Rabu, 2 September 2015

Penggunaan Sistem Pesawat Udara Kawalan Jauh dilarang

  • Oleh:  Siaran Akhbar Jabatan Penerbangan Awam (DCA)
  • BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 13 Ogos. - Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Kementerian Perhubungan ingin menekankan sekali lagi bahawa Penggunaan Sistem Pesawat Udara Kawalan Jauh (Remotely Piloted Aircraft System) yang lebih dikenali sebagai 'drone' adalah dilarang sama sekali sebagaimana yang terkandung di bawah Bab 21 Akta Penerbangan Awam 2006 bahawa melancarkan Pesawat Udara Tanpa Manusia adalah satu kesalahan.
    Di bawah Bab 51 Perintah Penerbangan Awam 2006, mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi sebarang peruntukan perintah ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi BND50,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
    Sehubungan ini, DCA memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi Perintah Penerbangan Awam 2006 demi keselamatan orang ramai dan lalu lintas udara.

Anggota PATDU meninggal dunia



Selasa- 1 September - RIMBA - Dukacita dimaklumkan bahawa seorang anggota PATDU*  iaitu Staf Sarjan Sahadin bin Haji Agan telah kembali ke Rahmatullah selepas dilanggar-lari oleh sebuah kenderaan di Lebuhraya Rimba. Ketika itu beliau sedang menjalani aktiviti berbasikal pada lewat petang tadi. Pihak WWGZ di sini mengucapkan takziah kepada kaum keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham dilimpahi Rahmat oleh Allah SWT, Ameen! Al-Faatihah.

* Parachute Airborne Tactical Delivery Unit

Selasa, 1 September 2015

Istiadat Perbarisan Kehormatan 2015

Alhamdulillah, kita ditemukan lagi dengan Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Hari Puja Usia KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang ke 69 pada 15 Ogos 2015 yang lalu. Macam biasa, me akan meround-round di bandar sebelum, semasa dan selepas istiadat berkenaan dengan memakai pakaian Cara Melayu warna hitam. Mula-mula me berada di hadapan Pejabat Pos Besar bagi melihat dengan lebih dekat Unit Tembak Meriam, Polis Tentera ABDB. Baik jua membawa earplug. 

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan bagi mengiringi lagu kebangsaan semasa Hormat Diraja kehadapan Majlis KDYMM. Terdapat 7 buah meriam yang mana setiap satunya menembakkan sehingga 3 biji peluru kosong (bunyi saja). Pasukan Unit Tembak Meriam ini bukan sahaja berfungsi di dalam istiadat perbarisan kehormatan ini sahaja bahkan turut terlibat dengan upacara/istiadat yang lain seperti tembakan menandakan awal bulan Ramadhan (12 das), tembakan menandakan akhir bulan Ramadhan (12 das) dan majlis adat istiadat diraja [berbedak, mandi berlawat](17 das).  

HJ MASMALEH_04

Lepas tu me akan bergerak ke salah sebuah restoran India Muslim di Jalan Robert bagi menikmati sarapan [roti kosong, roti telur & nescafe suam] sambil melihat siaran langsung istiadat di dalam tv restoran berkenaan. Apabila lagu kebangsaan dimainkan sebelum keberangkatan balik KDYMM, me bergegas keluar bagi menggambar pesawat TUDB. Pada tahun ini, 6 buah helikopter Sikorsky S-70i dan sebuah pesawat Pilatus PC-7 Mark II melakukan lintasan hormat. Eh eh, sebuah saja? Mana pesawat yang lain? Mana CN-235? Dalam fikiran, bermacam-macam andaian. Mungkin kerana, pesawat-pesawat berkenaan belum diselenggara. Mungkin juga diletakkan di dalam keadaan berjaga-jaga di Pengkalan TUDB Rimba. Semasa istiadat berlangsung, ruang udara BSB adalah terkawal dengan sebuah helikopter Bolkow BO-105 dari Skuadron 2, TUDB melakukan tinjauan udara. Pesawat ini akan keluar dari ruang udara BSB sebelum lintasan hormat di udara.

RIZAL_8043

MAHDI-11

HERNIE_26

(Sumber foto: Infofoto Jabatan Penerangan)