Khamis, 2 Oktober 2014

Helikopter terbaru TUDB


Baru-baru ini TUDB telah menerima secara berperingkat-peringkat pesawat helikopter yang baru. Pesawat yang dimaksudkan itu ialah S-70i Black Hawk keluaran Sikorsky Poland. Sebanyak 12 buah pesawat telah ditempah oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Pesawat ini adalah versi yang sudah ditingkat upaya dan lebih berkeupayaan tinggi berbanding dengan 4 buah pesawat dari versi S-70A sebelum ini. 

Sebagai persediaan awal, bakal juruterbang dan jurutera pesawat ini telah dihantar ke Pusat Penerbangan West Palm Beach di Florida bagi menjalani latihan simulator dan menjalani latihan penerbangan di Akademi Latihan Sikorsky di Stuart, Florida. Lebih membanggakan apabila Sikorsky Aircraft Corp. mengumumkan bahawa pasukan ini adalah kumpulan pelatih pertama keluaran akademi berkenaan. 

Pesawat S-70i ketika menjalani ujian penerbangan di Poland. Perhatikan jatah Kementerian Pertahanan di bahagian ekor pesawat.

Pesawat S-70i ketika berada di luar kilangnya di Poland (Gambar: The Brunei Times) 

Pesawat S-70i TUDB ketika berada di pameran BRIDEX 2013.

Berikut kita lihat ringkasan spesikasi mengenai pesawat ini:

Model Asal:
UH-60M Black Hawk versi S-70i (bagi pasaran antarabangsa)

Buatan:
PZL Mielec (a subsidiary of Sikorsky Aircraft), Poland

Berat Kasar:
9,979 kg

Enjin:
2 x T700-GE701D enjin turboshaft. Setiap enjin mampu menjana kuasa sehingga 1,447kW.

Kelajuan Maksima:
277 km/j.

Ketinggian Penerbangan Maksima:
13,200 kaki.

Jarak Penerbangan Dengan Tangki Minyak Dalam/Tanpa Pengisian Semula:
459 km.

Penerbangan Pertama:
Julai 2010.

Pengguna (setakat yang diketahui):
Tentera Columbia, Kementerian Dalaman Arab Saudi dan Tentera Udara Diraja Brunei.

Kru & Penumpang:
2 kru dan 13 penumpang.

Sistem pandu-arah:
Sistem pengurusan penerbangan (Flight Management System) terdidri dari sistem kawalan penerbangan automatik berdasarkan Sistem Pandu-Arah Global (GPS) dan INS (Inertial Navigation System) menggunakan peta digital yang lebih tepat.

Paparan Kokpit:
4 buah paparan pelbagai fungsi bersaiz 10 inci dengan resolusi berwarna yang dapat diselaraskan secara automatik.

Sistem Perhubungan:
2 x Radio UHF/VHF AM/F, VOR/ILS.
Interkom Digital Kru Pesawat. 

Peralatan Tambahan:
Tangki minyak luar, cangkuk tali gelungsur, cangkuk kargo.

Jangka hayat penggunaan:
20 - 30 tahun.

Sistem Persenjataan (jika dipasang):
Sistem Persenjataan Battlehawk: 7.62mm Dual Machine Gun, Pelancar Roket 70mm, Sistem Peluru Berpandu Panduan Laser Dari Udara ke Bumi (seperti Hellfire)  

Operasi TUDB:
Pengangkutan udara taktikal, pengangkutan anggota tentera, operasi khas, mencari dan menyelamat, pemantauan udara dan laut (termasuk rondaan di Zon Ekonomi Eksklusif Brunei sejauh 200 batu nautika), pemantauan sempadan dan tugasan operasi kemanusiaan semasa bencana di peringkat serantau. Sebelum ini tugas-tugas berkenaan dilaksanakan oleh skuadron helikopter Bell 212 yang sudah dilucutkan tauliah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan