Sabtu, 23 Disember 2017

TLDB turut serta dalam pencarian mangsa hilang

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan  



BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 Disember. - Naval Surface Action Group (NAVSAG) Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) turut serta dalam usaha pencarian bagi mangsa yang hilang selepas perahu yang membawa dua penumpang tenggelam pada pagi Rabu lepas.

Kejadian berlaku kira-kira pada jam 6.30 pagi apabila perahu tersebut tenggelam setelah bertembung dengan rasuk keluli.

Kedua-dua penumpang berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bagi rawatan.

Manakala pemandu perahu tambang yang berumur 66 tahun itu masih lagi belum ditemui sehingga pada Jumaat pagi.

Penglibatan NAVSAG TLDB dalam operasi tersebut adalah untuk memberikan bantuan pada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Polis Marin Pasukan Polis Diraja Brunei serta Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam.



-Pelita Brunei, Sabtu, 24 Disember 2016.