Rabu, 24 September 2014

Gambar saksi/suspek kes bunuh di Bukit Shahbandar

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 8 September. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menerima kes kematian di Taman Rekerasi Bukit Shahbandar. Pada Ahad lalu Balai Polis Sengkurong menerima laporan mengenai seorang wanita berumur dalam lingkungan 39 tahun telah hilang di Bukit Shahbandar semasa menaiki bukit tersebut.

Mangsa kali terakhir dilihat memakai baju jenama Adidas berwarna biru, seluar pendek berwarna biru tua, kasut berwarna ‘light brown’ dan juga memakai ‘waist pouch’ berwarna hitam/kuning.
Pasukan mencari telah keluar mencari mangsa terdiri dari anggota Polis Balai Polis Sengkurong, Pasukan Simpanan Kompeni ‘C’ dan anggota Bomba dan Penyelamat Balai Sengkurong.
Hari ini, Unit Pengesan dari Pasukan Simpanan Gurkha telah membantu dan menjumpai mangsa yang mana punca kematian masih dalam siasatan sementara menunggu laporan bedah siasat.
Untuk makluman, sebahagian kawasan Bukit Shahbandar telah ditutup untuk melanjutkan siasatan sehingga ianya dibuka seperti biasa kepada orang ramai.
Pada Hari Jumaat, 19 September 2014, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah mengeluarkan maklumat  terbaru mengenai kes kematian yang terjadi di Bukit Shahbandar yang dilaporkan pada 7 September 2014.
PDB telah mengeluarkan dua gambar rajah yang telah dilakar melalui gambar yang dilihat oleh saksi-saksi yang tampil memberikan maklumat semasa kejadian tersebut.
Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua Unit Siasatan Khas, Penguasa Polis, Awang Haji Khairur Rijal bin Haji Abu Salim pada Sidang Media yang berlangsung di Pejabat JSJ, Jalan Ong Sumping, di sini.
Jelasnya, butir-butir yang diperolehi dari saksi-saksi tersebut adalah seperti berikut, umur pertengahan 30 hingga 40-an, berbadan kurus, tinggi kira-kira 5 kaki 7 inci, berambut pendek dan berkulit gelap, dipercayai warganegara luar.
HERNIE2 190914
PDB telah mengeluarkan dua gambar rajah yang telah dilakar melalui gambar yang dilihat oleh saksi-saksi yang tampil memberikan maklumat semasa kejadian tersebut. (Foto : Hernie Suliana Haji Othman)
Mangsa berkenaan berbangsa Cina dan berumur 39 tahun di mana semasa kejadian berlaku mangsa memakai baju T-Shirt berwarna biru, seluar pendek hitam dan memakai beg kecil hitam.
Dalam sidang media yang lepas itu juga menjelaskan, terdapat juga kesan yang menunjukkan bahawa mangsa telah diserang secara seksual. Berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Hukuman Jenayah.
Kematian wanita berkenaan, telah disahkan melalui bedah siasat yang dijalankan pada 9 September lepas setelah mayat ditemui kira-kira pukul 6.15 pagi sehari sebelumnya.
Pihak Koroner dan Pathologists daripada Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dipanggil untuk membuat pemeriksaan ke atas mayat di tempat kejadian dan dibawa ke hospital berkenaan bagi siasatan lanjut.
Mayat wanita berkenaan dijumpai di kawasan semak berhampiran dengan Pondok Lima di kawasan Bukit Shahbandar dengan kerjasama Pasukan Unit Crime Scene, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Brunei untuk membuat pengawalan.
Chin Mei Fong dilaporkan hilang pada 7 September lalu kira-kira pukul 8.00 malam di mana gerakan mencari dikendalikan oleh anggota daripada Balai Polis Sengkurong, Pasukan Simpanan Polis 'C' Kompeni, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta anggota daripada Unit Simpanan Gurkha pada hari yang sama.
PDB telah mengenal pasti bahawa kejadian berlaku di antara pukul 4.00 hingga 6.00 petang pada hari Ahad, 7 September 2014.Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak berasas yang boleh menjejaskan siasatan.
Polis memohon kepada orang ramai untuk membantu memberikan maklumat mengenai insiden tersebut yang mana dipercayai kejadian tersebut berlaku di antara 3.00 hingga 7.00 petang pada 7 September 2014 kepada talian kecemasan 993 atau talian 2232001 atau 2232007.