Rabu, 1 Oktober 2014

Mesyuarat Agung PESEBAR 28 September ini

  • Oleh:  Rohani Haji Abdul Hamid
  • Thursday, 25 September 2014

SETIAUSAHA Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr Haji Hasbol bin Haji Mail dan Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong pada Sidang media yang diadakan di Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
SETIAUSAHA Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr Haji Hasbol bin Haji Mail dan Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong pada Sidang media yang diadakan di Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam. (Foto: Masri Osman)

TUNGKU LINK, Rabu, 24 September. - Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) akan mengadakan Mesyuarat Agung Ke-6 akan berlangsung pada 28 September 2014 di Dewan Jawatan Dalam, Jabatan Pusat Sejarah Brunei di ibu negara.
Setiausaha Kehormat PESEBAR, Profesor Madya Dr. Haji Awang Asbol bin Haji Mail mengumumkan perkara itu pada sidang media yang diadakan di Akademi Pengajian Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
Menurut beliau, di antara agenda mesyuarat agung tersebut adalah untuk pemilihan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Baru bagi 2014-2016.
Manakala Penolong Setiausaha Kehormat PESEBAR, Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong pula menjelaskan, tujuan penubuhan PESEBAR untuk menimbulkan minat yang lebih luas terhadap sejarah kebudayaan dan resam penduduk Negara Brunei Darussalam serta wilayah-wilayah jiran khasnya dan lain-lain negeri yang ada kaitan sejarah dengannya.
Jelasnya, Mesyuarat Agung Tahunan Pertama PESEBAR diadakan pada 27 Mei 1984.
- Pelita Brunei Online.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan