HADIR di pelepasan kapal di Pangkalan TLDB ialah Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit.Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Singapura ke Brunei Darussalam, Kolonel Lee Yong Heng dan para pegawai TLDB.
(Foto: Muhammad Mahdi Haji Marsidi)
MUARA, Rabu, 4 Jun. - Dua buah kapal milik Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) iaitu KDB Darussalam dan KDB Darulaman berlepas menuju ke Amerika Syarikat bagi menyertai Latihan Rim Pasifik (RIMPAC) buat pertama kali yang akan diadakan di Hawaii, Amerika Syarikat pada 26 Jun hingga 1 Ogos 2014.
RIMPAC adalah latihan yang terbesar
bertahap antarabangsa dalam dunia maritim yang diadakan dua kali setahun
dan dihoskan oleh Komander, Pasifik Armada Amerika Syarikat
(COMPACFLT).
Hadir di pelepasan kapal di Pangkalan
TLDB ialah Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Abdul
Aziz bin Haji Mohd Tamit.
Turut hadir ialah Penasihat Pertahanan Singapura ke Brunei Darussalam, Kolonel Lee Yong Heng, para pegawai TLDB dan ahli-ahli keluarga mereka yang terlibat.
TURUT hadir di pelepasan kapal di Pangkalan TLDB ialah ahli-ahli keluarga anggota TLDB.
(Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)
(Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)
Kapal-kapal tersebut diketuai oleh
Leftenan Kolonel (L) Haji Suhailee bin Syrup dan Leftenan Kolonel (L)
Muhd. Hadi Syarifuddin bin Haji Muhd Hassanal Mega dengan membawa lebih
140 penumpang termasuk pegawai, anak-anak kapal dan jurutera.
Latihan RIMPAC 2014 akan melibatkan
sejumlah 31 negara termasuk lapan negara pemerhati, 48 buah kapal
tentera laut, enam buah kapal selam, lebih daripada 200 pesawat dan
25,000 peserta yang terlibat dalam menyertai latihan ini.
Ia adalah latihan tentera laut dalam
pelbagai hala yang akan berlangsung selama lima minggu dan akan memberi
tumpuan terutamanya kepada operasi tentera laut termasuk Operasi Maritim
Penahanan Kerja (MIO) Anti-Permukaan, Anti-Udara dan Peperangan
Anti-Kapal Selam.
Objektif utama
TLDB menyertai latihan tersebut adalah untuk meningkatkan lagi
profesionalisme para anggotanya dan juga untuk meningkatkan individu
yang bekerja sebagai satu pasukan serta menjadikan latihan ini sebagai
satu peluang untuk bekerja dengan kumpulan-kumpulan petugas peringkat
multinasional dalam peperangan konvensional.
KAPAL milik TLDB yang menuju ke Amerika Syarikat.
(Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)
(Foto : Muhammad Mahdi Haji Marsidi)
Strategik latihan ini bertujuan untuk
meningkatkan inisiatif Pertahanan Diplomasi mengikut Kertas Putih
Pertahanan Brunei Darussalam.
Inisiatif ini akan menambah nilai kepada
TLDB dalam keupayaan untuk memainkan peranan yang lebih global, yang
secara tradisinya menjadi lebih sesuai dengan yang lain agar tentera
laut boleh mara ke hadapan.
Dalam perjalanan ke Hawaii, kedua-dua
buah kapal TLDB juga akan terlibat dalam latihan dua hala dan
multinasional iaitu Latihan PELICAN 33/14 bersama Tentera Laut Republik
Singapura (RSN).
Seterusnya Latihan PELICAN akan menjadi
multinasional termasuk Multinational Task Force Group Sail (MNTF) dari
Guam dan sebagai tambahan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) dan The
People's Liberation Army Navy (PLAN) akan bersatu bersama RSN.
Setelah selesai Latihan RIMPAC 2014, kedua-dua kapal TLDB dijangka tiba di Pangkalan Muara pada hari Khamis iaitu 28 Ogos 2014.
- Pelita Brunei Online. Khamis, 5 Jun 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan