai selepas 
majlis Hari ANZAC.
Antara tetamu yang hadir pada majlis hari itu.
Antara tetamu yang hadir pada majlis hari itu.
Para jemputan melihat dengan lebih dekat gambar-gambar kenangan yang dipamerkan.
Para jemputan melihat dengan lebih dekat gambar-gambar kenangan yang dipamerkan.
Perkara itu dijelaskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Todd Mercer semasa berucap pada Majlis Memperingati Hari ANZAC yang diadakan di Tugu Peringatan Brunei-Australia, Pantai Muara, hari ini.
Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Negara Brunei Darussalam dan Malaysia, Tuan Yang Terutama Dr. John Subritzky; Duta Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Fikret Oguz Ates; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah, perwakilan-perwakilan dari negara-negara sahabat, para pegawai kanan kerajaan, jemputan lainnya dan rakyat Australia dan New Zealand yang menetap di Negara Brunei Darussalam.
TYT Todd Mercer menambah bahawa majlis itu merupakan hari untuk memperingati jasa dan bakti tentera-tentera Australia dan NZ yang berkhidmat serta gugur di medan peperangan di seluruh dunia.
Majlis seterusnya menyaksikan bacaan puisi bertajuk ‘In Flanders Fields’ oleh TYT Dr. John Subritzky dan TYT Fikret Oguz Ates membacakan kata-kata pengasas Turki Moden, Presiden Mustafa Kemal Ataturk yang kini diukir di Tugu Peringatan, Ari Burnu, Gallipoli, Turki.
Majlis kemudian menyaksikan TYT Todd Mercer, TYT Dr. John Subritzky dan TYT Fikret Oguz Ates meletakkan jambangan bunga sebagai tanda penghormatan dan memperingati jasa di tugu peringatan itu.
Majlis peringatan itu juga menyaksikan bendera negara Australia dan New Zealand dikibarkan di kawasan tugu itu bagi memperingati jasa-jasa tentera Australia dan New Zealand yang telah dan terus berjuang serta berkhidmat di seluruh dunia.
- Media Permata. 26 April 2016.